Tuesday, January 31, 2012

ikan talapia...



salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.

Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.



Secara kesimpulannya....penternakan ikan talapia merah ini memang menguntungkan semua pihak lebih2 lagi kepada negara...oklah...setakat ini apa yang aku nak bagitau...lagipun sumber nie aku amik dari Laman Web Rasmi Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC)

sekian terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya........^_^ 
Read More ->>

ikan patin...he3..jangan marah ye???

salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya boleh diperolehi daripada kolam yang diternak seperti kolam sangkar ikan yang banyak diusahakan di sungai pahang di temerloh...tapi ikan ini juga boleh diperolehi daripada sungai2...harga pulak bergantung dari mana tangkapan ikan patin ini...kalau ikan patin sangkar ...harganya tidak semahal seperti harga ikan patin sungai..ikan patin sungai sukar untuk ditangkap dan rasanya lebih enak berbanding ikan sangkar...he3.. berikut apa yang aku perolehi daripada wikipedia...:

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

Patin kolam                                                        Patin Sungai
                                                   
                                                                         Patin Buah
                                                                         Patin Muncung
                                                                         Patin Juara


He3...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampai...lain kali aku nak bercerita mengenai ikan talapia.......^_^
Read More ->>

cinta terkutuk....what the hell??



salam semua....kali nie aku nak bercerita mengenai cinta terlarang...apa yang dimaksudkan dengan cinta terlarang??? cinta yang tidak direstui malah dikutuk...itulah apa yang dimaksudkan sebenarnya...begitulah apa yang berlaku di sungai petani kedah...apabila si lahanat nie hampir je kedua-dua kaki dan tangannya  putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Dasyhat2...memang dasyat...yang si laki tu saje cari pasal buat apa??? udah2 ler tue...tak ada gunanya...g la cari perempuan lain yang belum berpunya...nie x...saje je nak cari yang dah berpunya...yang ada suami lak tue..x guna otak ke?? fikirla skit...

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit. Ish3..Memang teruk...dah kawin tapi masih nak carik lain??? apa kejadahnya??? moga2 laki nie bertaubat la..

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. ( Petikan daripada harian metro)

Begitulah apa yang berlaku apabila menurutkan hawa nafsu...bila sudah mengikut hawa nafsu maka segala perintah ALLAH S.W.T diingkari dan mulalah berlakunya perbuatan2 keji seperti zina dan sebagainya...mahukah kita jadi sebegini??? fikir2kanlah...
Read More ->>

Thursday, January 26, 2012

pangkat dan darjat...

salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai pangkat dan darjat...apa yang korang faham mengenai pangkat dan darjat? pangkat nie sebenarnya lebih kurang sama je ngan darjat tapi apa yang membezakannya ialah setiap orang boleh mendapat pangkat jika kita berusaha...contohnya keje...setiap orang akan diberi kenaikan pangkat jika berusaha...berbanding pula dengan darjat...tidak semua orang akan mendapatnya...kebiasaannya darjat ini ditujukan kepada golongan2 bangsawan...golongan diraja...dan erti kata lain golongan yang lebih tinggi kedudukan daripada rakyat biasa ataupun golongan bawahan...tapi apa yang wat aku heran ialah manusia yang ada darjat dan pangkat ini mudah menggunakan kuasa2 diorang tanpa menghiraukan apa kesan dan akibatnya kepada golongan bawahan..sebagai contoh...sebab gara2 kuasa seseorang itu lebih tinggi, dia sanggup menggunakan untuk kepentingan diri sendiri...dan akhirnya menyusahkan rakyat jelata..aku bukan nak mengata tapi lihatlah apa yang berlaku di dalam negara malaysia nie...aku pun dah x tau yang mana benar n yang mana salah...dua2 mengatakan benar...tapi mungkin juga salah...begitulah hakikat dunia yang sebenar ini..sume nak berlumba2 untuk meraih popularati dan keuntungan sehingga sanggup makan kawan sendiri...sebagai contoh kita boleh lihat artis kat dalam malaysia nie...tak payahlah aku nak sebut tapi tula pasal..sanggup fitnah memfitnah sesama sendiri asalkan diri sendiri selamat daripada tohmahan dan cacian orang ramai...ok lah...setakat ini sahaja celoteh aku...salam..........
Read More ->>

antara siapa cepat dan siapa lambat

salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai sikap sivik rakyat malaysia...seperti yang korang sedia maklum ...kesedaran sivik dikalangan masyarakat malaysia masih lagi rendah...apa tidaknya...tong sampah ada di depan mata nak gak buang merata2...sebagai contoh time aku berbuka puasa di kuantan ari itu...pas abis je berbuka puasa...maka nampaklah sampah bertaburan merata2 di atas padang rumput..bukanlah niat aku hendak mengata tapi lihatlah apa yang berlaku..langsung tidak ada kesedaran sivik...kata nak jadi negara yang bersih tapi kalau masyarakat nya masih berkelakuan seperti manusia zaman purba..jangan haraplah hendak menjadi negara yang bersih...cuba kita lihat negara2 luar seperti jepun, australia ke england...sume mengamalkan sikap kebersihan...oleh itu tidak hairanlah jika pelancong asing apabila lepas makan ke...diaorang akan buang sampah ke dalam tong sampah...tidak malukah kita kepada pelancong2 asing ini??? mereka mungkin menganggap masyarakat kita ini mundur dan tidak bertamadun...mahukah kita digelar sedemikian rupa?? sudah tentu tidak...oleh itu majulah dan bangkitlah agar kita tidak dipandang serong oleh masyarakat luar...bukan itu sahaja..RASULLAH S.A.W pun telah berpesan kepada umatnya agar menjaga kebersihan kerana perbuatan itu disukai ALLAH S.A.W dan juga malaikat...sekian...
Read More ->>

Friday, January 13, 2012

facebook.....banyak kebaikan atau keburukan??






salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai facebook...sudah tentu korang semua mempunyai facebook kan?? aku juga begitu tapi apa yang aku nak sampai kan pada kali nie berkenaan penyalahgunaan facebook..sebenarnya kejadian ini sudah banyak terjadi dikalangan masyarakat kita...lebih2 lagi dadah juga boleh diseludup dengan hanya melayari facebook sahaja...oleh itu gunakanlah facebook dengan sebaik2 nya..tapi korang tentu pelik bila aku letak gambar nie kan? dan orang yang memakai topi merah tu sape?? kalau korang nak tau itulah lelaki kepada suami perempuan yang sanggup mendedahkan gambar separuh bogelnya...hanya kenapa??? hanya kerana wang...YA...wang mudah menjadikan seseorang itu gelap mata...sape yang tak gilakan wang...sebab wang boleh membeli apa sahaja termasuk la bahan yang dilarang sama sekali dalam Islam.. aku cakap nie bukan apa...sebab wang la manusia banyak melakukan maksiat dan sebagainya...sebab wang la anak gadis dijadikan sebagai pelacur...tergamak manusia2 seperti ini semua...berbalik pada apa yang aku nak cerita nie..isteri kepada lelaki tersebut sudah banyak melakukan kegiatan terkutuk nie...tapi faham2 lah...bila dah dikawal oleh nafsu, iman sudah tidak berguna lagi di dalam hati seseorang itu.... dahlah isteri laki tu dalam umur pertengahan..apa akan jadi kalau anak2 dia nampak ke gambar ibu dia dalam internet?? x malu ke?? malah lebih menyedihkan lagi kalau ibu bapa dia yang tengok...adakah diorang akan bangga??? tidak sama sekali...tetapi perbuatan isteri durjana tu terbongkar gak selepas salah seorang laki yang berurus niaga dengan isterinya itu mendedahkan perbuatan dia...benarlah kata pepatah...sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...hati suami nya hancur bila melihat bukti sebenar kegiatan isterinya yang tidak bermoral itu melalui komputer isterinya dan juga telefon bimbitnya..akhir kata aku doakan moga2 isterinya itu sudah insaf dan tidak melakukan kesalahannya lagi..aku faham mesti isterinya berkenan nak beli barang yang mewah2 tapi itu tidak akan menjanjikan sesuatu yang berguna buat dirinya...wasalam.....
Read More ->>

Monday, January 9, 2012

bila janji tidak ditepati....

assalamualaikum dan selamat berbahagia semua....kali nie aku nak bercerita mengenai janji.....apa itu janji?? kenapa janji itu selalu sangat tidak ditepati...tak kira sume manusia ramai yang hanya menabur janji palsu... perkara janji ini kadang2 tidak boleh dibuat main2....terutamanya apabila melibatkan soal perasaan seseorang...bukannya apa...aku sebenarnya rasa sungguh kecewa akan sikap orang yang suka membuat janji tetapi melupainya... sebagai contoh...katakan pemuda A telah membuat temu janji dengan gadis A tetapi malangnya gadis A tidak datang seperti apa yang diharapkan ...tentulah pemuda A akan rasa sungguh kecewa dan marah....sudahlah tidak memberitahu melalui telefon...malah apabila keesokan harinya gadis A memberitahu alasan yang sungguh tidak masuk akal tertido...sepatutnya alasan tersebut tidak patut ada dalam diri tiap2 masing yang bergelar manusia.....sikap sebegini la yang banyak menjerumus kepada masalah putus cinta la...masalah penceraian la...dan ada yang lebih teruk lagi ada yang sanggup membunuh diri...kenapa harus terjadi sebegini?? apa sebabnya??? dan bagaimana cara untuk mengatasinya???jika kita tidak boleh berjanji, mengapa kita hendak berjanji kalau tidak ditepati??? perkara inilah yang banyak menghantui diriku ini...kita pula yang terpaksa bertanya mengenai keadaan nya....akhir sekali berubahla wahai pemungkiri janji ....sesungguhnya perbuatan ini juga tidak disukai oleh setiap manusia, ALLAH dan lain2...syabas kepada yang menepati janji kerana anda telah menunjukkan bahawa anda memang seorang yang benar2 bertanggungjawab dan mementingkan masa itu...benarlah seperti perumpamaan "MASA ITU EMAS" masa tidak akan menunggu kita...jika kita melengah2kannya maka kita akan ketinggalan dan sampai satu ketika kita akan menjadi orang yang benar2 rugi kerana tidak memanfaatkan masa...sekian....
Read More ->>

Sunday, January 8, 2012

bermulanya era tahun 2012....

salam semua....apa khabar?? harap semua berada dalam keadaan sihat...tahun 2011 telah meninggalkan kita dan diganti oleh tahun 2012...bila bercakap pasal tahun baru nie mesti ada hubung kait dengan azam baru..aku tahu setiap insan yang bergelar manusia masing2 mempunyai azam matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai...begitu juga aku...namun begitu, tahun demi tahun masalah sosial tidak juga kurang2...kenapa??? tepuk dada tanya selera... maksud aku kita kena tanya diri kita sendiri...kenapa masih berlaku??? adakah kurang didikan agama??? YA....kebanyakan orang akan menjawab sebegitu...tapi bagaimana pula dengan golongan yang cukup didikan agama mereka??? adakah mereka akan sentiasa terpelihara dari masalah sosial??? jawapannya TIDAK...kenapa??? kerana kebanyakan statistik menunjukkan banyak yang melakukan gejala sosial ini datangnya daripada orang yang cukup didikan agama...kadang2 aku rasa kasihan melihat anak anak muda terutamanya golongan melayu...mereka boleh pergi dengan lebih jauh lagi ....maksud aku menjadi seorang yang lebih berguna dari masa lalu...tapi sayangnya sume itu tidak berlaku...itulah yang terjadi pada masa kini...negara kita sering dikaitkan dengan masalah buang bayi, merompak,membunuh dan sebagainya...malah ada juga kegiatan murtad banyak menjadi2 dikalangan orang melayu...dimanakah silapnya??? aku juga tidak tahu... nak kata keadaan persekitaran...YA...mungkin keadaan persekitaran...tapi bagi aku ialah pegangan agama yang lemah menjerumus seseorang itu ke dalam lembah yang sungguh hina sekali...sedangkan haiwan tidak sanggup membuang anaknya...tapi manusia??? fikir2kanlah sebelum terlambat...itu sahaja yang aku ingin luahkan ...jangan la kita meniru idelogi pihak BARAT dan lebih2 lagi ideologi musuh2 ISLAM yang sengaja mahu menyesatkan umat Islam....akhir kata ucapan maaf ingin ku katakan jika ada silap semasa menjelaskannya...
Read More ->>

program latihan 1 malaysia....baik tuk semua golongan belia khusus bagi yang ingin menambah kemahiran terutama dalam bidang elektrik dan sebagainya seperti yang tertera...

Boleh klik pada link disebelah ini untuk download borang :

berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan : 


Akhir kata rugi kalau x amik...kemahiran skrang amat diperlukan dalam bidang pekerjaan....x salah kalau kita mengambilnya...lagipun bayaran yang dikenakan berpatutan.... ^_^ 

Read More ->>

causes of slow computer and pc slow down...

Here are some tips and free advice on fixing that bogged down PC.
There are several causes for windows to slow down.  If you can remember a time when your PC ran faster, it is most likely due to program build up over time.  A lot of software, especially the kind that is downloaded, like to run "in the background",  meaning that every time you boot your system, it starts up.   And this is not just trojans or spyware, but "legit" software like Quicktime or RealPlayer.  This inevitably leads to a slow computer.  Just like you give your car an oil change to keep the engine healthy, your computer needs maintenance as well.  "Program buildup", "fragment buildup" and "file buildup" eat up your system resources.  Here are some things you can do to help your system.
First of all, and this is rule #1.  Be very wary about installing more software to speed up your computer.  Because it is software that bogs down a computer, you should be very hesitant about installing yet more in order to help it.  Only install programs that you absolutely trust.
Clean out your internet temporary files (tools-->options). 
Search for and delete all temp files on your hard drive "*.tmp"

Double click the my computer icon and run a defrag on your hard drive.  Make sure your drive is not compressed (this increases time to read/write files)
Cleanup your disk by using:  Start/All Programs/Accessories/System Tools/Disk Clean-up

Boot into safe mode (press F8 during the boot up) and disable unwanted services that may be starting up with Windows.
Open up the programs that run when windows starts, and look for a place to disable them from startup.  Some applications may say "run in taskbar", this is what you do not want them to do.  
Add more memory.  While this is certainly an option that costs money, it is by far the best thing you can do to increase computer hardware performance for minimal cost.  Adding RAM is the best "bang for the buck" you can do when it comes to improving hardware. 

berikut di atas adalah cara bagaimana hendak mengatasi masalah speed komputer yang terlalu rendah....anda boleh mencubanya..... ^_^ 




Read More ->>