Wednesday, August 8, 2012

raya kian menjelang

assalamualaikum kepada semua pelayar blog yang sedang melayari blog aku sekarang nie....korang semua tahu kan raya dah tak lama lagi akan tiba...apa persiapan yang korang sudah lakukan untuk menghadapi syawal yang mulia ini? ada diantara kita yang sudah bersiap sedia dengan membeli segala kelengkapan termasuklah membeli baju raya untuk anak-anak khusus bagi yang sudah berkeluarga dan barangkali untuk yang bujang mungkin hanya setakat ingin memakai baju raya pada tahun lepas kerana rugi dan membazir jika masih muat untuk dipakai.....ada juga bagi golongan kaum hawa yang sudah menyiapkan kuih raya dan ada juga yang hanya membeli sahaja kerana malas membuat kuih raya ....bak kata pepatah..rambut sama hitam hati lain-lain... itulah perumpamaan yang sesuai untuk aku ungkapkan... namun apa yang menyedihkan bahawa setiap tahun sebelum bermulanya raya puasa mesti ada putus jari la dan ada yang teruk buta mata akibat mercun buatan sendiri ataupun mercun yang dibeli dari tempat rahsia... semua ini tidak mustahil kerana penguatkuasaan yang lemah disamping sikap ibu bapa yang acuh tak acuh membiarkan anak mereka bermain mercun tanpa mengambil kira umur..bagi aku tak kisah la kalau nak main mercun tu tapi bagi la kepada budak-budak yang sudah berusia dan matang supaya tidak membiarkan mercun tu meletup begitu sahaja tanpa melemparkannya....kalau untuk budak-budak yang masih muda elok la bermain bunga api sahaja asalkan ada pengawasan daripada ibu bapa...oklah..setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment