Friday, August 10, 2012

kekecewaan terhadap parti politik di malaysia

salam semua...apa khabar dan assalamualaikum..diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya..tujuan aku menulis blog ini bukan la untuk suka-suka tapi untuk meluahkan isi hati yang tidak pernah puas selama ini di sepanjang kehidupan yang pernuh berliku ini...kali nie aku nak bercerita mengenai parti politik di malaysia..aku tau isu ini agak sensitif dan tidak patut diketengahkan tapi aku hendak juga bercerita kerana ini melibatkan agama yang disanjung sepanjang zaman iatu agama Islam...parti ini tak usahla aku sebutkan ...semuanya sama sahaja...apa yang aku nak sentuh ialah pembinaan berhala yang agak besar di malaysia...faham2 ajela dimana tempatnya...sepatutnya ketinggian berhala itu tidak patut melebihi daripada pembinaan masjid..tentang pemimpin tersebut tak usahlah aku nak sebutkan..sedangkan masjid pun nak kumpul dana kewangan untuk membinannya pun agak payah...tapi untuk pembinaan berhala mudah sahaja kewangan dana disalurkan...adakah ini untuk satu kepentingan politik??? hanya kerana kepentingan politik mudah sahaja agama Islam diabaikan...masjid pun tak cukup dana...apa kejadahnya??? kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak harus memandang remeh mengenai soal ini...namun apa yang berlaku adalah sebaliknya...akibat ketaksuban terhadap parti politik di malaysia ini..rakyat yang beragama Islam sudah tidak memandang isu ini meskipun parti itu memperjuangkan agama Islam pada dalilnya...aku sungguh kecewa..kecewa kerana seorang pemimpin yang beragama Islam sudah tidak meletakkan Islam sebagai tempat landasan perjuangan yang sebenarnya...mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan seharian tetapi tidak menjaga keperibadian Islam secara hakikatnya..... sepatutnya pemerintah menjadi contoh terbaik kepada rakyat-rakyatnya...bukan menjadi contoh yang tidak baik...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..pandai2 la kita menilai yang mana baik dan yang mana buruk....salam......
Read More ->>

Wednesday, August 8, 2012

raya kian menjelang

assalamualaikum kepada semua pelayar blog yang sedang melayari blog aku sekarang nie....korang semua tahu kan raya dah tak lama lagi akan tiba...apa persiapan yang korang sudah lakukan untuk menghadapi syawal yang mulia ini? ada diantara kita yang sudah bersiap sedia dengan membeli segala kelengkapan termasuklah membeli baju raya untuk anak-anak khusus bagi yang sudah berkeluarga dan barangkali untuk yang bujang mungkin hanya setakat ingin memakai baju raya pada tahun lepas kerana rugi dan membazir jika masih muat untuk dipakai.....ada juga bagi golongan kaum hawa yang sudah menyiapkan kuih raya dan ada juga yang hanya membeli sahaja kerana malas membuat kuih raya ....bak kata pepatah..rambut sama hitam hati lain-lain... itulah perumpamaan yang sesuai untuk aku ungkapkan... namun apa yang menyedihkan bahawa setiap tahun sebelum bermulanya raya puasa mesti ada putus jari la dan ada yang teruk buta mata akibat mercun buatan sendiri ataupun mercun yang dibeli dari tempat rahsia... semua ini tidak mustahil kerana penguatkuasaan yang lemah disamping sikap ibu bapa yang acuh tak acuh membiarkan anak mereka bermain mercun tanpa mengambil kira umur..bagi aku tak kisah la kalau nak main mercun tu tapi bagi la kepada budak-budak yang sudah berusia dan matang supaya tidak membiarkan mercun tu meletup begitu sahaja tanpa melemparkannya....kalau untuk budak-budak yang masih muda elok la bermain bunga api sahaja asalkan ada pengawasan daripada ibu bapa...oklah..setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...assalamualaikum...
Read More ->>

Thursday, August 2, 2012

Hukum mewarnakan rambut..

salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai hukum mewarnakan rambut bagi orang Islam..aku bukannya ustaz atau orang alim tapi aku nak menyentuh isu ini yang kian berleluasa di Malaysia ini...tiap kali kalau sebut pasal isu mewarnakan rambut mesti akan tergambar di wajah korang mengenai seorang gadis yang seksi atau seumpamanya la...tapi perkara macam inilah sebenarnya yang boleh menjerumuskan diri kita sebagai umat Islam ke pintu Neraka...ramai orang Islam dah macam tak beragama Islam..Islam hanya sebagai nama..persoalannya mampukah kita sebagai umat Islam dapat menguatkan Iman kita daripada perkara-perkara sebegini...harap2 bolehla....berbalik kepada hukum mewarnakan rambut bagi orang Islam ...haram kerana jika mewarnakan rambut selain bukan atas faktor kesihatan, maka tidak boleh dilakukan..kerana perbuatan ini samalah meniru kelakuan orang bukan Islam...itulah apa saja aku nak sampaikan...sekian....

Read More ->>