Sunday, May 17, 2015

Apabila emosi melanda diri satu pasukan terkena tempiasnya...

Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejutkan dengan isu penyokong yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan bola sepak Liga Malaysia...dan akibat daripada perbuatan segelintir penyokong telah mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak...dan korang faham2 jelah perlawanan mana...satu lagi isu melibatkan pemain...jika sorang pemain bola sepak tidak dapat mengawal emosi ketika bermain bola dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya...sudah tentu akan dibuang padang dan ini akan mengakibatkan satu pasukan terkena tempias...dan secara tidak langsung pihak lawan akan mengambil kesempatan untuk menyerang pasukan tersebut... isu emosi kemudian ini secara tidak langsung merebak dari satu pasukan ke pasukan yang lain kerana fanatiknya...sudah banyak isu pergaduhan bola sepak yang berlaku di malaysia...kesimpulannya bersikap la professional baik penyokong mahupun pemain bola sepak kerana bersikap professional itu melambangkan keperibadian yang baik di mata orang ramai...walau bagaimanapun sama sama kita menyokong pasukan Kelantan di Final nanti bertemu Lions XII kerana pasukan Kelantan adalah wakil Malaysia manakala Lions XII adalah wakil Singapura...sekian..


0 comments:

Post a Comment