Monday, June 25, 2012

kawan makan kawan

assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? maksud secara jelas yang mudah difahami ialah tikam kawan dari belakang untuk kepentingan sendiri...perbuatan ini langsung jelas tidak menampakkan erti kawan yang sebenar kerana kawan ialah seseorang yang dijadikan tempat untuk berkongsi saat duka dan gembira dikala kita sedih atau seronok...mengapa kawan makan kawan?? ada sebabnya...mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang berharga kawan sanggup dijadikan sebagai kambing hitam dengan menjadikan dia sebagai seorang penjamin...apabila si kawan yang satu lagi tak dapat bayar hutang maka si penjamin akan dicari...begitu kejamnya masyarakat kita pada hari ini apabila sanggup berbuat demikian...bukanlah maksud aku semua tapi sesetengahnya sahaja yang berperangai sedemikian...lebih2 lagi apabila meminjam dengan lintah darat yang juga dikenali sebagai ah long...kalau pinjam dengan bank..kalau paling teruk pun masuk mahkamah..ini tak kalau pinjam dengan ah long alamatnya nyawa dan maruah mungkin tergadai...bukan apa banyak kes yang melibatkan ah long ini..begitu kejamnya seorang yang bernama manusia ini yang sanggup membunuh manusia lain hanya semata mata tidak membayar utang..bukan kita yang menentukan nyawa hidup seseorang tetapi ALLAH s.w.t ..berbalik kepada kawan makan kawan ini..ada yang berpura pura baik di depan kita tetapi di belakang kita cukup jelas kejahatan diorang sampai ada yang sanggup fitnah kawan sendiri la..macam2 la..sedangkan ada sebab yang tidak munasabah ...contohnya kerana berkenan dengan seorang awek..tapi awek tu telah dimiliki oleh kawannya sendiri..mungkin kerana sikap cemburu yang ada dalam diri sanggup memfitnah kawan hanya untuk mendapatkan awek tersebut..oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan ...aku harap korang semua berpuas hati dengan apa yang aku sampaikan...setakat ini sahaja...assalamualaikum dan salam sejahtera......

0 comments:

Post a Comment