Thursday, March 10, 2011

mengapa FAM begitu bodoh?

salam semua..... kali nie ak nak bagitau mengapa FAM begitu bodoh?? bukannya apa...... statement yang dikeluarkan oleh Sultan Haji Ahmad Shah sebagai presiden FAM yang mengatakan bahawa pemain bola sepak malaysia yang berbakat hendaklah kekal bermain di kelab liga malaysia.... beliau juga tidak menghalang sekirannya pemain tersebut hendak bermain di luar negara".... bagi aku kalau setakat cakap kosong je baik x yah..... apa guna fungsi presiden FAM? macam yang aku cakap... x de guna langsung.... wat menyemak je... bukannya apa... aku sebenarnya fed up ngan sikap orang macam tue... cuba korang bandingkan bola sepak tempatan ngan bola sepak luar negara... banyak bezanya kan?? itulah perkara yang aku cuba nak sampaikan... sampaikan bola pun lebih kepada politik je...dahla orang politik yang ambil alih FAM... cuba letak bekas pemain bola sepak kebangsaan menjadi FAM... at least dapat membantu menaikkan prestasi bola sepak negara supaya pergi lebih jauh.... ini x... setakat lawan pakistan ngan indonesia takkan membantu la.... inilah sikap FAM... wat persahabatan ngan ranking yang jauh lebih rendah dari malaysia..... cuba wat perlawanan ngan negara2 seperti korea ngan jepun... ada jugak peningkatan nya....... tu aku tak nafikan yang FAM ada wat perlawanan persahabatan ngan chelsea dan man united... tp itu pun time diorang wat jelajah..... so x kan membantu apa2... lagi satu aku kesian tengok pemain bola sepak dalam sesetengah liga di malaysia..... dahla kena tunggu gaji berbulan bulan..... ada ke patut? sedangkan indon pun x pernah ada masalah tunggakan gaji.... apa kejadahnyer??? tu yang menyebabkan generasi zaman sekarang fikir dua kali sebelum nak main bola sepak...... ada yang nak main.... tapi bukan kesemuanya...... sebab pasal gaji.... ntah mana duit tu hilang aku tak tau...... yang aku tau orang atasan jugaklah yang bertanggungjawab atas tunggakan gaji itu......persatuan kelab hendaklah peka akan masalah ini..... jangan biarkan pemain menunggu gaji berbulan2.... korang x pela... dapat duit perut kenyang....dahlah prestasi sesetengah kelab x konsisten pasal gaji...... camnela nak menang?? dahla harga barang makin naik....... inilah sikap pemerintah yang tak pandai mentadbir negara... kalau pandai... kenapa masih ada aduan mengenai kenaikan harga barang??? akhir sekali... aku mohon agar FAM wat la sistem yang sama kat eropah....barulah ada kemajuan........ ini sekadar cadangan .... harap maaf kalau ada terkasar bahasa...
Read More ->>

Monday, February 21, 2011

musim cuti datang lagi...... macam lain dari yang lain.......

asalamualaikum semua....... apa khabar kalian sumer? harap sume sihat.... kali nie ak nak cite pasal cuti sekolah..... sebut je pasal cuti sekolah mesti terbayang keseronokan di dalam otak kita....... ada yang dah plan nak jalan2 ngan member ataupun awek dia ke mana2 destinasi yang diorang suka... ada gak yang bercadang nak bekerja secara sambilan..... tu ak x nafikan.... tapi bagi yang sudah dalam lingkungan umur 22 taun ke atas seperti aku ...... perkara cuti itu sudah menjadi perkara biasa bagi aku..... kalau dulu, sebut je pasal cuti .... seronok je..... leh tido .... leh main komputer dan sebagainya..... tapi sekarang nie.....x cuti pun ak wat aktiviti macam tu gak.... he3... baru2 nie kerajaan ada umumkan nak wat pengambilan pelajar asing dari luar negara.... dan semester seteruskan akan diadakan pada bulan 9...... ada yang bangkang dan ada yang setuju...... tu ak tak nafikan sebab manusia nie rambut je sama hitam tapi hati lain2.. begitulah lumrah manusia..... selalu je ada berlainan pendapat...... untuk yang yang bangkang nie,,, kata mereka khas untuk mahasiswa yang bakal menghabiskan pengajian mereka untuk tempoh yang singkat tidak bersetuju kerana alasan merekan tindakan melanjutkan masa untuk memberi ruang kepada pelajar asing tuk memasuki universiti kita hanya membazirkan masa mereka..... tu aku akui.... berlainan pula dengan pendapat yang bersetuju dengan tindakan melanjutkan masa sampai ke bulan 9 nie..... sampai member ak bertengkar mengenai perkara nie..... sorang setuju dan sorang pula bangkang dengan tindakan ini...... bagi aku dua2 sama sahaja...... kalau aku cuti sampai 4 bulan nie leh ak mencari keje dan kalau x jadi pun menjadi perkara biasa je bagi aku..... itupun kalau universiti aku x amik la..... okla... sekian nie je apa yang aku nak sampaikan... sekian......
Read More ->>

minggu phase test datang lagi....... aduyai.......

salam semua...... kali nie ak nak bercerita mengenai phase test ak yang akan diadakan esok.... start dari selasa sehingga jumaat..... tapi apa yang ak nak sampai kan kali nie ialah kebosanan ak sebelum menghadapi phase test ak nie.... bukannya apa ..... aku terkilan juga ngan sistem universiti ak belajar nie..... maaf ak x leh nak bagitau universiti mane tapi kebanyakannya bermasalah..... masalah dari segi sistem pinjaman la..... dah la time ak tue... proses pinjaman punyer la lama..... macam sial je aku tengok..... selama 7 bulan ak menunggu pinjaman tu sampai..... tapi apa yang ak cite kan nie adalah masalah dalaman universiti nie..... masalah yang ak hadapi ialah macam ne nak menjawab phase test sok? aku tau subject nie nampak je senang tapi masalahnya sukar untuk mengingati kerana tidak dibagikan soalan2 yang bakal masuk...... aku pun sedikit sukarlah..... maklumlah tahap ingatan aku nie lemah ... tak macam budak2 genius lain..... sekali belajar terus dapat tangkap...... kalau boleh aku pun nak macam tue gak...... satu lagi aku ada subject yang ak kena amik lagi.... masalah nie membuatkan kepala aku menjadi lebih malas nak belajar..... tak tau la kenapa..... dengan hafalan yang berlambak datang memasuki kepala ak membuatkan aku jadi pening kalau aku study tanpa henti so ak wat2 la rileks je... subjek pertama yang akan aku amik ialah power quality..... subjek nie leh tahanla payah gak tapi x la sesukar subjek control system yang banyak mengakibatkan student dia banyak fail..... ada gak yang lulus dan ada yang dapat result cemerlang.... tu memang ak x nafikan daripada usaha keras yang diorang lakukan untuk subjek tue.... subjek kedua yang akan aku amik ialah control system; subjek killer kepada semua student..... pas tu,,, subjek power elektronik.. subjek nie sebenarnya senang tapi kalau banyak sangat hafalan menyerap masuk ke dalam otak aku.... gerenti aku pun pening kepala.... subjek nie ak dh amik time diploma dulu.... tapi time diploma dulu senang sebab dalam BM tapi sekarang dalam BI...... macam hampeh je...... subjek machine adalah subjek yang ak amik sama2 ngan power e..... subjek nie member ak kata senang sebab dia dapat a minus..... so aku pun target nak dapat a dalam subjek nie.... ak harapkan kali nie leh la dapat pointer 3 ke atas.... harap2 macam tue la..... dan last skali ialah subjek robotik..... aku pun heran kenapa subjek nie dimasukkan ke dalam kursus ak sedangkan lecturer subjek tu pun akui yang subjek tu dalam aliran mekatronik..... mekatronik adalah gabungan daripada aliran mekanikal, elektrik dan elektronik... tu pasal aku pun pening bila dia mengajar.... he3... rupanyer lain aliran subjek.... paatutla x faham..... so subjek nie pun subjek killer gak.... tapi mudah2 an ak lepas sume subjek ...... harap kalian doakan la kejayaan ak ye? okla..... setakat nie sahaja la apa yang ak nak sampaikan........ salam........
Read More ->>

Sunday, January 16, 2011

minggu yang membosankan.........

assalamualaikum semua....... harap semua sihat sejahtera...... apa yang aku nak cite kali nie berkaitan dengan pembelajaran aku di unikl ....ak kini mengambil degree dalam bidang elektrikal.... tp apa yang aku nak cite kali ini adalah musim pembelajaran yang agak membosankan........ sebenarnya ak pun dh selalu boring duk kat umah...... x de keje nak dibuat..... hendak keje tp x cukup masa lak sebab cuti ak hanya dalam sebulan... tp ak tanya member ak kalau keje part time at least 2 bulan ke baru diorang leh amik..... berbanding apa yang ak lalui time ak amik diploma tp kursus yang berlainan...... ak dapat rasakan keseronokan ketika belajar di terengganu..... ak bukannya apa.... persekitaran di terengganu jauh lebih baik daripada kl yang sering dipenuhi oleh asap2 kilang dan deretan kereta yang berlambak lambak...... ak sebenarnya tidak suka akan environment seperti itu.... sukar tuk ak belajar lebih2 lagi sekarang nie ak tgh amik fyp... lagilah kepala ak bertambah pening... tp kerana untuk tidak menghampakan harapan ayah ibu ak so ak amik gak la bidang elektrik kat unikl nie...... minggu pertama adalah minggu yang agak membosankan.... lecturer pun hanya memberikan scheme of work pada pelajar2nya... tapi ada gak lecturer yang terus mengajar tapi satu apa pun ak tak faham... memanglah bagus diajar dalam bahasa inggeris tapi kalau cakap x clear camne ak nak faham? korang pun mesti pernah mengalami situasi seperti ini... ak dalam keadaan terlena tapi ak lagi terlena lebih2 lagi dalam kelas yang banyak teori dan bukannya praktikal... memang agak membosankan mendengar lecturer membebel tapi nak wat macam ne .... dh tugas dia dan apa yang dia cakap itulah yang akan kuar dalam final exam ak.... ak pun x tau la bila ak akan tamat pengajian ak.... yang penting biarlah masa yang akan menentukan... ak just merancang sahaja.,..
Read More ->>

Saturday, December 11, 2010

rezeki.....

salam semua... kali nie ak nak bercerita pasal rezeki... rezeki sume ada pada kita tapi kita je yang x menyedarinya.... ak caya sume ada rezeki masing2... ada rezeki dapat keje .... ada rezeki dapat cabutan bertuah dan lain2 lagi.... bukan apa.... untuk memperolehi rezeki... seseorang itu hendaklah berusaha bersungguh2 untuk merealisasikan matlamat tersebut... misalnya... member ak dapat keje kerajaan... itu rezeki dia... walaupun sebagai technician tapi aku tau keje tu memang seronok bagi dia....asalkan keje tu halal dan bukannya haram.... kadangkala orang tu x kisah keje nya haram ke x asalkan dia dapat pulangan yang lumayan ..... satu perkara yang ak anggap sia2 sahaja... kalau dia dh berkahwin.. x kan dia nak kasi rezeki haram tu kat anak2 ngan isteri dia... fikir2kanlah.... ak kalau boleh biarlah gaji setakat rm1500 ke... asalkan tu dh cukup dh menampung makan dan kehidupan anak2 dan juga bini... ini x... gara2 nak mengejar kemewahan.... seseorang itu sanggup melupakan haram halalnya bagi perkara yang dia lakukan.... ada ke patut? oklah.... kalau ak cite banyak tentu korang boring gak kan? assalamualaikum.... :) semoga korang melakukan perkara yang membuatkan korang rasa happy dan tenang.....
Read More ->>

Monday, November 29, 2010

kedegilan.....

salam semua.... apa khabar ari nie? opss.. hu3... mungkin sume dh masuk tido.... tp x pela... ak nak cite gak kisah ak nie.... first skali ak nk terima kasih kat korang coz sudi menjeguk blog ak yang x seberapa nie.... tajuk yang ak nak citekan kali nie berkisar kepada kedegilan... apa yang dimaksudkan degil ? faham2 jela.... perkataan ini la yang ak nak tujukan pada sorang member ak yang x berapa suka nk dengar nasihat.... bukanla hendak mengutuk atau mengata.... tetapi memang kenyataan... ak sebenarnya menasihatkan kepada seorang member perempuan ak nie... namun serba x kena... tiba2 je ada sorang member laki ak tu masuk campur... padahal ak x dela nk nasihat dia pun.... dia lak yang terasa... pastu tetiba je suruh ak minta maaf... dh kutuk ak macam2..... tapi ak x kan minta maaf sebab ak tau ak x bersalah... coz dia je yang memandai nak masuk campur.. ak just nasihat je... tp dia dh melebih2 lak... mcmla dia tu pakwe kepada member perempuan ak tue.... ak just diam je.... sebagai cara nk sakitkan hati ak ... mulalah dia mengata ak yang bukan2... cite time kat umah sewa time ak diploma pun dihebahkannya.... ada ke patut? nie jelas menunjukkan dia termasuk dalam golongan yang bodoh sombong... maaf ak bukan nak kata... tapi memang betul... orang bodoh sombong nie memang x leh dinasihat.... ak sebenarnya sudah lali dengan sikap orang seperti ini.... orang seperti inilah yang akan memundurkan negara kita.... walaupun kita banyak kelemahan namun kita hendaklah mengambil nasihat... orang jenis nie yang banyak di negara kita...... bodoh sombong...... ak bukan nak kata sume tapi ada sebilangan dan orang mcm nie x layak dibuat kawan.... kita sebagai satu komuniti malaysia hendaklah sentiasa merendah diri dan sudi menerima teguran.... ak harap perangai dia akan berubah suatu hari nanti.... janganlah nanti time ak jumpa dia ak gelar dia bodoh sombong walaupun dia bekerja......
Read More ->>

Wednesday, November 10, 2010

kemurungan....

salam semua... apa yang ak nak bagitau kali ini adalah kisah yang mungkin korang x berapa suka nk dengar.... tp pada yang nak dengar... ak akan cite... kisahnya ketika ak di politeknik dulu semasa awal semester... ak berminat dengan seorang awek nie... awek nie ada ciri2 yang ak nak... dia nie sama je kelas ngan ak... time tu pernah ak meluahkan perasaan ak tp hampa kerana cintaku ditolak... siang malam hatiku gelisah kerana cintaku ditolak... namun tiada siapa yang tau kerana ak tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun ... tentang awek tu ak ngan dia dah jadi kawan je.. sebab dia dah ada balak... hatiku pertama kali hancur... namun terpaksa ak tabahkan hati.... time ak sem 5 semasa pemilihan group, ak ditempatkan dengan member2 ak... ak bercadang ingin satu group dengan member ak yang satu lagi namun apakan daya.... ak selalu diketepikan oleh member2 aku yang lain... dan mereka hanya memilih satu kumpulan yang mempunyai kemahiran... ak sedar ak hanyalah manusia yang tidak berguna kerana tidak mempunyai kemahiran dalam menghasilkan mini project tersebut... namun ak sangat bersyukur dan ak hampir menitiskan air mata kerana ALLAH la yang banyak membantu ak di dunia ini... akhirnya ak dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH.. namanya x perlulah ak sebutkan tapi ak rasa bersyukur sgt... namun kegembiraanku tidak lama kerana group ak memutuskan untuk berhenti pengajian... sebab apa? biarlah rahsia..... kemudian semasa di semester 5, ak berasa amat gembira kerana dialah cinta pertamaku... kami bercinta selama hampir tahun... namun begitu ak sudah memutuskan percintaanku dengan si dia.. ak sebenarnya tidak sanggup melihat dia menderita.... ketika ini tiada sesiapa pun yang tahu akan kisahku ini.... ak pun sebenarnya sudah malas hendak bercinta ini kerana cinta inilah yang menyeksa hatiku dan membuat hidupku menderita... cintaku kepada ALLAH lebih baik kerana cinta ini adalah cinta ikhlasku kepadaNYA... kadangkala kita sering melupakannya tetapi DIA tidak pernah melupakan kita... oleh itu kita sebagai hambaNYA perlu lah mengikuti segalah perintahNYA selagi kita hidup di muka bumi ini yang kian diambang kehancuran akibat perbuatan manusia ... sekian...
Read More ->>