Sunday, October 14, 2012

praktikal ku akan tamat tidak lama lagi

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang sudi melayari blogku yang tidak seberapa ini...kali nie aku nak bercerita mengenai praktikal ku yang akan tamat tidak lama lagi...selepas ini bermulalah pencarian kerja yang sebenar dalam hidupku...sebenarnya banyak lagi yang harus aku lakukan...antaranya ialah membuat report untuk latihan industri ini, membuat logbook...dan membuat power point...aish...begitu banyak kerja yang harus aku lakukan...tetapi tidak mengapa ...itu untuk kebaikan aku jugak daripada tidak berbuat apa2...sepanjang praktikal ini, banyak jugak la yang telah aku pelajari...antara nya calibration relay, transformer testing ngan purifier oil transformer...sedikit pun aku merasa tidak selesa sepanjang praktikal ku ini...kerja aku ini lebih kepada site2 luar seperti di kilang, shopping kompleks dan platform oil and gas...pekerja-pekerja di sini pun happy go lucky..tidak stress dengan kerja...maklumlah...syarikat yang aku kerja ini syarikat bumiputra...tidak ada langsung layanan teruk terhadapku... elaun pun dapat lagi...apa la yang nak dirisaukan.....melalui praktikal ini lah kita dapat belajar dengan lebih luas lagi daripada belajar secara teori di universiti atau di sekolah kerana di tempat belajar kita tidak nampak gambaran sebenar bagaimana sesuatu mesin tersebut...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam..

0 comments:

Post a Comment