salam semua...kali nie aku nak menceritakan kisah pengalaman aku membersih mesin di sebuah kilang proton di malaysia..aktiviti ini telah aku lakukan semalaman ....seronok ada penat pun ada...tapi aku rasa penat lagi mengusai diriku sampai tangan dan kaki aku lenguh giler semacam...ish3...bau air serbuk besi itu ternyata benar2 membuatkan aku sungguh rasa tidak selesa...tetapi keje harus juga dilakukan...sepanjang keje dilakukan aku tidak banyak membantah...ada juga diantara kawan2 ku yang dimarahi oleh abang2 pekerja pembersihan itu kerana tidak mengikut arahan...seawalnya kul 6 pagi aku telah lama tercegat di salah sebuah shell minyak sementara menunggu kawanku yang tidak kunjung2 tiba...katanya dah sampai rupanya blum sampai lagi...cis..siot btul dalam hati aku berkata...sedang lama aku menunggu aku pun bercadang hendak mengalihkan motor aku ke tempat kaunter stesyen minyak....serentak dengan itulah bunyi hon dari motor lain kedengaran...aku nampak dua kelibat lembaga sedang menghampiri aku...rupanya betul sangkaan aku ...ketikan aku menoleh ke belakang aku dapat mengagak bahawa kawan aku yang sedang membawa motor manakala kawannya yang lagi satu sedang membonceng motonya...kini perjalanan ku bermula tetapi hanya meletakkan motor di salah sebuah stesen minyak petronas...kemudian kami dibawa oleh abg2 kontraktor pembersihan itu dengan menaiki sebuah van yang juga baru tiba di situ...aku juga tidak menyangka bahawa kawan ku yang sedang praktikal juga turut mengikuti kami bertiga...sekarang sudah ada 6 orang termasuk dua orang pekerja pembersihan itu...aku juga tidak menyangka bahawa kami akan menuju ke salah sebuah kilang..iatu kilang proton....dalam fikiran aku sudah tergambar bahawa kilangnya memang besar skali...perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam sahaja...agak dekat juga sebenarnya cuma aku je yang fikir jauh...oleh kerana mengantuk sangat maka aku pun terlelap...sampai di satu selekoh...pemandu van itu tiba2 membrek dan tido aku terganggu ...aku terus membuka mataku dan kini ku lihat perjalanku semakin sampai ke destinasi yang dituju...pabila aku sampai di tempat destinasi..aku dapat melihat ketenangannya...tidak lah sesibuk kl yang selalu dihujani kereta yang kadang kala agak kurang ajar dan tidak beradab ketika memandu......sebelum aku sampai ke tempat destinasi...perutku harus dialas terlebih dahulu...aku sempat menjamah mee hun goreng beserta gulai ayam kari yang dihidangkan...memang terasa kesedapannya...sudah semestinya kerana kedai tersebut dikelilingi oleh ramai manusia yang datang untuk menjamah makanan...sesudah makan...maka tiba la aku di suatu lokasi di kilang proton....peraturannya agak ketat sekali...setiap orang yang bukan pekerja dikehendaki menyerahkan kad pengenalan masing2 kepada pak guard di situ...memang nampak straight peraturannya...kalau diikutkan hendak berjalan kaki memang agak jauhla..tetapi kami sungguh bernasib baik kerana dapat membawa van ke dalam kilang tersebut...aktiviti yang kami lakukan adalah membersihkan mesin2 kilang tersebut...memang besar kilang tersebut dan dipenuhi oleh pekerja2 nya...ada yang aku rasa dikalangan mereka adalah engineer seperti aku juga tetapi aku rasanya mereka lebih berpengalaman dan tahu mengatasi situasi bahaya ketika tiba...sampai disana bermula la tugas kami...macam2 yang aku buat...sedut air serbuk besi la...keringkan air dilantai la yang melimpah ruah...memang agak banyak keje yang kami kena buat...kira2nya keje kami siap dalam kul 7 malam...sepatutnya siap dalam kul 5 ptg...dan malang tidak berbau;...sebuah tong drum telah menghempap ibu jari kaki aku ketika aku hendak mengalihkan tong drum itu bersama2 kawan aku yang satu lagi...aku sudah mengagak apabila tong drum itu menghempap ibu jari kaki kiri aku..apa lagi terhincut2 aku dibuatnya...ish3..tapi aku tetap relaks walaupun aku terhincut dan akhir skali perjalanan balik pun bermula...sekian..
Read More ->>
Monday, February 13, 2012
Sunday, February 5, 2012
Published :
1:33 PM
Author :
indie lover
Salam semua...sebenarnya aku tidak pernah untuk mengupload mana2 video klip tuk tatapan umum....so kali nie aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai video klip nie...aku cukup respect dengan malique...walaupun mengamalkan stail ala-ala rap...namun ada makna tersirat disebalik lagu nie...ayat seperti "atas teratak di hujung kampung...bawah cermin ada kotak ...tersembunyinya ada dalam tempurung sembunyinya bawah katak melalak" he3...bunyi kedengaran agak kelakar...ada ke katak melalak??? tapi itu lah apa yang nak disampaikan oleh malique...dia seorang penulis lirik yang agak berbakat...jarang ada orang yang memikir lirik secara mendalam...kebanyakan lagu-lagu semua berdasarkan mengenai cinta...kadang2 aku sudah cukup bosan mengenai lirik cinta...asik2 lirik cinta kan??? kenapa tak wat lirik yang berdasarkan masalah sosial pada masa kini??? itulah yang dilakukan oleh malique..liriknya betul2 bersesuaian dengan masalah yang berlaku terhadap rakyat malaysia masa kini...sesetengah orang berkerjaya selalu melupakan anak2nya dan ramai diantara rakyat malaysia tidak membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan menyebabkan pengetahuan sedia ada adalah cetek... oklah...sekian...ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam.....^_^
Tuesday, January 31, 2012
ikan talapia...
Published :
1:06 AM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.
Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.
Secara kesimpulannya....penternakan ikan talapia merah ini memang menguntungkan semua pihak lebih2 lagi kepada negara...oklah...setakat ini apa yang aku nak bagitau...lagipun sumber nie aku amik dari Laman Web Rasmi Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC)
sekian terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya........^_^
ikan patin...he3..jangan marah ye???
Published :
12:53 AM
Author :
indie lover
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya boleh diperolehi daripada kolam yang diternak seperti kolam sangkar ikan yang banyak diusahakan di sungai pahang di temerloh...tapi ikan ini juga boleh diperolehi daripada sungai2...harga pulak bergantung dari mana tangkapan ikan patin ini...kalau ikan patin sangkar ...harganya tidak semahal seperti harga ikan patin sungai..ikan patin sungai sukar untuk ditangkap dan rasanya lebih enak berbanding ikan sangkar...he3.. berikut apa yang aku perolehi daripada wikipedia...:
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin kolam Patin Sungai
Patin Buah
Patin Muncung
Patin Juara
He3...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampai...lain kali aku nak bercerita mengenai ikan talapia.......^_^
Read More ->>
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin kolam Patin Sungai
Patin Buah
Patin Muncung
Patin Juara
He3...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampai...lain kali aku nak bercerita mengenai ikan talapia.......^_^
cinta terkutuk....what the hell??
Published :
12:41 AM
Author :
indie lover
salam semua....kali nie aku nak bercerita mengenai cinta terlarang...apa yang dimaksudkan dengan cinta terlarang??? cinta yang tidak direstui malah dikutuk...itulah apa yang dimaksudkan sebenarnya...begitulah apa yang berlaku di sungai petani kedah...apabila si lahanat nie hampir je kedua-dua kaki dan tangannya putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Dasyhat2...memang dasyat...yang si laki tu saje cari pasal buat apa??? udah2 ler tue...tak ada gunanya...g la cari perempuan lain yang belum berpunya...nie x...saje je nak cari yang dah berpunya...yang ada suami lak tue..x guna otak ke?? fikirla skit...
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit. Ish3..Memang teruk...dah kawin tapi masih nak carik lain??? apa kejadahnya??? moga2 laki nie bertaubat la..
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi
Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. ( Petikan daripada harian metro)
Begitulah apa yang berlaku apabila menurutkan hawa nafsu...bila sudah mengikut hawa nafsu maka segala perintah ALLAH S.W.T diingkari dan mulalah berlakunya perbuatan2 keji seperti zina dan sebagainya...mahukah kita jadi sebegini??? fikir2kanlah...
Thursday, January 26, 2012
pangkat dan darjat...
Published :
4:33 PM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai pangkat dan darjat...apa yang korang faham mengenai pangkat dan darjat? pangkat nie sebenarnya lebih kurang sama je ngan darjat tapi apa yang membezakannya ialah setiap orang boleh mendapat pangkat jika kita berusaha...contohnya keje...setiap orang akan diberi kenaikan pangkat jika berusaha...berbanding pula dengan darjat...tidak semua orang akan mendapatnya...kebiasaannya darjat ini ditujukan kepada golongan2 bangsawan...golongan diraja...dan erti kata lain golongan yang lebih tinggi kedudukan daripada rakyat biasa ataupun golongan bawahan...tapi apa yang wat aku heran ialah manusia yang ada darjat dan pangkat ini mudah menggunakan kuasa2 diorang tanpa menghiraukan apa kesan dan akibatnya kepada golongan bawahan..sebagai contoh...sebab gara2 kuasa seseorang itu lebih tinggi, dia sanggup menggunakan untuk kepentingan diri sendiri...dan akhirnya menyusahkan rakyat jelata..aku bukan nak mengata tapi lihatlah apa yang berlaku di dalam negara malaysia nie...aku pun dah x tau yang mana benar n yang mana salah...dua2 mengatakan benar...tapi mungkin juga salah...begitulah hakikat dunia yang sebenar ini..sume nak berlumba2 untuk meraih popularati dan keuntungan sehingga sanggup makan kawan sendiri...sebagai contoh kita boleh lihat artis kat dalam malaysia nie...tak payahlah aku nak sebut tapi tula pasal..sanggup fitnah memfitnah sesama sendiri asalkan diri sendiri selamat daripada tohmahan dan cacian orang ramai...ok lah...setakat ini sahaja celoteh aku...salam..........
Read More ->>
antara siapa cepat dan siapa lambat
Published :
4:21 PM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai sikap sivik rakyat malaysia...seperti yang korang sedia maklum ...kesedaran sivik dikalangan masyarakat malaysia masih lagi rendah...apa tidaknya...tong sampah ada di depan mata nak gak buang merata2...sebagai contoh time aku berbuka puasa di kuantan ari itu...pas abis je berbuka puasa...maka nampaklah sampah bertaburan merata2 di atas padang rumput..bukanlah niat aku hendak mengata tapi lihatlah apa yang berlaku..langsung tidak ada kesedaran sivik...kata nak jadi negara yang bersih tapi kalau masyarakat nya masih berkelakuan seperti manusia zaman purba..jangan haraplah hendak menjadi negara yang bersih...cuba kita lihat negara2 luar seperti jepun, australia ke england...sume mengamalkan sikap kebersihan...oleh itu tidak hairanlah jika pelancong asing apabila lepas makan ke...diaorang akan buang sampah ke dalam tong sampah...tidak malukah kita kepada pelancong2 asing ini??? mereka mungkin menganggap masyarakat kita ini mundur dan tidak bertamadun...mahukah kita digelar sedemikian rupa?? sudah tentu tidak...oleh itu majulah dan bangkitlah agar kita tidak dipandang serong oleh masyarakat luar...bukan itu sahaja..RASULLAH S.A.W pun telah berpesan kepada umatnya agar menjaga kebersihan kerana perbuatan itu disukai ALLAH S.A.W dan juga malaikat...sekian...
Read More ->>
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada yang sudi mengunjungi blog aku ini...kali ini aku nak bercerita mengenai isu kenaikan harga...
-
Hi good afternoon, it is a good weather isn't it? Today, I would love to talk about bribery. Bribery usually categorized as take and g...
-
Hi all, Today I'm feel like that I want to write in English since there are viewer coming from several country. By the way, let's ...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
salam semua... kepada yang mendengar rintihan batinku nie tima kasih.. he33.. kalau nak request apa2 pun bleh.. tp skrang nie apa yang aku n...


