Tuesday, November 26, 2013

Bila lagi nak maju ke depan???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog sy yang tidak seberapa ini...tajuk saya nie sebenarnya ada kaitan dengan perkembangan bola sepak kita yang dilihat hanya megah di asia tenggara tapi jika dilihat diperingkat dunia dengan asia, kita masih jauh ketinggalan...cuba kita lihat perlawanan baru-baru ini melibatkan kelayakan piala asia iatu diantara bahrain menentang malaysia dengan qatar menetang malaysia...saya memang akui lawan-lawan ini memanglah bukan calang-calang orangnya..tetapi kita harus mencontohi negara jepun kerana walaupun negaranya kecil tetapi dengan semangat juang dan corak permainan yang kemas telah berjaya menewaskan belgium...kita seharusnya mempelajari sesuatu dari negara matahari terbit itu...saya akui malaysia memang sudah jauh menunjukkan peningkatan ...namun adakalanya corak permainan malaysia harus diubah menjadi sesuatu corak permainan yang betul2 kreatif,tersusun dan mempunyai permain yang mampu bertindak pantas untuk menjanakan serangan...



Read More ->>

Kena kencing gara seorang budak yang suka menyusahkan orang !!

Alhamdulilah...setelah lama tidak menulis blog ini sejak sekian lama...tergerak hati aku untuk menceritakan kisah yang nampak misteri dan seram tetapi dilenyapkan misterinya itu dengan khabar angin yang mengatakan bahawa kehilangan seorang budak di dalam misteri villla nabila ini...






Gambar yang tertera di atas ini tidak dapat dipastikan kesahihannya tapi aku rasakan ramai orang telah berpusu pusu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di villa nabila ini...Bagi aku biarlah orang yang terlibat sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kes ini...bagi aku cerita yang dibuat buat pasal villa ini tampaknya menarik perhatian untuk mendalami sejauh mana benar ataupun tidak...ramai jugak seekers yang terlibat untuk mencari kerja-kerja yang tidak berfaedah ini...bagi aku budak tu pun satu...sekurang kurangnya bagitaulah ibu bapa anda supaya tidak risau...ini tidak...akibat perbuatan anda tersebut telah menyusahkan semua orang yang risau mencari anda...tetapi ada baiknya juga...perbuatan bodoh anda itu telah menyebabkan anda kantoi dengan kawan perempuan anda juga....ha3...sekian...moral of the story...sila bagitau mak ngan ayah anda jika anda ingin menumpang di rumah rakan...
Read More ->>

Thursday, February 14, 2013

Masih ada yang sayang....

Assalamualaikum semua, kali nie tergerak hatiku untuk menulis blog pada anda semua...Diharap anda sudi mendengar kisahku ini yang jelas kadangkala mungkin membosankan sesetengah pembaca...aku menulis tajuk sedemikian kerana masih ada yang sayang...ingatlah..bak kata pepatah bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor...lama aku memikirkan dirinya..adakah dia merasa sebegitu apa yang aku rasa?? tidak...tidak mungkin...kerana dia tidak mempunyai apa yang aku rasa...sudah puas aku mencurah keringat apa yang ku lakukan untuknya tetapi langsung tidak dihargai..tidak mengapalah..sehinggakan aku menulis luahan hatiku yang sedih ini di dalam laman muka buku...bukan aku hendak menunjuk tetapi tidak akan sesiapa yang sudi mendengar...jadi aku terpaksa juga meluahkan...kerana tidak mungkin aku akan dilambung keresahan dan tekanan yang sangat hebat..mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ku ini tetapi status ku di facebook mendapat respons..aku bersyukur kerana masih ada yang sayang...masih ada yang mengambil berat walaupun rata2 yang hanya memekakan telinga...tenang hatiku seketika kerana respons dari kawanku menyuruhku supaya mengumpul duit dahulu barulah berkahwin dengan mana2 perempuan yang sudi menjadi isteriku di dunia ini...sekarang nie aku tidak mahu memikirkan sangat masalah peribadi...aku ada sokongan dari keluargaku...terutama adik lelaki aku...sekian ini sahaja apa yang dapat aku kongsikan buat kalian semua...terima kasih ...
Read More ->>

Wednesday, February 13, 2013

alhamduliah...syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya ak masih bernyawa dan terus menulis sesuatu untuk blog ku ini...walaupun sesudah ak berputus kasih dengan ex ak, namun aku gagahi jua walaupun terasa amat pedih untuk menulis blog ku ini...apa yang aku nak sampaikan ialah hargai la seseorang yang banyak berkorban demi kita...bukan maksudku untuk memuji diriku tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana jika kita tidak bersyukur maka ALLAH akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada kita...ingat tu...aku masih ingat juga...mungkin silap aku kerana bercakap perkara yang membosankan dengan si dia sampai dia naik muak dan jemu dengan aku...ak tak tahu mana silapnya...aku sedar siapa diriku ini...aku tak pandai berkata-kata... inikan pula jumpa cuma 2 kali sahaja sepanjang 1 taun ini...tapi tak mengapalah..mungkin ini suratan takdir buat diriku ini..sekarang mungkin dia sudah jumpa pilihan lain...kalau aku mengalir air mata pun belum tentu dapat kembalikan dia kepada diriku ini...sekian.....
Read More ->>

Friday, November 23, 2012

Penyembelihan beramai ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini...kali ini saya nak bercerita mengenai isu semasa..isu yang hangat diperkatakan iatu isu di GAZA...sape yang tidak kenal Israel....penjahat nombor satu yang sudah pun dilaknat oleh ALLAH seperti mana yang disebut di dalam AL-QURAN...kaum nie yang aku tahu ada dua..satu yahudi bese dan satu lagi yang berfahaman zionis...yang fahaman zionis inilah yang tidak ubah seperti binatang...membunuh palestin sesuka hati mereka demi mencapai tujuan menjadikan negara mereka dengan gelaran THE GREAT of ISRAEL...tapi apa yang menyedihkan aku ialah masih ramai lagi yang ramai berkunjung ke tempat2 premis yang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan ke persatuan atau organisasi Israel...Israel menggunakan dana yang diberi ini untuk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa...semua sudah tahu apa kah jenis premis yang popular sekali yang menghulurkan dana ini kepada Israel?? paling tidak pun, kita sebagai umat Islam hendaklah memboikot barang-barang sebegini supaya sedikit sebanyak dapat melumpuhkan barangan tersebut...Israel mendakwa bahawa jumlah angka kematian mereka adalah banyak sedangkan angka kematian Palestin lebih banyak daripada jumlah si israel lahanat tu...negara-negara Islam yang lain hanya berdiam diri sahaja...sudah kecutkah anda dimata orang-orang kafir??? mereka orang-orang kafir hanya gembira kerana mereka mengganggap orang Islam lemah dan tidak berdaya...jangan biarkan mereka berfikir sedemikian...bangkitlah wahai umat Islam dan perangi musuh musuh Islam ini...kelak kita akan berjaya...AMIN........
Read More ->>

Sunday, October 14, 2012

kemahiran atau teori...mana yang lebih penting??

Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahiran ini dalam erti kata yang mudah difahami ialah sesuatu yang dimiliki oleh individu untuk digunakan dalam sesuatu bidang atau perkerjaan yang dilakukan...itulah yang di ertikan sebagai kemahiran atau pun skill... kalau teori pulak ialah sesuatu fakta atau maklumat yang sememangnya sudah dikaji oleh orang-orang terdahulu yang kemudiannya digunakan oleh generasi terkini untuk memahaminya tetapi tidak mempraktikannya secara lisan...itu yang aku faham istilah kemahiran dan teori...zaman kini kalau asik bergantung kepada teori sahaja tidak mencukupi...skill atau kemahiran perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya...cakaplah apa sahaja pekerjaan...semuanya memerlukan kemahiran..contohnya aku bagi perkerjaan memotong kayu...memotong kayu nampak senang tetapi memerlukan kemahiran untuk memotong kerana kalau tidak ada kemahiran macamne kita hendak memotong kan? teori juga penting sebenarnya...apa maklumat yang boleh kita perolehi sebelum hendak memotong kayu tu? jenis2 kayu itu, saiz ukuran kayu itu, apa peralatan yang sesuai untuk memotong? semua itu diambil kira sebenarnya..dalam erti kata lain teori dan kemahiran merupakan kedua dua aspek yang penting untuk berjaya...tidak ada salah satu tidak akan lengkap hidup kita untuk menjadi manusia yang berguna..aku cakap berdasarkan apa yang aku faham...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam...
Read More ->>

praktikal ku akan tamat tidak lama lagi

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang sudi melayari blogku yang tidak seberapa ini...kali nie aku nak bercerita mengenai praktikal ku yang akan tamat tidak lama lagi...selepas ini bermulalah pencarian kerja yang sebenar dalam hidupku...sebenarnya banyak lagi yang harus aku lakukan...antaranya ialah membuat report untuk latihan industri ini, membuat logbook...dan membuat power point...aish...begitu banyak kerja yang harus aku lakukan...tetapi tidak mengapa ...itu untuk kebaikan aku jugak daripada tidak berbuat apa2...sepanjang praktikal ini, banyak jugak la yang telah aku pelajari...antara nya calibration relay, transformer testing ngan purifier oil transformer...sedikit pun aku merasa tidak selesa sepanjang praktikal ku ini...kerja aku ini lebih kepada site2 luar seperti di kilang, shopping kompleks dan platform oil and gas...pekerja-pekerja di sini pun happy go lucky..tidak stress dengan kerja...maklumlah...syarikat yang aku kerja ini syarikat bumiputra...tidak ada langsung layanan teruk terhadapku... elaun pun dapat lagi...apa la yang nak dirisaukan.....melalui praktikal ini lah kita dapat belajar dengan lebih luas lagi daripada belajar secara teori di universiti atau di sekolah kerana di tempat belajar kita tidak nampak gambaran sebenar bagaimana sesuatu mesin tersebut...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam..
Read More ->>