salam semua...apa khabar semua? diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya...topik yang aku nak bincangkan ialah syukur...apa yang dimaksudkan dengan syukur sebenarnya? syukur dalam maksud yang mudah difahami ialah berpuas hati di atas rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t tetapi adakah semua orang bersyukur dengan apa yang ada?? tidak semua orang malah hanya segelintir sahaja yang bersyukur...memang tidak dapat dinafikan kebanyakan orang berada tidak semua yang bersyukur..ada memang ada tapi dalam jumlah yang agak sedikit... syukur dengan rezeki yang sedia ada...tidak merungut melihat kemewahan yang dikecapi oleh orang lain.. itulah erti sebenar syukur...jika dibandingkan malaysia dengan beberapa negara negara yang mundur, malaysia dikira agak mewah kerana semua yang kita mahu ada di dalam negara ini...cakaplah apa sahaja..mahu minum ada, dengan kategori2 seperti air milo, air nescafe dan bermacam2 air yang boleh diperolehi serta makan juga boleh diperolehi..cuba kita lihat negara-negara afrika....mereka masih dibelenggu kemiskinan..kemiskinan yang kita kecapi tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara miskin ini kerana rata2 kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang tiada pendapatan..kerja mereka secara keseluruhan ialah dengan memburu binatang...dengan risiko bahaya yang terdedah seperti ular berbisa, harimau dan sebagainya ..mereka tidak kisah asalkan mereka dapat mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka jadi apa alasan bagi kita?? kita semua ada, makan minum pakaian semua ada...cakap la apa sahaja..oleh itu kita hendaklah bersyukur dengan segala kemudahan sedia ada..jangan la kita banyak merungut...sentiasa mukadimah dan tanya diri sendiri mengapa aku jadi begini...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..dengarla lagu nie...
Read More ->>
Wednesday, June 27, 2012
Monday, June 25, 2012
kawan makan kawan
Published :
1:36 PM
Author :
indie lover
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? maksud secara jelas yang mudah difahami ialah tikam kawan dari belakang untuk kepentingan sendiri...perbuatan ini langsung jelas tidak menampakkan erti kawan yang sebenar kerana kawan ialah seseorang yang dijadikan tempat untuk berkongsi saat duka dan gembira dikala kita sedih atau seronok...mengapa kawan makan kawan?? ada sebabnya...mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang berharga kawan sanggup dijadikan sebagai kambing hitam dengan menjadikan dia sebagai seorang penjamin...apabila si kawan yang satu lagi tak dapat bayar hutang maka si penjamin akan dicari...begitu kejamnya masyarakat kita pada hari ini apabila sanggup berbuat demikian...bukanlah maksud aku semua tapi sesetengahnya sahaja yang berperangai sedemikian...lebih2 lagi apabila meminjam dengan lintah darat yang juga dikenali sebagai ah long...kalau pinjam dengan bank..kalau paling teruk pun masuk mahkamah..ini tak kalau pinjam dengan ah long alamatnya nyawa dan maruah mungkin tergadai...bukan apa banyak kes yang melibatkan ah long ini..begitu kejamnya seorang yang bernama manusia ini yang sanggup membunuh manusia lain hanya semata mata tidak membayar utang..bukan kita yang menentukan nyawa hidup seseorang tetapi ALLAH s.w.t ..berbalik kepada kawan makan kawan ini..ada yang berpura pura baik di depan kita tetapi di belakang kita cukup jelas kejahatan diorang sampai ada yang sanggup fitnah kawan sendiri la..macam2 la..sedangkan ada sebab yang tidak munasabah ...contohnya kerana berkenan dengan seorang awek..tapi awek tu telah dimiliki oleh kawannya sendiri..mungkin kerana sikap cemburu yang ada dalam diri sanggup memfitnah kawan hanya untuk mendapatkan awek tersebut..oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan ...aku harap korang semua berpuas hati dengan apa yang aku sampaikan...setakat ini sahaja...assalamualaikum dan salam sejahtera......
Read More ->>
bahaya sikap mulut celupar
Published :
1:24 PM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai bahaya sikap mulut celupar...bukan apa ramai dah yang aku lihat sekarang nie bermulut celupar....lebih2 lagi artis yang dilanda kontroversi...ada yang bermulut laser sampai ada kata2 diorang menyinggung perasaan mana2 orang yang mendengarnya...aku juga pernah menghadapi situasi sebegini dimana kawan2ku ketika zaman persekolahan tidak kurang juga yang bermulut celupar sehingga membangkitkan kemarahanku...tidak kurang juga ada diantara masyarakat kita yang memusuhi orang2 kelantan ...aku pun tidak faham kenapa mereka membenci sangat orang kelantan padahal mereka juga beragama Islam, Melayu seperti kita ....janganlah kerana nilai setitik rosak susu sebelanga.mungkin pepatah ini jelas menunjukkan masyarakat kita yang mudah menuding jari terhadap seseorang malah yang lain juga turut dilibatkan..aku pun tidak faham...baiklah berbalik kepada situasi bahaya mulut celupar ini disini ada firman ALLAH mengenai bahaya mulut celupar..
Read More ->>
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Begitulah apa yang dimaksudkan dalam firman ALLAH diatas yang menyeru supaya manusia mengeluarkan perkataan yang baik...tapi apa yang aku lihat sekarang nie tak kiralah bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke sanggup mengeluarkan perkataan yang agak kurang menyenangkan sehingga ada yang mengguris perasaan ketika berbual...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..moral value dia ialah bertuturlah dalam bahasa yang menyenangkan kedua2 pihak...orang lain akan hormati kita dan lebih2 lagi hidup kita akan selamat....insyallah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahira...