Tuesday, January 31, 2012

ikan patin...he3..jangan marah ye???

salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya boleh diperolehi daripada kolam yang diternak seperti kolam sangkar ikan yang banyak diusahakan di sungai pahang di temerloh...tapi ikan ini juga boleh diperolehi daripada sungai2...harga pulak bergantung dari mana tangkapan ikan patin ini...kalau ikan patin sangkar ...harganya tidak semahal seperti harga ikan patin sungai..ikan patin sungai sukar untuk ditangkap dan rasanya lebih enak berbanding ikan sangkar...he3.. berikut apa yang aku perolehi daripada wikipedia...:

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

Patin kolam                                                        Patin Sungai
                                                   
                                                                         Patin Buah
                                                                         Patin Muncung
                                                                         Patin Juara


He3...setakat ini sahaja apa yang aku nak sampai...lain kali aku nak bercerita mengenai ikan talapia.......^_^

0 comments:

Post a Comment