Tuesday, August 26, 2014

Tempat- tempat menarik di temerloh pahang...moh la datang weihh...


1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'.


2.PEKAN SEHARI



Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.
Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung.

Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad


3.PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG



Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap. Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan ini.
Seladang  Kandang seladang
Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu berjalan kaki mengelilingi kesemua kandang-kandang yang ada di mana seladang di tempatkan.
Berjalan kaki menuju kandang seladang  Seladang
Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5 kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri nama mengikut jantina seperti Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung.
 Seladang
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau 'naik angin' ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau batu halus kerana haiwan ini takut pada kedua-duanya. Para pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.

4. GUNUNG SENYUM 

Aktiviti: Mendaki gunung, merentasi hutan, menjelajah gua dan perkemahan. Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Dua, Gua Makam Tok Long dan banyak lagi.

5.  DATARAN PATIN 

Lokasi : Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade


Restoran khusus untuk penggemar ikan patin yang menyediakan pelbagai jenis masakan ikan patin yang lazat untuk dinikmati.

6. PUSAT GAJAH KUALA GANDAH 

Lokasi : 49.1 km dari Temerloh
              2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala   Lumpur   – Kuantan

Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum
Menariknya Kuala Gandah ini, pengguna berpeluang untuk memandikan gajah bermula daripada pukul 2 petang.

SUMBER DARI : MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 



0 comments:

Post a Comment