Saturday, May 2, 2015

Asal Usul hari pekerja 1 Mei

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai apa yang dimaksudkan dengan 1 Mei....semua sudah mengetahui bahawa 1 Mei adalah hari pekerja dan juga hari cuti bagi seluruh dunia dan ada juga yang terpaksa bekerja pada 1 Mei tetapi dibayar lebih untuk itu....oklah begini kisah asal usul pengenalan kepada 1 Mei iatu hari Pekerja...

Australia :
 
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Amerika Syarikat:

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi  ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Eropah:

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bekembang. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.






Sumber :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja



Read More ->>

Wednesday, April 29, 2015

Panduan nak ke Temerloh mengikut jalan lama tanpa dikenakan tol

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak bercerita mengenai panduan nak ke Temerloh atau boleh dikatakan peta Temerloh...hu3...seperti yang semua sedia maklum Temerloh merupakan titik tengah semenanjung Malaysia dan ini meerupakan kedudukan strategik di antara Kuantan dan juga Kuala Lumpur..perjalanan dari dua2 tempat ini hendak ke Temerloh mengambil masa selama 1 jam 30 minit...kalau pandu laju la...kalau pandu biasa mengambil masa selama 2 jam...sebenarnya perjalanan ini boleh dilalui melalui jalan lama...; kalau dari KL nak ke Temerloh...jalan lama yang boleh dilalui ialah melalui jalan Karak------. Lanchang -----. Mentakab----dan akhir sekali jalan ke Temerloh... ; kalau dari Kuantan pula nak ikut jalan lama ialah melalui Gambang.---- Maran ---- Jengka ---- dan akhir sekali Temerloh..


 Peta dari KL ke Temerloh mengikut jalan lama


------- Dari Karak terus sahaja pandu lurus sehinggala nampak signboard Temerloh


 Peta dari Kuantan ke Temerloh melalui jalan lama

----- Dari Gambang terus sahaja pandu lurus sehingga nampak signboard Temerloh...:-)


Semoga panduan yang diberi dapat dijadikan panduan untuk mengelakkan tol...he3







Read More ->>

Masakan Popular di Temerloh

Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog aku iatu Temerloh Blog...kali ini aku nak bercerita mengenai kisah masakan yang enak di temerloh....dengar je pasal masakan mesti semua terliur...aku pun rasa terliur jugak mendengarnya...baiklah apa yang aku nak ceritakan ini ialah berkenaan masakan yang popular di Temerloh, tempat tinggal aku...masakan yang aku sebut tu ialah masakan gulai tempoyak ikan patin...masakan ini sebenarnya sudah lama terkenal di tempat aku...maklumlah sejak kerajaan Pahang giat mempromosikan masakan ini di tempat aku...kelihatan berduyun duyun tidak segan silu melepaskan hajat dengan menikmati masakan di tempat aku...baiklah ini gambarnya....


Semoga dengan gambar nie...semua yang melihat blog aku akan rasa terliur bila melihatnya...nak rasa sila la datang berkunjung ke TEMERLOH...:-) 



Read More ->>

Monday, April 27, 2015

GST baik atau buruk??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada korang yang sudi melayari blog aku ini..walaupun sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini...namun inilah masa yang sesuai untuk aku menulis...topik yang aku nak bahaskan atau ceritakan ialah mengenai isu GST...apa yang dimaksudkan dengan isu GST ini?? GST adalah merujuk kepada singkatan Government Service Tax...bermakna 6% akan didermakan kepada kerajaan untuk tujuan apa aku tak tahula...tapi bermakna GST ini sebenarnya lebih menguntungkan untuk satu pihak sahaja...korang faham2la untung kat siapa...tapi apa yang musykil...barang yang dikenakan termasuk GST memang rasanya harga barang asal...aku x tahula macam ne..yang aku nampak ketara ialah pada top up atau prepaid kad prabayar seperti celcom, maxis, digi dan seangkatan dengan nya semua mengenakan caj sebanyak RM0.60..barang2 lain aku tak tahu la sangat...apa yang pasti...GST ini banyak merisaukan ramai pihak lebih2 lagi rakyat...rakyat yang bijak tahu menilai baik buruk GST tapi bagi aku GST ini menyusahkan sahaja....sekian...
Read More ->>

Thursday, October 23, 2014

Kemanusiaan di hati manusia kini sudah pudar??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada yang sudi melayari blog aku ini...apa yang aku nak ceritakan pada kali ini berkisar kepada kemanusiaan...apa itu kemanusiaan?? semua orang pasti tahu itu berdasarkan kepada belas kasihan dan kasih sayang terhadap sesama makhluk...tapi apa yang aku nak ceritakan pasti membuatkan ada yang rasa nak marah dan ada juga yang mengelengkan kepala apabila mengetahui perkara tersebut...okla kali ini aku nak cerita mengenai isu pihak menaja kepada pasangan selebriti yang tidak asing lagi di malaysia...korang semua mesti tahu isu ini tapi aku tak mahu mendedahkan identiti diorang sebab mungkin diorang tengah tengok blog aku skrang ni kot...he3... okla berbalik kepada isu ini...selebriti tersebut memang kaya sehinggakan boleh membeli sesuatu untuk keluarganya...tapi apa yang membuatkan aku rasa kecewa ialah sikap pihak terbabit yang langsung tidak berfikir dua tiga kali sebelum menaja pasangan terbabit...bukan apa aku kesian melihat kepada orang-orang miskin yang langsung tidak mampu membiayai rawatan untuk merawat penyakit yang dihadapi...adakah langsung tidak ada belas kasihan di hati pihak terbabit dan orang-orang kaya untuk membantu golongan yang miskin ini?? adakah hanya dengan mengucapkan kasihan sahaja sudah cukup untuk membantu golongan ini?? bagi aku tidak kerana tiada wang maka rawatan tidak dapat dijalankan...betulla apa yang dikatakan orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin...dimanakah silapnya?? sekian....







Sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/perlu-rm30-000-untuk-saraan-di-jerman-1.325567




Read More ->>

Tuesday, October 21, 2014

HARAM ATAU HALAL?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang sudi mengunjungi blog aku ini...kali ini aku nak bercerita mengenai hukum haram atau halal menyentuh anjing?? baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai kebanyakan rakyat malaysia yang beragama Islam tanpa segan silu telah menyentuh anjing dalam satu aktiviti "I want to touch a dog". Aku sebenarnya tidak lah begitu arif dan tidak mahu riuh atau heboh mengatakan perkara itu sebenarnya...namun ada tempat-tempat tertentu di bahagian badan anjing yang boleh disentuh....cuma apa yang aku tahu ialah bahagian seperti hidung dan juga air liur anjing adalah najis...mengikut apa yang aku tahu...tapi bagi aku sebenarnya pihak penganjur haruslah peka sebenarnya dengan prinsip-prinsip agama Islam di mana anjing tersebut boleh disentuh tetapi bukan semua anggotanya... kalau boleh pihak penganjur kenalah menyelidik atau membuat research terlebih dahulu mengenai hukum-hukum yang dibenarkan dalam Islam seperti memelihara binatang seperti anjing...apa yang menyedihkan aku ialah kebanyakan orang Islam zaman sekarang tidak peka dengan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut....sentuh boleh memang la boleh sentuh tapi kena berpada pada...lebih-lebih lagi yang ada anak...orang Islam kena tahu batas-batas dalam islam...anjing hanyalah sebagai guard untuk menjaga kebun rumah dan sebagainya dan bukannya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan... sekian...



Read More ->>

Thursday, October 16, 2014

1e38ebb0b8a959e37ee394911b384503b5f2466c6c1ce3b67d
Read More ->>