1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu
En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri
untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan
siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar
kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan.
Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan
liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan
semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan
di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi
(haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'.
2.PEKAN SEHARI
Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang
dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui
Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari
terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh
didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati
keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.
Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai
jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin
yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini
menjadi kegemaran setiap pengunjung.
Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad
3.PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG
Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap.
Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan
ini.
Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika
berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu
berjalan kaki mengelilingi kesemua kandang-kandang yang ada di mana
seladang di tempatkan.
Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5
kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan
dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri nama mengikut jantina seperti
Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga
seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung.
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar
Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing.
Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau
'naik angin' ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau
batu halus kerana haiwan ini takut pada kedua-duanya. Para pengunjung
tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini
kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.
4. GUNUNG SENYUM
5. DATARAN PATIN
Lokasi : Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade
Restoran khusus untuk penggemar ikan patin yang menyediakan pelbagai jenis masakan ikan patin yang lazat untuk dinikmati.
Restoran khusus untuk penggemar ikan patin yang menyediakan pelbagai jenis masakan ikan patin yang lazat untuk dinikmati.
6. PUSAT GAJAH KUALA GANDAH
2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur – Kuantan
Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum
SUMBER DARI : MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH