Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai apa yang dimaksudkan dengan 1 Mei....semua sudah mengetahui bahawa 1 Mei adalah hari pekerja dan juga hari cuti bagi seluruh dunia dan ada juga yang terpaksa bekerja pada 1 Mei tetapi dibayar lebih untuk itu....oklah begini kisah asal usul pengenalan kepada 1 Mei iatu hari Pekerja...
Australia :
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia.
Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan
sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan
hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi
perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia
itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini
membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia,
menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan
diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Amerika Syarikat:
Di Amerika Syarikat,
perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882
oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati
pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan
pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh.
Pada tahun 1886,
mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti
bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat
bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis
dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun
daripada mengulangi demonstrasi ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland
telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai
hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan
pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.
Eropah:
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah
telah bekembang. Perluahan paling kuat oleh gerakan
ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres
ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa
hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu,
wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux,
mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui
pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika
menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada
1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan
perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja
Saturday, May 2, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahira...
0 comments:
Post a Comment