salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya boleh diperolehi daripada kolam yang diternak seperti kolam sangkar ikan yang banyak diusahakan di sungai pahang di temerloh...tapi ikan ini juga boleh diperolehi daripada sungai2...harga pulak bergantung dari mana tangkapan ikan patin ini...kalau ikan patin sangkar ...harganya tidak semahal seperti harga ikan patin sungai..ikan patin sungai sukar untuk ditangkap dan rasanya lebih enak berbanding ikan sangkar...he3.. berikut apa yang aku perolehi daripada wikipedia...:
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin kolam Patin Sungai
Patin Buah
Patin Muncung
Patin Juara
He3...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampai...lain kali aku nak bercerita mengenai ikan talapia.......^_^
Tuesday, January 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Archive
-
▼
2012
(33)
-
▼
January
(10)
- ikan talapia...
- ikan patin...he3..jangan marah ye???
- cinta terkutuk....what the hell??
- pangkat dan darjat...
- antara siapa cepat dan siapa lambat
- facebook.....banyak kebaikan atau keburukan??
- bila janji tidak ditepati....
- bermulanya era tahun 2012....
- program latihan 1 malaysia....baik tuk semua golon...
- causes of slow computer and pc slow down...
-
▼
January
(10)
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos...
-
Code: Genre : Action, Sci-Fi, Thriller User Rating : 6.5/10 (6,844 votes) Language : English Country : USA Director : Jonathan Mostow ...
0 comments:
Post a Comment