Monday, June 25, 2012

bahaya sikap mulut celupar

salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai bahaya sikap mulut celupar...bukan apa ramai dah yang aku lihat sekarang nie bermulut celupar....lebih2 lagi artis yang dilanda kontroversi...ada yang bermulut laser sampai ada kata2 diorang menyinggung perasaan mana2 orang yang mendengarnya...aku juga pernah menghadapi situasi sebegini dimana kawan2ku ketika zaman persekolahan tidak kurang juga yang bermulut celupar sehingga membangkitkan kemarahanku...tidak kurang juga ada diantara masyarakat kita yang memusuhi orang2 kelantan ...aku pun tidak faham kenapa mereka membenci sangat orang kelantan padahal mereka juga beragama Islam, Melayu seperti kita ....janganlah kerana nilai setitik rosak susu sebelanga.mungkin pepatah ini jelas menunjukkan masyarakat kita yang mudah menuding jari terhadap seseorang malah yang lain juga turut dilibatkan..aku pun tidak faham...baiklah berbalik kepada situasi bahaya mulut celupar ini disini ada firman ALLAH mengenai bahaya mulut celupar..

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat” 
Begitulah apa yang dimaksudkan dalam firman ALLAH diatas yang menyeru supaya manusia mengeluarkan perkataan yang baik...tapi apa yang aku lihat sekarang nie tak kiralah bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke sanggup mengeluarkan perkataan yang agak kurang menyenangkan sehingga ada yang mengguris perasaan ketika berbual...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan..moral value dia ialah bertuturlah dalam bahasa yang menyenangkan kedua2 pihak...orang lain akan hormati kita dan lebih2 lagi hidup kita akan selamat....insyallah.....



0 comments:

Post a Comment