Wednesday, November 10, 2010

kemurungan....

salam semua... apa yang ak nak bagitau kali ini adalah kisah yang mungkin korang x berapa suka nk dengar.... tp pada yang nak dengar... ak akan cite... kisahnya ketika ak di politeknik dulu semasa awal semester... ak berminat dengan seorang awek nie... awek nie ada ciri2 yang ak nak... dia nie sama je kelas ngan ak... time tu pernah ak meluahkan perasaan ak tp hampa kerana cintaku ditolak... siang malam hatiku gelisah kerana cintaku ditolak... namun tiada siapa yang tau kerana ak tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun ... tentang awek tu ak ngan dia dah jadi kawan je.. sebab dia dah ada balak... hatiku pertama kali hancur... namun terpaksa ak tabahkan hati.... time ak sem 5 semasa pemilihan group, ak ditempatkan dengan member2 ak... ak bercadang ingin satu group dengan member ak yang satu lagi namun apakan daya.... ak selalu diketepikan oleh member2 aku yang lain... dan mereka hanya memilih satu kumpulan yang mempunyai kemahiran... ak sedar ak hanyalah manusia yang tidak berguna kerana tidak mempunyai kemahiran dalam menghasilkan mini project tersebut... namun ak sangat bersyukur dan ak hampir menitiskan air mata kerana ALLAH la yang banyak membantu ak di dunia ini... akhirnya ak dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH.. namanya x perlulah ak sebutkan tapi ak rasa bersyukur sgt... namun kegembiraanku tidak lama kerana group ak memutuskan untuk berhenti pengajian... sebab apa? biarlah rahsia..... kemudian semasa di semester 5, ak berasa amat gembira kerana dialah cinta pertamaku... kami bercinta selama hampir tahun... namun begitu ak sudah memutuskan percintaanku dengan si dia.. ak sebenarnya tidak sanggup melihat dia menderita.... ketika ini tiada sesiapa pun yang tahu akan kisahku ini.... ak pun sebenarnya sudah malas hendak bercinta ini kerana cinta inilah yang menyeksa hatiku dan membuat hidupku menderita... cintaku kepada ALLAH lebih baik kerana cinta ini adalah cinta ikhlasku kepadaNYA... kadangkala kita sering melupakannya tetapi DIA tidak pernah melupakan kita... oleh itu kita sebagai hambaNYA perlu lah mengikuti segalah perintahNYA selagi kita hidup di muka bumi ini yang kian diambang kehancuran akibat perbuatan manusia ... sekian...
Read More ->>

Wednesday, October 6, 2010

hari yang makin cerah....

  salam semua.... x lama lagi ak akan menghadapi satu peperangan yang akan menentukan kedudukan ak... he3.. peperangan yang ak maksudkan adalah final exam yang akan diadakan tidak lama lagi... ak pun sebenarnya tidak begitu bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang penting seperti sem2 lepas... ada kalanya ak cuai ketika menjawabnya dan ini terbukti apabila aku begitu yakin utk menjawabnya.... ak lihat ramai di kalangan aku yang pantas menjawab soalan dan ada juga yang berfikir terlebih dahulu sebelum menjawab namun itu bukan masalah ak kerana ak tetap aku... berbalik pada soalan, apa yang ak maksudkan hari yang makin cerah... ha... kalau korang nak tau streamyx aku dh dipasang pada hari semalam... tunggu punyalah tunggu dari bulan 7 lagi !! memang lama la kan? ak pun dh ampir fed up nak fikir pasal internet... namun ak dpt tau biler member seangkatan umah sewa ak membagitau ak bahawa orang streamyx tu akan datang ke umah sewa ak... ak wat rileks je coz kalau ak riuh pun sama je... coz kat umah ak kat temerloh dh dipasang streamyx.... so apa nak herannya... yang ak tau kat malaysia nie baru nak diperkenalkan speed sebanyak 4mbps... kat luar negara mcm negara korea selatan dh lebih maju ke hadapan... ini menunjukkan malaysia nie masih di takuk lama lagi.. kita seharusnya yang memandu malaysia ke arah kemajuan n bukannya ke arah kemunduran... mujurlah kita tidak menjadi seperti Indonesia... di Indonesia selalu berlaku rusuhan sahaja menyebabkan nilai mata wang mereka jatuh... jika rakyat malaysia mengamalkan spt itu alangkah bodohnya mereka... hu3... nampak nya aku dh melalut x tentu pasal nie... akhir kata dari aku... malaysia nie leh membangun tp hendaklah dikurangkan rasuah yang berleluasa di kalangan menteri2 malaysia... ak tau ramai menteri yang mengamalkan rasuah.. mereka seolah2 dh ilang pedoman iman... kalau iman x de wat pe masuk islam kan? hal inilah yang berlaku kat menteri2... menteri yang beragama Islam pun 2x lima je dgn yang kafir... maaflah kalau bahasa ak kasar skit... oklah... sampai disini sahaja keluhan ak... assalamualaikum..
Read More ->>

Wednesday, September 29, 2010

hari yang membosan ketika hari raya....

salam semua... aku nk bgtau korang semua pasal kehidupan yang aku jalani ketika hari raya... seperti yang korang tau... perangai aku dh banyak berubah... aku x tau kenapa... yang aku tau orang yang aku ingin jadikan dia sebagai gf aku  sudah ada orang lain...aku berasa sangat sedih dan kesedihan niela yang membuatkan kehidupan aku bertambah bosan lebih2 lagi di hari raya...kalau dulu time raya aku kat kg aku memang feel happy je... nak tau kenapa.? time dulu keje x yah kena wat... x kena marah ngan sape2 pun... tapi time nie... aku dihina dan dicerca seolah2 aku tidak melakukan keje... time tue ramai yang hanya memikirkan hal sendiri sahaja... kira2 dalam ari sabtu tue... keluarga aku ada wat barbeque kat umah aku yang baru... aku hanya bersahaja dan tidak memikirkan sangat perkara itu kerana itu hanya biasa sahaja... kat temerloh aku x ramai kawan sangat... so aku x ajak pun kawan2 aku kat temerloh kerana aku bukan rapat sangat ngan diorang... member2 yg aku kenal ialah member2 dari tempat aku blaja... member2 itulah yang menjadi member rapat aku... sepanjang aku hidup x pernah aku berasa gembira seperti itu... mungkin kerana member2 temerloh aku membosankan aku dan langsung tidak memperdulikan aku seperti dahulu lagi... so time tu aku pun g la menolong membasuh bekas2 yang belum berbasuh lagi... then pada malam itulah yang membuatkan aku merasakan diri aku dipinggirkan. aku hanya bersendirian time tue... awek dh x de dah... nak berkenan kat awek tue dia dh ada balak.. nk wat guane? x de rezeki aku la tue... berbalik kepada cite aku ... time aku nk tolong isi air dalam bekas sambil msg, aku dimarahi.. salahkah aku cuma nk antar msg je? aku x nak pun melawan balik.. sebab yg marah tu mak saudara aku... lagi pun aku dh masak ngan perangai dia.. nak wat camne.. ketika yang lain sibuk gembira dengan bermain permainan yang diorang wat sendiri... aku cuba menyisihkan diri aku daripada pandangan orang lain... aku tau aku x sesuai bergaul dengan orang lain... mungkin kerana aku menganggap diri aku hanya menyusahkan sahaja.... then apabila pesta permainan itu sudahpun tamat ramai yang balik begitu sahaja... aku pun malas nk tido kat umah baru tue.. ak just tido kat dlm van ayah aku je... time tulah mak aku msg aku tp aku wat x layan kerana aku malas mengganggu dia... then dia tahu yang ak nk balik so dia nk antar aku ngan kete tp aku menolak... time tue adik aku bawak moto dia.. aku just pinjam moto dia nk balik ke umah aku... aku x kisah sesape pun sebab x de orang pun yang nk sudi berkongsi kisah sedih aku... sekian... inilah luahan aku...
Read More ->>

Kemalangan yang hampir meragut kaki aku....

salam semua.... hari nie aku nak bagitau mengenai kemalangan yang hampir meragut kaki aku... time tue aku nak balik umah sewa aku yang terletak kat taman sri gombak... kejadian nie berlaku kat dewan beringin.... time tue lampu isyarat dh hijau... pada mulanya aku ingatkan yang kete sebelah kanan aku nie nk g straight je.... aku memang nak g straight tapi lain pulak jadinya... kete tue tiba2 membelok sebelah kiri tanpa menyalakan signal kiri... aku pada mulanya memang terkejut dengan sikap pemandu kete tue... kecewa ada gak sebab pemandu tu langsung x memikirkan orang yang berada di sebelahnya... yang ada kat fikiran dia adalah cuma nk cepat je.. aku memang bengang la time tue... kalau bagi signal aku consider dia memang berhak membelok selekoh kiri terlebih dahulu... ini x langsung di baginya signal tue... aku betul2 kecewa... dari kesimpulannya kepada sesape yang nak memandu tue... pastikan anda prihatin terhadap orang di sebelah... jgn main pakai redah je... nanti merana diri sendiri.... ingat tue...
Read More ->>

Tuesday, September 7, 2010

Ebook tuk MICROCONTROLLER...

Sesiapa yang berminat tuk mempelajari asas2 microncontroller leh download ebook nie... aku x kenakan sebarang bayaran pun... just download je........

http://hotfile.com/dl/29110097/3983754/0071472878_PIC_Microcontroller.rar.html

http://img2.immage.de/180206208a0001284f0medium.jpeg -- nie tuk pic ebook tue... 
Read More ->>

Thursday, June 17, 2010

Sistem Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA )

Assalamualaikum semua... kali nie aku bagitau korang tentang sistem Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang agak mengecewakan aku.... semalam aku g kat laman web http://www.psa.edu.my/2007/
tapi bila aku check kat bahagian E-Perkhidmatan and then aku klik kat keputusan peperiksaan ... punyalah diorang bagi alasan mcm nie... harap maaf terlalu ramai pengguna... sila cuba sekali lagi... Ceh!!! aku dah masuk no matrik n no ic n aku dah cuba berkali2 dari pagi semalam sampai la malam tapi x dpt2... macam sial je laman web tue... jika dibandingkan dengan politeknik aku PSMZA jauh lagi bagus daripada Politeknik celaka tue... aku pun x nak kutuk mengutuk nie tapi then hari nie diorang bagi alasan lain lak .... time aku klik kat bahagian keputusan peperiksaan tue..  nie bukti yang menunjukkan aku x tipu...

              

nie yang baru lagi aku dapat tapi nak wat camne kan?? diorang bagi alasan macam nie lak... pelik aku tengok politeknik nie.... ish33.... aku nak tolong member aku je... tapi nanti dia ingat aku x nak tolong dia... aku dah try btul2 tapi tu la laman web nie entah sape admin dia... macam bengong je aku tengok admin dia... kot x reti....... dah semalam wat hal n ari nie pun wat hal gak... x leh blah aku tengok.... bengong2...

Read More ->>

Kekecewaan Pabila Team Favourite Aku Kalah...

Salam semua....  aku sebenarnya x de masalah tapi aku rasa sangat kecewa bila tengok team favourite aku Spain kalah memalukan pada Switzerland... Diorang ( Spain ) memang bermain agak bagus dan banyak menguasai perlawanan tersebut.. tetapi sikap pemain2 Sepanyol yang sengaja bermain tanpa mempunyai semangat untuk menjaringkan gol membuatkan aku benar2 kecewa... Perlawanan2 sebelumnya menyaksikan negara2 lain turut menang dan ada yang seri... itu boleh dikatakan tidaklah begitu mengecewakan tapi apa yang memalukan ialah team Sepanyol yang diundi sebagai pasukan pilihan kecundang terhadap pasukan dari Switzerland... aku tak tau apa masalah team Spain nie.. nak cakap x bagus... x de gak... just cara diorang bermain agak slow jika dibandingkan dengan corak permainan pasukan gergasi Eropah yang lain... corak permainan diorang memang bagus... tapi sedih sebab tewas so aku dengan geramnya mendesak supaya negara2 lain tewaskan pasukan Sepanyol nie ... walaupun team spain nie team favourite aku tapi kalau diorang bermain sambil lewa memang aku x leh tahan... biar ini menjadi pengajaran bagi diorang... kesan daripada permainan diorang nie wat aku rasa x de mood je nak tgk diorang main lagi... aku harap korang ( team Spain ) bermain dengan bersungguh2 dan tidak memperlekehkan pihak lawan kerana itu bakal mengundang padah terhadap diri sendiri.... salam............
Read More ->>