Tuesday, August 26, 2014

Tempat- tempat menarik di temerloh pahang...moh la datang weihh...


1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'.


2.PEKAN SEHARI



Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.
Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung.

Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad


3.PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG



Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap. Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan ini.
Seladang  Kandang seladang
Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu berjalan kaki mengelilingi kesemua kandang-kandang yang ada di mana seladang di tempatkan.
Berjalan kaki menuju kandang seladang  Seladang
Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5 kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri nama mengikut jantina seperti Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung.
 Seladang
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau 'naik angin' ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau batu halus kerana haiwan ini takut pada kedua-duanya. Para pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.

4. GUNUNG SENYUM 

Aktiviti: Mendaki gunung, merentasi hutan, menjelajah gua dan perkemahan. Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Dua, Gua Makam Tok Long dan banyak lagi.

5.  DATARAN PATIN 

Lokasi : Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade


Restoran khusus untuk penggemar ikan patin yang menyediakan pelbagai jenis masakan ikan patin yang lazat untuk dinikmati.

6. PUSAT GAJAH KUALA GANDAH 

Lokasi : 49.1 km dari Temerloh
              2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala   Lumpur   – Kuantan

Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum
Menariknya Kuala Gandah ini, pengguna berpeluang untuk memandikan gajah bermula daripada pukul 2 petang.

SUMBER DARI : MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 



Read More ->>

Duit bolehkan membeli kebahagiaan?? atau sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...kali nie aku nak bercerita mengenai Duit...apa yang dikatakan duit...duit adalah satu elemen menggantikan sistem barter pada zaman dulu...duit dikatakan sesuatu yang bernilai... boleh dikatakan semua orang mahukan duit pada masa kini...tidak kiralah untuk membayar hutang seperti hutang kereta hutang pendidikan dan sebagainya...aku juga manusia biasa amat memerlukan duit sebagai satu elemen untuk berkahwin dan untuk membeli sesuatu ... namun pernah ke kita terfikir ramai mak n ayah selalu menjadikan alasan duit adalah penting...kenapa aku cakap macam tu??? sebab kerana duit la anak diorang dijadikan sebagai isteri kepada seorang lelaki...tanpa duit yang cukup mustahil bagi mak n ayah perempuan tersebut mahu lelaki itu kerana dikatakan lelaki itu tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menyara hidup anak mereka...pernah ke kita terfikir duit bukan la segala galanya...andai kalau ada duit..maka kita x perlu solat atau apa2...cukup menghulur duit untuk ke syurga...maka sangat tidak adil bagi seseorang yang amat miskin...oleh itu hukum ALLAH sangat adil dengan tidak meletakkan syarat menjadi kaya untuk ke syurga... duit tidak boleh dibawa ke mati...hanya boleh di bawa ke dunia sahaja... kenapa?? sebab duit seorang menjadi rambang mata...ada kalanya ada diantara golongan yang sanggup menggadai maruah diri untuk duit.... sungguh kejam sang duit...sebab kerana duit la orang di sanjung...benarlah kata pepatah ...orang kaya disanjung...orang miskin dihina...baiklah setakat ini sahaja mengenai duit...pesanan aku ialah kepada ibu bapa sekalian...jangan jadikan anak perempuan anda hamba duit...mengapa?? dengan meletakkan mas kawin yang terlampau tinggi seolah olah anda mahu menjual anak anda... sekian...
Read More ->>

Musim kawin ....

Assalamualaikum semua...sudah lama aku tidak menulis sesuatu di dalam blog ini tetapi kali nie tergerak hati aku untuk menulis tajuk yang korang sudah maklum iatu musim kawin....setakat nie ramai kawan-kawan aku yang sudah berkahwin...dah macam musim buah-buahan...ada yang kawin n ada yang tidak seperti aku...maklumla sape la yang nak kat aku nie...berbalik kepada cerita...tidak kurang juga banyak yang menjemput aku ke majlis kawin diorang tetapi biasalah...aku pun ada perasaan gak...aku sebenarnya memang hendak ke majlis kawin diorang tetapi mengenangkan nasib sendiri ini yang belum berkahwin aku putuskan untuk tidak bertandang ke majlis kawin diorang...bukan maksud aku hendak menyakitkan hati diorang...tetapi hati aku amat cepat sedih bila melihat diorang...rasa sedih yang amat kerana mengenangkan diri yang belum berkahwin...rasa kebodohan yang amat sangat kerana mengikut nasihat dari seorang yang aku kenali menyebabkan misi aku untuk mengumpul belanja duit untuk kahwin tersekat di tengah jalan...sehinggakan bekas awek aku menyuarakan hasrat yang dia sudah berpunya....sedih memangla sedih...tapi bila fikir balik...bagaimana hendak mengumpul duit kalau perancangan pun selalu kena melalui pihak tersebut?? aku malas hendak bercerita mengenai pihak itu kerana mungkin aku akan terasa nak marah bila mengenangkan wajahnya... setakat ini sahaja coretan dan keluhan aku ini...assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Read More ->>

Sunday, January 12, 2014

Pacar yang hilang

Assalamualaikum semua, lagu ini memang betul2 bersesuaian dengan jiwa yang tengah berduka lara ketika ini...bukan apa..saje nak post lagu nie..walaupun lagu ini lagu indon tetapi lirik lagu nya betul2 kena ngan perasaan seseorang yang ditinggalkan begitu sahaja...biarpun kita mencintai seseorang itu tetapi dia membalas dengan perkara yang membuatkan kita sakit hati...kita harus merelakan dia pergi kerana itulah saja cara untuk melihat dia bahagia......


Read More ->>

Tuesday, November 26, 2013

Hasad dan dengki memakan diri sendiri

Assalamualaikum, ini kali ketiga saya postkan artikel tetapi kali ini yang bertajuk hasad dan dengki...memang tidak dapat dinafikan bahawa hasad dan dengki memang akan memakan diri sendiri...ini merupakan satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut kita supaya tidak mempunyai perasaan hasad dengki di dalam diri sendiri sepertimana  Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:Buruk sangka, Hasad dengki ,Takut sial kerana sesuatu                                                                                                     
Oleh itu marilah kita semua berdoa supaya dijauhkan perkara hasad dengki ini kerana ini perbuatan syaitan kerana syaitan memang suka melaga lagakan umat manusia lebih lebih lagi orang Islam.........

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani..
 "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".Amin..(Surah Al-Hasy-r Ayat 10)







Read More ->>

Bila lagi nak maju ke depan???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog sy yang tidak seberapa ini...tajuk saya nie sebenarnya ada kaitan dengan perkembangan bola sepak kita yang dilihat hanya megah di asia tenggara tapi jika dilihat diperingkat dunia dengan asia, kita masih jauh ketinggalan...cuba kita lihat perlawanan baru-baru ini melibatkan kelayakan piala asia iatu diantara bahrain menentang malaysia dengan qatar menetang malaysia...saya memang akui lawan-lawan ini memanglah bukan calang-calang orangnya..tetapi kita harus mencontohi negara jepun kerana walaupun negaranya kecil tetapi dengan semangat juang dan corak permainan yang kemas telah berjaya menewaskan belgium...kita seharusnya mempelajari sesuatu dari negara matahari terbit itu...saya akui malaysia memang sudah jauh menunjukkan peningkatan ...namun adakalanya corak permainan malaysia harus diubah menjadi sesuatu corak permainan yang betul2 kreatif,tersusun dan mempunyai permain yang mampu bertindak pantas untuk menjanakan serangan...



Read More ->>

Kena kencing gara seorang budak yang suka menyusahkan orang !!

Alhamdulilah...setelah lama tidak menulis blog ini sejak sekian lama...tergerak hati aku untuk menceritakan kisah yang nampak misteri dan seram tetapi dilenyapkan misterinya itu dengan khabar angin yang mengatakan bahawa kehilangan seorang budak di dalam misteri villla nabila ini...






Gambar yang tertera di atas ini tidak dapat dipastikan kesahihannya tapi aku rasakan ramai orang telah berpusu pusu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di villa nabila ini...Bagi aku biarlah orang yang terlibat sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kes ini...bagi aku cerita yang dibuat buat pasal villa ini tampaknya menarik perhatian untuk mendalami sejauh mana benar ataupun tidak...ramai jugak seekers yang terlibat untuk mencari kerja-kerja yang tidak berfaedah ini...bagi aku budak tu pun satu...sekurang kurangnya bagitaulah ibu bapa anda supaya tidak risau...ini tidak...akibat perbuatan anda tersebut telah menyusahkan semua orang yang risau mencari anda...tetapi ada baiknya juga...perbuatan bodoh anda itu telah menyebabkan anda kantoi dengan kawan perempuan anda juga....ha3...sekian...moral of the story...sila bagitau mak ngan ayah anda jika anda ingin menumpang di rumah rakan...
Read More ->>