Tuesday, April 24, 2012

sistem pengurusan yang lemah...

salam semua...kali nie ntah mengapa tiba2 tergerak hati aku untuk menceritakan satu isu semasa yang tak perlu diperkatakan lagi..tapi aku harus mengatakannya.....seperti yang diketahui isu mengenai sistem pengurusan yang lemah dan lembab ini sering berlaku di mana2 ..tak kira la di bank ke, di pejabat ke, kaunter pusat pungutan zakat ke dan sebagainya...tapi apa yang amat membuatkan aku rasa nak marah ialah..apabila sesuatu surat itu difakskan ke sesuatu jabatan sepatutnya sampailah ke tempat jabatan tersebut namun perkara ini tidak berlaku..kenapa??? kerana sistem pengurusan yang lemah..pernah satu ketika member aku memaki salah seorang kakitangan jabatan tersebut kerana hanya goyang kaki sahaja tanpa melakukan apa2 keje sekalipun..itu memang sudah lumrah manusia...memang ada dasar kaki pemalas....atas makian tersebut semua kakitangan tersebut diam sahaja.memang patut pun ...aku pun kalau boleh nak je wat mcm tu tapi aku malas la sebab aku masih perlu ke jabatan tersebut..nanti bila dah tiba masanya aku nak blah dari tempat tu..wat nyakit hati sahaja...lembab dan macam2 alasan yang dibagikan ...sampaikan member aku terpaksa berulang alik kesana kesini...dan hanya membuang masa sahaja..begitukah sikap yang ingin ditonjolkan...masing2 tidak ada satu pun rasa tanggungjawab di dalam diri sendiri..cuba kita lihat sistem pengurusan lebih2 lagi di negara jepun..pasal apa diorang boleh membangun jadi negara maju?? pasal diorang ada sistem pengurusan yang cekap...tidak malas seperti kakitangan malaysia nie...malas je memanjang..sekian ini sahaja apa yang aku nak sampaikan .,..kalau aku cite panjang2 nanti jadi isu melarat pulak....sekian.....

Read More ->>

Saturday, April 14, 2012

antara agama dan konsert...mana lebih penting???

assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi meluangkan masanya untuk melayari blog ini yang tidak seberapa...kali nie tergerak hati aku untuk menceritakan isu yang memang sudah berlaku dikalangan kita semua...lebih2 lagi kepada masyarakat yang beragama Islam...sentuh sikit pasal soal agama mesti sudah terbayang dalam fikiran kita mengenai soal masalah sosial ...benar..memang kali nie pun aku nak bercerita mengenai agama dan konsert..salah satu isu yang jarang dihebahkan....kenapa?? Ya.. ramai yang tidak akan mendengarnya tetapi aku akan bercerita jugak..sebut sahaja pasal konsert mesti melibatkan golongan golongan artis yang selama ini menjadi pujaan kita semua la...maksud aku bukan semua yang mengagumi artis tetapi sesetengah sahaja...sering kali kita melihat apabila tiba waktu senja makin ramai golongan yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak menunaikan solat..susah sangat ke hendak menunaikan solat...adakah konsert lebih penting?? daripada membazir masa dan wang begitu sahaja lebih baik kita mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa....tak begitu??? namun masih ramai lagi yang berbuat begitu meskipun azan telah berkumandang ditelinga masing2...kita sebagai umat Islam hendaklah malu dengan golongan golongan seperti ini...nama sahaja Islam dalam kad pengenalan tetapi banyak perkara terkutuk telah dilakukan...bagi aku konsert seperti ini hanya membuang masa sahaja...dan hanya meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam..mahukah kita melihat umat Islam seperti ini??? sikap kerajaan yang bersikap sambil lewa sahaja tanpa ada penguatkuasaan undang-undang jelas menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah lemah...sudahlah untung berlipat kali ganda malah dengan selamba aje membeli kereta mewah tanpa ada sedikit pun perasaan mengambil berat akan rakyat...bila tiba sahaja pilihan raya mulalah menampakkan diri..aku bukan apa..perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi orang politik...mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menjadi orang yang berkuasa dari segi pangkat, wang dan sebagainya...tentang soal agama??? bagi diorang biarlah dicampakkan begitu sahaja...oklah..setakat ini sahaja apa aku nak bagitau..harap2 kerajaan yang sedia ada sudi menerima buah fikiran rakyat untuk memajukan negara kita ini......janganlah tamakkan harta kekuasaan dan pangkat...kelak negara kita akan mundur dan binasa... sekian......


Read More ->>

Thursday, April 5, 2012

sejarah total football

salam semua....sudah lama aku tidak menulis blog...mungkin keadaan mood aku yang tidak mengizinkan agaknya...kali nie aku nak bercerita mengenai sejarah total football...tergerak dihati aku untuk bercerita mengenai total football kerana salah satu pasukan bola yang aku minat menggunakan taktik ini untuk bermain bola..mungkin ramai diantara peminat bola yang sudah tahu mengenai taktik ini...kata diorang taktik ini agak membosankan kerana tidak seperti liga inggeris yang mempraktikkan corak menyerang sahaja...baiklah kali nie aku nak bercerita mengenai pengasasnya.. Total Football telah diperkenalkan   oleh Jack Reynolds, yang menjadi pengurus Ajax Amsterdam dari 1915-1925, 1928-1940 dan 1945-1947.




Secara benarnya , konsep asal Total Football ditunjukkan oleh Hungary pada tahun 1953 sewaktu perlawanan persahabatan menentang England. Di dalam perlawanan itu, England menggunakan Formasi Tradisional 4-4-2 yang tidak fleksibel. Hungary pula menggunakan taktik yang moden dengan pemain bertukar-tukar posisi di atas padang.
Kesannya, setiap pemain England ketika itu keliru tidak tahu mahu mengawal pemain yang mana satu kerana posisi setiap pemain Hungary tidak tetap di satu kawasan (pemain sebelah kiri boleh tiba-tiba ada di bahagian kanan padang, pemain tengah boleh jadi penyerang, penyerang jadi pemain tengah, full back bertindak seperti winger dsb). Selepas perlawanan itu England dan negara-negara lain mula mengkaji semula taktik dan strategi mereka.
Daripada banyak-banyak negara yang mengkaji itu, Belanda dan kelabnya Ajax Armtersdam adalah yang paling berjaya mengadaptasi dan seterusnya mengembangkan Total Football yang diperkenalkan Hungary . Ajax Armtersdam pernah menjadi kuasa eropah tetapi Belanda seringkali gagal di pentas dunia. Apapun, Belanda dan Ajax Armsterdam melahirkan seorang lagenda bernama Johan Cruyff yang berperanan mengembangkan Total Football ini ke Barcelona. Kini Barcelona menjadi kuasa besar bolasepak disebabkan perkembangan Total Football tersebut. Seterusnya Spain, yang ramai pemainnya bermain di kelab Barcelona juga menerima kesan positif daripanya hinggakan mereka menjadi juara dunia 2010 dengan gaya permainan yang cukup menarik (Total Football).
 

sekian ini sahaja apa yang nak aku sampaikan...sesungguhnya memang aku tertarik dengan taktik total football ini yang kini menjadi taktik yang sungguh berkesan digunakan oleh barcelona.. salam...


Read More ->>