Wednesday, September 29, 2010

hari yang membosan ketika hari raya....

salam semua... aku nk bgtau korang semua pasal kehidupan yang aku jalani ketika hari raya... seperti yang korang tau... perangai aku dh banyak berubah... aku x tau kenapa... yang aku tau orang yang aku ingin jadikan dia sebagai gf aku  sudah ada orang lain...aku berasa sangat sedih dan kesedihan niela yang membuatkan kehidupan aku bertambah bosan lebih2 lagi di hari raya...kalau dulu time raya aku kat kg aku memang feel happy je... nak tau kenapa.? time dulu keje x yah kena wat... x kena marah ngan sape2 pun... tapi time nie... aku dihina dan dicerca seolah2 aku tidak melakukan keje... time tue ramai yang hanya memikirkan hal sendiri sahaja... kira2 dalam ari sabtu tue... keluarga aku ada wat barbeque kat umah aku yang baru... aku hanya bersahaja dan tidak memikirkan sangat perkara itu kerana itu hanya biasa sahaja... kat temerloh aku x ramai kawan sangat... so aku x ajak pun kawan2 aku kat temerloh kerana aku bukan rapat sangat ngan diorang... member2 yg aku kenal ialah member2 dari tempat aku blaja... member2 itulah yang menjadi member rapat aku... sepanjang aku hidup x pernah aku berasa gembira seperti itu... mungkin kerana member2 temerloh aku membosankan aku dan langsung tidak memperdulikan aku seperti dahulu lagi... so time tu aku pun g la menolong membasuh bekas2 yang belum berbasuh lagi... then pada malam itulah yang membuatkan aku merasakan diri aku dipinggirkan. aku hanya bersendirian time tue... awek dh x de dah... nak berkenan kat awek tue dia dh ada balak.. nk wat guane? x de rezeki aku la tue... berbalik kepada cite aku ... time aku nk tolong isi air dalam bekas sambil msg, aku dimarahi.. salahkah aku cuma nk antar msg je? aku x nak pun melawan balik.. sebab yg marah tu mak saudara aku... lagi pun aku dh masak ngan perangai dia.. nak wat camne.. ketika yang lain sibuk gembira dengan bermain permainan yang diorang wat sendiri... aku cuba menyisihkan diri aku daripada pandangan orang lain... aku tau aku x sesuai bergaul dengan orang lain... mungkin kerana aku menganggap diri aku hanya menyusahkan sahaja.... then apabila pesta permainan itu sudahpun tamat ramai yang balik begitu sahaja... aku pun malas nk tido kat umah baru tue.. ak just tido kat dlm van ayah aku je... time tulah mak aku msg aku tp aku wat x layan kerana aku malas mengganggu dia... then dia tahu yang ak nk balik so dia nk antar aku ngan kete tp aku menolak... time tue adik aku bawak moto dia.. aku just pinjam moto dia nk balik ke umah aku... aku x kisah sesape pun sebab x de orang pun yang nk sudi berkongsi kisah sedih aku... sekian... inilah luahan aku...
Read More ->>

Kemalangan yang hampir meragut kaki aku....

salam semua.... hari nie aku nak bagitau mengenai kemalangan yang hampir meragut kaki aku... time tue aku nak balik umah sewa aku yang terletak kat taman sri gombak... kejadian nie berlaku kat dewan beringin.... time tue lampu isyarat dh hijau... pada mulanya aku ingatkan yang kete sebelah kanan aku nie nk g straight je.... aku memang nak g straight tapi lain pulak jadinya... kete tue tiba2 membelok sebelah kiri tanpa menyalakan signal kiri... aku pada mulanya memang terkejut dengan sikap pemandu kete tue... kecewa ada gak sebab pemandu tu langsung x memikirkan orang yang berada di sebelahnya... yang ada kat fikiran dia adalah cuma nk cepat je.. aku memang bengang la time tue... kalau bagi signal aku consider dia memang berhak membelok selekoh kiri terlebih dahulu... ini x langsung di baginya signal tue... aku betul2 kecewa... dari kesimpulannya kepada sesape yang nak memandu tue... pastikan anda prihatin terhadap orang di sebelah... jgn main pakai redah je... nanti merana diri sendiri.... ingat tue...
Read More ->>

Tuesday, September 7, 2010

Ebook tuk MICROCONTROLLER...

Sesiapa yang berminat tuk mempelajari asas2 microncontroller leh download ebook nie... aku x kenakan sebarang bayaran pun... just download je........

http://hotfile.com/dl/29110097/3983754/0071472878_PIC_Microcontroller.rar.html

http://img2.immage.de/180206208a0001284f0medium.jpeg -- nie tuk pic ebook tue... 
Read More ->>

Thursday, June 17, 2010

Sistem Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA )

Assalamualaikum semua... kali nie aku bagitau korang tentang sistem Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang agak mengecewakan aku.... semalam aku g kat laman web http://www.psa.edu.my/2007/
tapi bila aku check kat bahagian E-Perkhidmatan and then aku klik kat keputusan peperiksaan ... punyalah diorang bagi alasan mcm nie... harap maaf terlalu ramai pengguna... sila cuba sekali lagi... Ceh!!! aku dah masuk no matrik n no ic n aku dah cuba berkali2 dari pagi semalam sampai la malam tapi x dpt2... macam sial je laman web tue... jika dibandingkan dengan politeknik aku PSMZA jauh lagi bagus daripada Politeknik celaka tue... aku pun x nak kutuk mengutuk nie tapi then hari nie diorang bagi alasan lain lak .... time aku klik kat bahagian keputusan peperiksaan tue..  nie bukti yang menunjukkan aku x tipu...

              

nie yang baru lagi aku dapat tapi nak wat camne kan?? diorang bagi alasan macam nie lak... pelik aku tengok politeknik nie.... ish33.... aku nak tolong member aku je... tapi nanti dia ingat aku x nak tolong dia... aku dah try btul2 tapi tu la laman web nie entah sape admin dia... macam bengong je aku tengok admin dia... kot x reti....... dah semalam wat hal n ari nie pun wat hal gak... x leh blah aku tengok.... bengong2...

Read More ->>

Kekecewaan Pabila Team Favourite Aku Kalah...

Salam semua....  aku sebenarnya x de masalah tapi aku rasa sangat kecewa bila tengok team favourite aku Spain kalah memalukan pada Switzerland... Diorang ( Spain ) memang bermain agak bagus dan banyak menguasai perlawanan tersebut.. tetapi sikap pemain2 Sepanyol yang sengaja bermain tanpa mempunyai semangat untuk menjaringkan gol membuatkan aku benar2 kecewa... Perlawanan2 sebelumnya menyaksikan negara2 lain turut menang dan ada yang seri... itu boleh dikatakan tidaklah begitu mengecewakan tapi apa yang memalukan ialah team Sepanyol yang diundi sebagai pasukan pilihan kecundang terhadap pasukan dari Switzerland... aku tak tau apa masalah team Spain nie.. nak cakap x bagus... x de gak... just cara diorang bermain agak slow jika dibandingkan dengan corak permainan pasukan gergasi Eropah yang lain... corak permainan diorang memang bagus... tapi sedih sebab tewas so aku dengan geramnya mendesak supaya negara2 lain tewaskan pasukan Sepanyol nie ... walaupun team spain nie team favourite aku tapi kalau diorang bermain sambil lewa memang aku x leh tahan... biar ini menjadi pengajaran bagi diorang... kesan daripada permainan diorang nie wat aku rasa x de mood je nak tgk diorang main lagi... aku harap korang ( team Spain ) bermain dengan bersungguh2 dan tidak memperlekehkan pihak lawan kerana itu bakal mengundang padah terhadap diri sendiri.... salam............
Read More ->>

Thursday, May 20, 2010

kebosanan melanda diri...

hu33... apa nak jadi nie??? setiap hari bosan... member aku yang lain sume keje... aku je x keje... boring gak nie.... apa nak wat dalam 2 bulan nie ek?? setiap hari aku asyik memikirkan perkara yang sama... nak keje or x??? aku masih dalam kebingunan... kalau nak keje ... nak keje apa??? x pun perasaan aku malas ataupun takut ada dalam diri aku nie??? aku pun x tau... yang pasti aku nak apply tapi risaukan perasaan bodoh je nie... aku pun blum amik lagi sijil diploma dari politeknik aku tue... dalam bulan 6 nie aku nak amik.... ermm what ever.. aku nak fikirkan perkara lain.. kalau x dpt keje... baik aku bersihkan bilik aku yang bersepah nie... hu33... ada gak keje nk wat... okla... nie je keluhan aku yang aku nak sampaikan.... salam......
Read More ->>

Tuesday, May 4, 2010

Cerita Lawak : Robot Kesan Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...
Read More ->>