Monday, February 13, 2012
pengalaman keje membersih mesin di kilang proton...
Published :
2:14 PM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak menceritakan kisah pengalaman aku membersih mesin di sebuah kilang proton di malaysia..aktiviti ini telah aku lakukan semalaman ....seronok ada penat pun ada...tapi aku rasa penat lagi mengusai diriku sampai tangan dan kaki aku lenguh giler semacam...ish3...bau air serbuk besi itu ternyata benar2 membuatkan aku sungguh rasa tidak selesa...tetapi keje harus juga dilakukan...sepanjang keje dilakukan aku tidak banyak membantah...ada juga diantara kawan2 ku yang dimarahi oleh abang2 pekerja pembersihan itu kerana tidak mengikut arahan...seawalnya kul 6 pagi aku telah lama tercegat di salah sebuah shell minyak sementara menunggu kawanku yang tidak kunjung2 tiba...katanya dah sampai rupanya blum sampai lagi...cis..siot btul dalam hati aku berkata...sedang lama aku menunggu aku pun bercadang hendak mengalihkan motor aku ke tempat kaunter stesyen minyak....serentak dengan itulah bunyi hon dari motor lain kedengaran...aku nampak dua kelibat lembaga sedang menghampiri aku...rupanya betul sangkaan aku ...ketikan aku menoleh ke belakang aku dapat mengagak bahawa kawan aku yang sedang membawa motor manakala kawannya yang lagi satu sedang membonceng motonya...kini perjalanan ku bermula tetapi hanya meletakkan motor di salah sebuah stesen minyak petronas...kemudian kami dibawa oleh abg2 kontraktor pembersihan itu dengan menaiki sebuah van yang juga baru tiba di situ...aku juga tidak menyangka bahawa kawan ku yang sedang praktikal juga turut mengikuti kami bertiga...sekarang sudah ada 6 orang termasuk dua orang pekerja pembersihan itu...aku juga tidak menyangka bahawa kami akan menuju ke salah sebuah kilang..iatu kilang proton....dalam fikiran aku sudah tergambar bahawa kilangnya memang besar skali...perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam sahaja...agak dekat juga sebenarnya cuma aku je yang fikir jauh...oleh kerana mengantuk sangat maka aku pun terlelap...sampai di satu selekoh...pemandu van itu tiba2 membrek dan tido aku terganggu ...aku terus membuka mataku dan kini ku lihat perjalanku semakin sampai ke destinasi yang dituju...pabila aku sampai di tempat destinasi..aku dapat melihat ketenangannya...tidak lah sesibuk kl yang selalu dihujani kereta yang kadang kala agak kurang ajar dan tidak beradab ketika memandu......sebelum aku sampai ke tempat destinasi...perutku harus dialas terlebih dahulu...aku sempat menjamah mee hun goreng beserta gulai ayam kari yang dihidangkan...memang terasa kesedapannya...sudah semestinya kerana kedai tersebut dikelilingi oleh ramai manusia yang datang untuk menjamah makanan...sesudah makan...maka tiba la aku di suatu lokasi di kilang proton....peraturannya agak ketat sekali...setiap orang yang bukan pekerja dikehendaki menyerahkan kad pengenalan masing2 kepada pak guard di situ...memang nampak straight peraturannya...kalau diikutkan hendak berjalan kaki memang agak jauhla..tetapi kami sungguh bernasib baik kerana dapat membawa van ke dalam kilang tersebut...aktiviti yang kami lakukan adalah membersihkan mesin2 kilang tersebut...memang besar kilang tersebut dan dipenuhi oleh pekerja2 nya...ada yang aku rasa dikalangan mereka adalah engineer seperti aku juga tetapi aku rasanya mereka lebih berpengalaman dan tahu mengatasi situasi bahaya ketika tiba...sampai disana bermula la tugas kami...macam2 yang aku buat...sedut air serbuk besi la...keringkan air dilantai la yang melimpah ruah...memang agak banyak keje yang kami kena buat...kira2nya keje kami siap dalam kul 7 malam...sepatutnya siap dalam kul 5 ptg...dan malang tidak berbau;...sebuah tong drum telah menghempap ibu jari kaki aku ketika aku hendak mengalihkan tong drum itu bersama2 kawan aku yang satu lagi...aku sudah mengagak apabila tong drum itu menghempap ibu jari kaki kiri aku..apa lagi terhincut2 aku dibuatnya...ish3..tapi aku tetap relaks walaupun aku terhincut dan akhir skali perjalanan balik pun bermula...sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos...
-
Code: Genre : Action, Sci-Fi, Thriller User Rating : 6.5/10 (6,844 votes) Language : English Country : USA Director : Jonathan Mostow ...
0 comments:
Post a Comment