Sunday, October 14, 2012

kemahiran atau teori...mana yang lebih penting??

Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahiran ini dalam erti kata yang mudah difahami ialah sesuatu yang dimiliki oleh individu untuk digunakan dalam sesuatu bidang atau perkerjaan yang dilakukan...itulah yang di ertikan sebagai kemahiran atau pun skill... kalau teori pulak ialah sesuatu fakta atau maklumat yang sememangnya sudah dikaji oleh orang-orang terdahulu yang kemudiannya digunakan oleh generasi terkini untuk memahaminya tetapi tidak mempraktikannya secara lisan...itu yang aku faham istilah kemahiran dan teori...zaman kini kalau asik bergantung kepada teori sahaja tidak mencukupi...skill atau kemahiran perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya...cakaplah apa sahaja pekerjaan...semuanya memerlukan kemahiran..contohnya aku bagi perkerjaan memotong kayu...memotong kayu nampak senang tetapi memerlukan kemahiran untuk memotong kerana kalau tidak ada kemahiran macamne kita hendak memotong kan? teori juga penting sebenarnya...apa maklumat yang boleh kita perolehi sebelum hendak memotong kayu tu? jenis2 kayu itu, saiz ukuran kayu itu, apa peralatan yang sesuai untuk memotong? semua itu diambil kira sebenarnya..dalam erti kata lain teori dan kemahiran merupakan kedua dua aspek yang penting untuk berjaya...tidak ada salah satu tidak akan lengkap hidup kita untuk menjadi manusia yang berguna..aku cakap berdasarkan apa yang aku faham...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam...

0 comments:

Post a Comment