Friday, July 31, 2009

Operasi pindah keluar barang penyanyi, Amelina kecoh

SHAH ALAM: Kerja memindah keluar barang peribadi bekas ratu dangdut, Amelina dari rumah yang pernah disewanya di Kota Kemuning, di sini, pagi tadi kecoh apabila penyanyi itu mempersoalkan tindakan pemilik rumah berkenaan berbuat demikian.

Pertengkaran mulut antara Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 35, dengan pemilik rumah, K Madhavankutty, 47, bagaimanapun reda selepas peguam Madhavankutty, Arnold Andrew, campur tangan.

Arnold bersetuju menangguhkan operasi mengeluarkan barang itu sehingga jam 5 petang sementara menunggu Amelina mendapatkan lori untuk mengangkut keluar semua barangnya.

Terdahulu, Madhavankutty tiba di rumahnya kira-kira jam 9.30 pagi sebelum memanggil kontraktor untuk membuka kunci mangga jam 10.45 pagi.

Amelina bersama suaminya, Reduan Mahamood, yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mempersoalkan tindakan pemilik rumah dan berkata masalah berkaitan sewaan rumah itu sepatutnya sudah selesai.

Beliau mendakwa mendapat perintah melarang pecah masuk dan mengeluarkan barangan daripada banglo berkenaan kerana sudah menjelaskan semua bayaran kepada bailif mahkamah.

0 comments:

Post a Comment