Tuesday, January 31, 2012

ikan talapia...



salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.

Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.



Secara kesimpulannya....penternakan ikan talapia merah ini memang menguntungkan semua pihak lebih2 lagi kepada negara...oklah...setakat ini apa yang aku nak bagitau...lagipun sumber nie aku amik dari Laman Web Rasmi Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC)

sekian terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya........^_^ 

0 comments:

Post a Comment