Sunday, January 8, 2012

bermulanya era tahun 2012....

salam semua....apa khabar?? harap semua berada dalam keadaan sihat...tahun 2011 telah meninggalkan kita dan diganti oleh tahun 2012...bila bercakap pasal tahun baru nie mesti ada hubung kait dengan azam baru..aku tahu setiap insan yang bergelar manusia masing2 mempunyai azam matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai...begitu juga aku...namun begitu, tahun demi tahun masalah sosial tidak juga kurang2...kenapa??? tepuk dada tanya selera... maksud aku kita kena tanya diri kita sendiri...kenapa masih berlaku??? adakah kurang didikan agama??? YA....kebanyakan orang akan menjawab sebegitu...tapi bagaimana pula dengan golongan yang cukup didikan agama mereka??? adakah mereka akan sentiasa terpelihara dari masalah sosial??? jawapannya TIDAK...kenapa??? kerana kebanyakan statistik menunjukkan banyak yang melakukan gejala sosial ini datangnya daripada orang yang cukup didikan agama...kadang2 aku rasa kasihan melihat anak anak muda terutamanya golongan melayu...mereka boleh pergi dengan lebih jauh lagi ....maksud aku menjadi seorang yang lebih berguna dari masa lalu...tapi sayangnya sume itu tidak berlaku...itulah yang terjadi pada masa kini...negara kita sering dikaitkan dengan masalah buang bayi, merompak,membunuh dan sebagainya...malah ada juga kegiatan murtad banyak menjadi2 dikalangan orang melayu...dimanakah silapnya??? aku juga tidak tahu... nak kata keadaan persekitaran...YA...mungkin keadaan persekitaran...tapi bagi aku ialah pegangan agama yang lemah menjerumus seseorang itu ke dalam lembah yang sungguh hina sekali...sedangkan haiwan tidak sanggup membuang anaknya...tapi manusia??? fikir2kanlah sebelum terlambat...itu sahaja yang aku ingin luahkan ...jangan la kita meniru idelogi pihak BARAT dan lebih2 lagi ideologi musuh2 ISLAM yang sengaja mahu menyesatkan umat Islam....akhir kata ucapan maaf ingin ku katakan jika ada silap semasa menjelaskannya...

0 comments:

Post a Comment