Tuesday, October 21, 2014

HARAM ATAU HALAL?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang sudi mengunjungi blog aku ini...kali ini aku nak bercerita mengenai hukum haram atau halal menyentuh anjing?? baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai kebanyakan rakyat malaysia yang beragama Islam tanpa segan silu telah menyentuh anjing dalam satu aktiviti "I want to touch a dog". Aku sebenarnya tidak lah begitu arif dan tidak mahu riuh atau heboh mengatakan perkara itu sebenarnya...namun ada tempat-tempat tertentu di bahagian badan anjing yang boleh disentuh....cuma apa yang aku tahu ialah bahagian seperti hidung dan juga air liur anjing adalah najis...mengikut apa yang aku tahu...tapi bagi aku sebenarnya pihak penganjur haruslah peka sebenarnya dengan prinsip-prinsip agama Islam di mana anjing tersebut boleh disentuh tetapi bukan semua anggotanya... kalau boleh pihak penganjur kenalah menyelidik atau membuat research terlebih dahulu mengenai hukum-hukum yang dibenarkan dalam Islam seperti memelihara binatang seperti anjing...apa yang menyedihkan aku ialah kebanyakan orang Islam zaman sekarang tidak peka dengan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut....sentuh boleh memang la boleh sentuh tapi kena berpada pada...lebih-lebih lagi yang ada anak...orang Islam kena tahu batas-batas dalam islam...anjing hanyalah sebagai guard untuk menjaga kebun rumah dan sebagainya dan bukannya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan... sekian...



0 comments:

Post a Comment