Saturday, April 14, 2012

antara agama dan konsert...mana lebih penting???

assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi meluangkan masanya untuk melayari blog ini yang tidak seberapa...kali nie tergerak hati aku untuk menceritakan isu yang memang sudah berlaku dikalangan kita semua...lebih2 lagi kepada masyarakat yang beragama Islam...sentuh sikit pasal soal agama mesti sudah terbayang dalam fikiran kita mengenai soal masalah sosial ...benar..memang kali nie pun aku nak bercerita mengenai agama dan konsert..salah satu isu yang jarang dihebahkan....kenapa?? Ya.. ramai yang tidak akan mendengarnya tetapi aku akan bercerita jugak..sebut sahaja pasal konsert mesti melibatkan golongan golongan artis yang selama ini menjadi pujaan kita semua la...maksud aku bukan semua yang mengagumi artis tetapi sesetengah sahaja...sering kali kita melihat apabila tiba waktu senja makin ramai golongan yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak menunaikan solat..susah sangat ke hendak menunaikan solat...adakah konsert lebih penting?? daripada membazir masa dan wang begitu sahaja lebih baik kita mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa....tak begitu??? namun masih ramai lagi yang berbuat begitu meskipun azan telah berkumandang ditelinga masing2...kita sebagai umat Islam hendaklah malu dengan golongan golongan seperti ini...nama sahaja Islam dalam kad pengenalan tetapi banyak perkara terkutuk telah dilakukan...bagi aku konsert seperti ini hanya membuang masa sahaja...dan hanya meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam..mahukah kita melihat umat Islam seperti ini??? sikap kerajaan yang bersikap sambil lewa sahaja tanpa ada penguatkuasaan undang-undang jelas menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah lemah...sudahlah untung berlipat kali ganda malah dengan selamba aje membeli kereta mewah tanpa ada sedikit pun perasaan mengambil berat akan rakyat...bila tiba sahaja pilihan raya mulalah menampakkan diri..aku bukan apa..perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi orang politik...mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menjadi orang yang berkuasa dari segi pangkat, wang dan sebagainya...tentang soal agama??? bagi diorang biarlah dicampakkan begitu sahaja...oklah..setakat ini sahaja apa aku nak bagitau..harap2 kerajaan yang sedia ada sudi menerima buah fikiran rakyat untuk memajukan negara kita ini......janganlah tamakkan harta kekuasaan dan pangkat...kelak negara kita akan mundur dan binasa... sekian......


0 comments:

Post a Comment