Sunday, October 14, 2012

kemahiran atau teori...mana yang lebih penting??

Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahiran ini dalam erti kata yang mudah difahami ialah sesuatu yang dimiliki oleh individu untuk digunakan dalam sesuatu bidang atau perkerjaan yang dilakukan...itulah yang di ertikan sebagai kemahiran atau pun skill... kalau teori pulak ialah sesuatu fakta atau maklumat yang sememangnya sudah dikaji oleh orang-orang terdahulu yang kemudiannya digunakan oleh generasi terkini untuk memahaminya tetapi tidak mempraktikannya secara lisan...itu yang aku faham istilah kemahiran dan teori...zaman kini kalau asik bergantung kepada teori sahaja tidak mencukupi...skill atau kemahiran perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya...cakaplah apa sahaja pekerjaan...semuanya memerlukan kemahiran..contohnya aku bagi perkerjaan memotong kayu...memotong kayu nampak senang tetapi memerlukan kemahiran untuk memotong kerana kalau tidak ada kemahiran macamne kita hendak memotong kan? teori juga penting sebenarnya...apa maklumat yang boleh kita perolehi sebelum hendak memotong kayu tu? jenis2 kayu itu, saiz ukuran kayu itu, apa peralatan yang sesuai untuk memotong? semua itu diambil kira sebenarnya..dalam erti kata lain teori dan kemahiran merupakan kedua dua aspek yang penting untuk berjaya...tidak ada salah satu tidak akan lengkap hidup kita untuk menjadi manusia yang berguna..aku cakap berdasarkan apa yang aku faham...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam...
Read More ->>

praktikal ku akan tamat tidak lama lagi

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang sudi melayari blogku yang tidak seberapa ini...kali nie aku nak bercerita mengenai praktikal ku yang akan tamat tidak lama lagi...selepas ini bermulalah pencarian kerja yang sebenar dalam hidupku...sebenarnya banyak lagi yang harus aku lakukan...antaranya ialah membuat report untuk latihan industri ini, membuat logbook...dan membuat power point...aish...begitu banyak kerja yang harus aku lakukan...tetapi tidak mengapa ...itu untuk kebaikan aku jugak daripada tidak berbuat apa2...sepanjang praktikal ini, banyak jugak la yang telah aku pelajari...antara nya calibration relay, transformer testing ngan purifier oil transformer...sedikit pun aku merasa tidak selesa sepanjang praktikal ku ini...kerja aku ini lebih kepada site2 luar seperti di kilang, shopping kompleks dan platform oil and gas...pekerja-pekerja di sini pun happy go lucky..tidak stress dengan kerja...maklumlah...syarikat yang aku kerja ini syarikat bumiputra...tidak ada langsung layanan teruk terhadapku... elaun pun dapat lagi...apa la yang nak dirisaukan.....melalui praktikal ini lah kita dapat belajar dengan lebih luas lagi daripada belajar secara teori di universiti atau di sekolah kerana di tempat belajar kita tidak nampak gambaran sebenar bagaimana sesuatu mesin tersebut...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam..
Read More ->>

Saturday, September 15, 2012

kahwin2...alahai aku biler lagi nak kawin??

assalamualaikum semua...kali nie aku nak bercerita pasal kawin...apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan berkahwin?? kahwin secara bahasa yang mudah difahami ialah suatu ikatan yang sah diantara lelaki dan perempuan supaya menjadi suatu perkara yang muhrim...apabila mendengar sahaja perkataan kahwin sudah tentu tergambar jelas akan keseronokan berkahwin...tapi mestilah dikaitkan dengan tanggungjawab yang berat apabila sesudah kahwin nanti...sejak kebelakangan ini aku sering melihat gambar perkahwinan member aku...sape yang tak jeles wooo...aku?? sudah tentu merasa cemburu kerana melihat kawanku ramai yang sudah berkahwin sedangkan aku jua yang blum...sebab apa? sebab tidak ada calon yang sesuai dan tidak mendapat pekerjaan yang tetap itulah punca utama mengapa ramai lelaki tidak berkahwin pada saat ini....namun ada juga yang berkahwin ini untuk menunjukkan keglamouran seseorang...contohnya artis pada masa kini...tak payahlah kita tengok pada artis luar...artis kat dalam Malaysia ini ramai dah yang terikut ikut akan contoh perangai yang tidak elok dari artis artis luar ini...time kahwin seronokla...siap jemput media massa la nak tunjukkan keglamouran dia tu...dengan sape dia kahwin...kalau dengan VIP makin banggalah si artis tu...tapi aku peduli apa...lantak diorangla...diorang mcm seolah olah mempermainkan perkahwinan ini...mana taknya ...pas kahwin gaduh2 pastu mintak cerai...tu blum lagi yang dah ada anak...lagi la si anak akan bertanya kenapa si ibu bapa bercerai...kepada kawan2 aku yang dah kahwin tu, jangan la ikut stail mcm artis-artis malaysia ini...takde faedah nya.....oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...ini adalah luahan aku sendiri dan tidak ada kena mengena dengan ikutan dari orang lain.......salam....
Read More ->>

Friday, August 10, 2012

kekecewaan terhadap parti politik di malaysia

salam semua...apa khabar dan assalamualaikum..diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya..tujuan aku menulis blog ini bukan la untuk suka-suka tapi untuk meluahkan isi hati yang tidak pernah puas selama ini di sepanjang kehidupan yang pernuh berliku ini...kali nie aku nak bercerita mengenai parti politik di malaysia..aku tau isu ini agak sensitif dan tidak patut diketengahkan tapi aku hendak juga bercerita kerana ini melibatkan agama yang disanjung sepanjang zaman iatu agama Islam...parti ini tak usahla aku sebutkan ...semuanya sama sahaja...apa yang aku nak sentuh ialah pembinaan berhala yang agak besar di malaysia...faham2 ajela dimana tempatnya...sepatutnya ketinggian berhala itu tidak patut melebihi daripada pembinaan masjid..tentang pemimpin tersebut tak usahlah aku nak sebutkan..sedangkan masjid pun nak kumpul dana kewangan untuk membinannya pun agak payah...tapi untuk pembinaan berhala mudah sahaja kewangan dana disalurkan...adakah ini untuk satu kepentingan politik??? hanya kerana kepentingan politik mudah sahaja agama Islam diabaikan...masjid pun tak cukup dana...apa kejadahnya??? kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak harus memandang remeh mengenai soal ini...namun apa yang berlaku adalah sebaliknya...akibat ketaksuban terhadap parti politik di malaysia ini..rakyat yang beragama Islam sudah tidak memandang isu ini meskipun parti itu memperjuangkan agama Islam pada dalilnya...aku sungguh kecewa..kecewa kerana seorang pemimpin yang beragama Islam sudah tidak meletakkan Islam sebagai tempat landasan perjuangan yang sebenarnya...mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan seharian tetapi tidak menjaga keperibadian Islam secara hakikatnya..... sepatutnya pemerintah menjadi contoh terbaik kepada rakyat-rakyatnya...bukan menjadi contoh yang tidak baik...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..pandai2 la kita menilai yang mana baik dan yang mana buruk....salam......
Read More ->>

Wednesday, August 8, 2012

raya kian menjelang

assalamualaikum kepada semua pelayar blog yang sedang melayari blog aku sekarang nie....korang semua tahu kan raya dah tak lama lagi akan tiba...apa persiapan yang korang sudah lakukan untuk menghadapi syawal yang mulia ini? ada diantara kita yang sudah bersiap sedia dengan membeli segala kelengkapan termasuklah membeli baju raya untuk anak-anak khusus bagi yang sudah berkeluarga dan barangkali untuk yang bujang mungkin hanya setakat ingin memakai baju raya pada tahun lepas kerana rugi dan membazir jika masih muat untuk dipakai.....ada juga bagi golongan kaum hawa yang sudah menyiapkan kuih raya dan ada juga yang hanya membeli sahaja kerana malas membuat kuih raya ....bak kata pepatah..rambut sama hitam hati lain-lain... itulah perumpamaan yang sesuai untuk aku ungkapkan... namun apa yang menyedihkan bahawa setiap tahun sebelum bermulanya raya puasa mesti ada putus jari la dan ada yang teruk buta mata akibat mercun buatan sendiri ataupun mercun yang dibeli dari tempat rahsia... semua ini tidak mustahil kerana penguatkuasaan yang lemah disamping sikap ibu bapa yang acuh tak acuh membiarkan anak mereka bermain mercun tanpa mengambil kira umur..bagi aku tak kisah la kalau nak main mercun tu tapi bagi la kepada budak-budak yang sudah berusia dan matang supaya tidak membiarkan mercun tu meletup begitu sahaja tanpa melemparkannya....kalau untuk budak-budak yang masih muda elok la bermain bunga api sahaja asalkan ada pengawasan daripada ibu bapa...oklah..setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...assalamualaikum...
Read More ->>

Thursday, August 2, 2012

Hukum mewarnakan rambut..

salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai hukum mewarnakan rambut bagi orang Islam..aku bukannya ustaz atau orang alim tapi aku nak menyentuh isu ini yang kian berleluasa di Malaysia ini...tiap kali kalau sebut pasal isu mewarnakan rambut mesti akan tergambar di wajah korang mengenai seorang gadis yang seksi atau seumpamanya la...tapi perkara macam inilah sebenarnya yang boleh menjerumuskan diri kita sebagai umat Islam ke pintu Neraka...ramai orang Islam dah macam tak beragama Islam..Islam hanya sebagai nama..persoalannya mampukah kita sebagai umat Islam dapat menguatkan Iman kita daripada perkara-perkara sebegini...harap2 bolehla....berbalik kepada hukum mewarnakan rambut bagi orang Islam ...haram kerana jika mewarnakan rambut selain bukan atas faktor kesihatan, maka tidak boleh dilakukan..kerana perbuatan ini samalah meniru kelakuan orang bukan Islam...itulah apa saja aku nak sampaikan...sekian....

Read More ->>

Wednesday, June 27, 2012

syukur....

salam semua...apa khabar semua? diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya...topik yang aku nak bincangkan ialah syukur...apa yang dimaksudkan dengan syukur sebenarnya? syukur dalam maksud yang mudah difahami ialah berpuas hati di atas rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t tetapi adakah semua orang bersyukur dengan apa yang ada?? tidak semua orang malah hanya segelintir sahaja yang bersyukur...memang tidak dapat dinafikan kebanyakan orang berada tidak semua yang bersyukur..ada memang ada tapi dalam jumlah yang agak sedikit... syukur dengan rezeki yang sedia ada...tidak merungut melihat kemewahan yang dikecapi oleh orang lain.. itulah erti sebenar syukur...jika dibandingkan malaysia dengan beberapa negara negara yang mundur, malaysia dikira agak mewah kerana semua yang kita mahu ada di dalam negara ini...cakaplah apa sahaja..mahu minum ada, dengan kategori2 seperti air milo, air nescafe dan bermacam2 air yang boleh diperolehi serta makan juga boleh diperolehi..cuba kita lihat negara-negara afrika....mereka masih dibelenggu kemiskinan..kemiskinan yang kita kecapi tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara miskin ini kerana rata2 kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang tiada pendapatan..kerja mereka secara keseluruhan ialah dengan memburu binatang...dengan risiko bahaya yang terdedah seperti ular berbisa, harimau dan sebagainya ..mereka tidak kisah asalkan mereka dapat mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka jadi apa alasan bagi kita?? kita semua ada, makan minum pakaian semua ada...cakap la apa sahaja..oleh itu kita hendaklah bersyukur dengan segala kemudahan sedia ada..jangan la kita banyak merungut...sentiasa mukadimah dan tanya diri sendiri mengapa aku jadi begini...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..dengarla lagu nie...




Read More ->>