Wednesday, August 26, 2009

kemunculan muzik2 indie di malaysia........

salam... dalam blog aku kali nie aku nak ceritakan pasal muzik indie yang kini berkembang pesat di Malaysia.. Lagipun aku sendiri minat lagu muzik indie... muzik dia ada kelainan skit berbanding dengan lagu2 lain... macam penyanyi malaysia yang lain tu boleh la popular dengan just duk goyang kaki je.. mcm siti nurhaliza tue.. aku x berapa berkenan sangat... just nyanyi je dh popular.. lagipun lagu yang dia nyanyi tu ciptaan daripada orang lain gak.. aku sangat2 x berkenaan.. yang aku paling respect lagu indie nie... lagu dia dihasilkan oleh orang yang nyanyi lagu tu gak sama ada secara solo ataupun berkumpulan... lagu yang dihasilkan memang kreatif dan menarik serta x berapa membosankan.... tapi bergantung kepada setiap orang... ada yang minat lagu indie.. n ada yang x... aku x kisah pasal kemahuan seseorang tue.. lain orang lain telinga... so ikut kemahuan masing2 la... aku pun x dela nak paksa... lagipun aku minat lagu indie time aku dengar lagu dari kumpulan hujan... aku rasa macam best je... so bermulalah saat tue aku start mendownload bermacam2 lagu indie.. he3... pada pendapat aku lagu indie dah start time aku kecik lagi.... just lagu diorang je yang x promote.. kalau x dah lama lagu indie2 kat Malaysia nie dah berkembang.. Mcm butterfingers, band diorang merupakan band underground ataupun lebih kurangla sama mcm muzik indie.. aku minat lagu diorang iatu butterfingers - lengkap semula.. lagu tu memang benar2 menyentuh perasaan aku.. cheh wah.. he33... tp memang btul la ckp aku... lagu indie memang ada kelainan.. dapat menyentuh perasaan seseorang. tu untuk yang ada perasaan la.. he33 yang x de perasaan faham2la.. maaflah kalau aku ckp kasar mcm tue.. bukan apa.. kalau org yang btul2 minat lagu indie nie.. dia akan faham coz sesetengah lagu indie nie akan meyelitkan unsur2 yang berlaku kat negara kita nie... perjalanan hidup seseorang dan sebagainya.... aku memang puji tul coz lagu2 nielah yang akan memahami perasaan aku dan bukannya lagu lain.... lagu lain memang aku x layan sgt. aku pun layan lagu lain tapi lagu indie tetap di hati aku... bukan apa... time aku stress ke.. aku pasang lagu indie yang berunsurkan punk.... ada sesetengah org kata lagu punk x elok.. tp bagi aku lagu diorang niela yang menggambarkan perasaan yang tersemat dalam diri diorang... oklah teruskan perjuangan muzik2 indie ok... aku support korang.... hu33... kalahkan muzik2 bese yang memang x berapa best.....
Read More ->>

Lagi 2 ari aku nak balik + kisah baruku : )

hu333.... akhirnya masa yang ditunggu2 dah dtg.... bukan apa aku sibuk nak balik.... aku just nak rasa berbuka puasa kat umah aku.. nak rasa kesedapan makanan di bulan ramadhan nie... maklumlah. kat unikl tmpt aku blaja nie bengong skit.. dh la jauh dari bazar ramadhan.. apa yang aku nak beli pun x dpt.. just beli makanan yang kadang2 membuat aku x de selera nak makan. Walau camnepun, terpaksalah aku membelinya coz kalau aku x beli, aku nak beli kat ne kan? dahla jarak dari tmpt perhentian bas ke tmpt aku blaja tu agak jauh. Aku nak balik pun payah. so terpaksalah aku call teksi. dahla teksi bermeter lak tu.. skali pergi dah nak dkt RM10!!! sedangkan aku just g terminal putra saje... kalau time aku balik dari titiwangsa menuju ke gombak pun diorang amik keuntungan dengan mengenakan bayaran yang x masuk akal... RM25!!! ada ke patut? sepatutnya golongan macam nie harus dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengikut arahan yang ditetapkan.. Aku pun hairan.. Maklumlah dekat KL nie... aku actually x berapa minat sgt blaja kat KL nie... Udaranya pun korang paham2 jela.. tapi nak wat camne... tapi x pe bulan 12 nie ada intake uitm so aku kenalah mohon utk kuar dari tmpt nie. he33...Kalau aku dapat, maknanya adalah rezeki untuk aku.. lagipun aku dh ajak member aku dari daerah aku yang sama utk join sambung semula. he33... anyway... aku dah fikirkan kursus yang benar2 aku minat n bukannya atas kongkongan orang lain.. aku x suka dikongkong.. sume org pun x suka dikongkong sebenarnya.. ada yang rela dikongkong dan ada yang tidak.. tp bagi aku, aku sukakakan kebebasan dan bukannya kongkongan.. coz tu aku benci betul kalau ada orang kongkong aku.. macamlah aku nie pernah mintak duit dari dia!!!!!!!aku actually dh fed up dgn orang2 mcm nie.. aku langsung x suka jenis orang mcm nie... suka mengarah orang.. padahal kalau dia yang kena arah, memang melenting lak orang tue.. lagi aku x suka.. orang2 mcm nie leh aku ibaratkan mcm org gila.. suka mengarah2 org....okla... ari jumaat nie bermula pengembaraan balik aku ke temerloh.. he33... time tu aku nak isi borang permohonan uitm.. manalah tau kot2 dapat blaja kat situ.. aku pun nak rasa gak mcmne jadi pelajar ipta.. x kan adik aku sorang je? mana leh mcm tue.. adik perempuan aku skrang nie tgh sibuk nak membuat final project.. tapi insyallah project dia akan berjaya.. walaupun simple je. tapi aku harap dia dan member seperjuangan dia dapat menyiapkan project dalam masa yang ditetapkan... oklah.. malaslah aku nak membebel lama2 kat sini.. i hope all of you enjoy your fast!! he33.... selamat berpose.. pose ye jangan x pose... kepada sesapa yang dah besar n x pose tue.. faham2la.. malu lah skit kat budak2 kecik yang dah berpose.... salam....
Read More ->>

Saturday, August 22, 2009

Kelebihan Berpuasa....

Diterangkan dalam hadith :

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)

Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api "

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram


Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Read More ->>

Friday, August 14, 2009

Mayat bayi dalam tandas sekolah



POKOK SENA: Amat menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang sudah berbau ditemui di atas tangki tandas dalam bilik air lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini, semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat tanpa pakaian itu ditemui seorang pekerja am sekolah itu kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terlungkup dan dipercayai dilahirkan sejak dua hari lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Star, Deputi Superintendan Mohd Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menahan seorang pekerja am wanita berusia 40-an yang bekerja di sekolah asrama penuh itu.

Menurutnya, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat bayi terselit dalam tangki mengepam air tandas.

Siasatan mendapati wanita itu pernah mengalami pendarahan ketika bertugas Selasa lalu dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star untuk rawatan.

Difahamkan, wanita terbabit sudah bersuami dan mempunyai lima anak.

Mohd Feisal berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa saksi, termasuk suami wanita terbabit yang bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu siasatan.

“Kita akan membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan kaitan antara wanita berkenaan dengan mayat bayi yang ditemui. Punca kematian belum dikenal pasti dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat daripada HSB,” katanya.
Read More ->>

hu333........balik umah ari jumaat nie........

akhirnya...... destinasi yang ku tunggu2 dah tiba............hu333 iatu balik kampong ...........
aku akhirnya dpt menenangkan diriku dari kesibukan kota kl ngan cara nie jugalah dapat aku menonton televisyen.........
hu333............... selain tu......... umah aku ngan kl x la jauh sgt............. just 2 jam je.... kalau naik bas pejam celik leh sampai.. he333.. gurau jela.... malam tadi aku berhempas pulas menyiapkan tutorial aku yang blum siap.... maklumlah keje bertangguh x menjadi tapi masalahnya aku dah wat tutorial tu sejak dari ari ahad lagi n x de masalah sebenarnya bagi aku untuk menyiapkan tutorial aku nie,, aku pun bingung sama ada jawapan yang aku wat dan cara penyelesaian aku nie serupa x dengan rakan2 aku yang lain.............. syukur alhamdulilah... akhirnya dapatlah gak aku siapkan pada malam sebelum pagi menjelang he333......... okla.... disini sahaja celoteh aku yang x masuk akal nie... hu333 salam........
Read More ->>

Monday, August 10, 2009

KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJAR

A. KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

  1. Membaca secara BERHATI-HATI

· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca

· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya

· Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH

· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir

· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting

· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG

· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik

· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam

· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA

· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.

· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.

· Udara sekitar mestilah mencukupi

· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa

· Duduk dengan betul

· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.

· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT

· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.

· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca

· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. CATATKAN isi yang dibaca

· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.

· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca

· Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.

· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.

· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.

· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.

· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

  1. Kemahiran MENDENGAR

· Digunakan semasa proses pembelajaran

· Boleh dilakukan serentak

· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

  1. Kemahiran MEMBACA LAJU.

· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.

· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.

· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

  1. Kemahiran MENULIS

· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.

· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.

· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.

·

  1. Catatkan KATA KUNCI sahaja.

· Memilih isi-isi penting sahaja.

· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.

· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

  1. NOTA RINGKAS dan padat

· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri

· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu

· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.

  1. Gunakan PERKATAAN sendiri

· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.

· Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.

· Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

  1. Faham setiap KATA KUNCI

· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.

· Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.

C. KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

  1. HAFAL isi yang dibaca

· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.

· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

  1. Isi DISUSUN dengan betul

· Sebutkan isi yang kamu hafal

· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

  1. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT

· Pastikan turutan isi betul

· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.

· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

  1. UJI kemampuan daya ingatan

· Di sini kamu perlu memainkan dua watak

i- Penyoal

ii- Penjawab

· Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab

· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

  1. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin

· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan

· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

  1. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.

· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:

a- Sebelum tidur

b- Selepas tidur

· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK

· Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.

  • Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
  • · Gantikan fakta kepada bentuk cerita

  • Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
  • · Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.

  • Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
  • · Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.

    · Pilih lagu yang paling kamu gemari.

    · Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

    1. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.

    · Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.

    · Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

    1. Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
    ·

    Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia

    Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
    Read More ->>

    Saturday, August 8, 2009

    ISU H1N1

    salam........ kali nie aku nak sampaikan mengenai penyakit maut iatu H1N1 yang berlaku di negara kita........... apa yang berlaku nie ada hikmah sebenarnya.. ini sebenarnya bala bencana daripada ALLAH kerana manusia dah x ingat akhirat.... n asyik melakukan kemungkaran.......... perkara mcm nielah yang membangkitkan kemurkaan ALLAH S.W.T so kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berdoa agar dijauhkan penyakit yang berbahaya itu.......... namun begitu aku rasa umat islam zaman sekarang dah x mcm dulu lagi... diorang nie lagi mementingkan duniawi daripada akhirat... zaman sekarang nie banyak maksiat yang berlaku bukan sahaja di negara luar malah negara kita juga turut terlibat dalam gejala maksiat ini... apa yang menyedihkan aku ialah kebanyakan yang melakukan gejala maksiat nie adalah umat ISLAM!!!!!!! korang x sedar ke apa yang korang wat nie sebenarnya salah disisi undang2 dan agama......
    H1n1 nie perlu dibanteras secepat mungkin....... aku rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang meninggal akibat H1n1 nie.... Aku rasa cara paling drastik ialah bunuh sume babi di negara kita nie... babi or khinzir nielah yang menyumbang terhadap penyakit H1n1.... ALLAH dah bgtau kita dah...... yang babi tu haram dimakan kerana di dalam badan babi tu mengandungi kolestrol yang tinggi dan mengandungi kuman2 yang berbahaya....... coz tu ALLAH turunkan H1n1 nie kerana masih ada manusia yang masih berdegil nak makan benda haram tue....... aku harap kerajaan malaysia wat tindakan yang betul dengan hapuskan sume babi di negara kita nie... negara lain harus berbuat demikian ..... kerana dengan cara nie.... penyakit nie dapat dicegah.. sebenarnya penyakit nie dtg daripada negara MEXICO lah!!!! orang2 di sana memang kuat mkn babi agaknya..... pastu merebak ke negara lain........ oklah .... cukuplah setakat aku membebel kat sini... aku harap ada penyelesaian secepat mungkin coz kalau x dibendung.... ramai lagi insan yang x berdosa akan meninggal dunia.... salam....
    Read More ->>