salam semua....sudah lama aku tidak menulis blog...mungkin keadaan mood aku yang tidak mengizinkan agaknya...kali nie aku nak bercerita mengenai sejarah total football...tergerak dihati aku untuk bercerita mengenai total football kerana salah satu pasukan bola yang aku minat menggunakan taktik ini untuk bermain bola..mungkin ramai diantara peminat bola yang sudah tahu mengenai taktik ini...kata diorang taktik ini agak membosankan kerana tidak seperti liga inggeris yang mempraktikkan corak menyerang sahaja...baiklah kali nie aku nak bercerita mengenai pengasasnya.. Total Football telah diperkenalkan oleh Jack Reynolds, yang menjadi pengurus Ajax Amsterdam dari 1915-1925, 1928-1940 dan 1945-1947.
Read More ->>
Secara benarnya , konsep asal Total Football ditunjukkan oleh Hungary pada tahun 1953
sewaktu perlawanan persahabatan menentang England. Di dalam perlawanan
itu, England menggunakan Formasi Tradisional 4-4-2 yang tidak fleksibel.
Hungary pula menggunakan taktik yang moden dengan pemain bertukar-tukar
posisi di atas padang.
Kesannya, setiap pemain England ketika itu keliru tidak tahu mahu
mengawal pemain yang mana satu kerana posisi setiap pemain Hungary tidak
tetap di satu kawasan (pemain sebelah kiri boleh tiba-tiba ada di
bahagian kanan padang, pemain tengah boleh jadi penyerang, penyerang
jadi pemain tengah, full back bertindak seperti winger dsb). Selepas
perlawanan itu England dan negara-negara lain mula mengkaji semula
taktik dan strategi mereka.
Daripada banyak-banyak negara yang mengkaji itu, Belanda dan kelabnya
Ajax Armtersdam adalah yang paling berjaya mengadaptasi dan seterusnya
mengembangkan Total Football yang diperkenalkan Hungary . Ajax
Armtersdam pernah menjadi kuasa eropah tetapi Belanda seringkali gagal
di pentas dunia. Apapun, Belanda dan Ajax Armsterdam melahirkan seorang
lagenda bernama Johan Cruyff yang berperanan mengembangkan Total
Football ini ke Barcelona. Kini Barcelona menjadi kuasa besar bolasepak
disebabkan perkembangan Total Football tersebut. Seterusnya Spain, yang
ramai pemainnya bermain di kelab Barcelona juga menerima kesan positif
daripanya hinggakan mereka menjadi juara dunia 2010 dengan gaya
permainan yang cukup menarik (Total Football).
sekian ini sahaja apa yang nak aku sampaikan...sesungguhnya memang aku tertarik dengan taktik total football ini yang kini menjadi taktik yang sungguh berkesan digunakan oleh barcelona.. salam...