Secara benarnya , konsep asal Total Football ditunjukkan oleh Hungary pada tahun 1953
sewaktu perlawanan persahabatan menentang England. Di dalam perlawanan
itu, England menggunakan Formasi Tradisional 4-4-2 yang tidak fleksibel.
Hungary pula menggunakan taktik yang moden dengan pemain bertukar-tukar
posisi di atas padang.
Kesannya, setiap pemain England ketika itu keliru tidak tahu mahu
mengawal pemain yang mana satu kerana posisi setiap pemain Hungary tidak
tetap di satu kawasan (pemain sebelah kiri boleh tiba-tiba ada di
bahagian kanan padang, pemain tengah boleh jadi penyerang, penyerang
jadi pemain tengah, full back bertindak seperti winger dsb). Selepas
perlawanan itu England dan negara-negara lain mula mengkaji semula
taktik dan strategi mereka.
Daripada banyak-banyak negara yang mengkaji itu, Belanda dan kelabnya
Ajax Armtersdam adalah yang paling berjaya mengadaptasi dan seterusnya
mengembangkan Total Football yang diperkenalkan Hungary . Ajax
Armtersdam pernah menjadi kuasa eropah tetapi Belanda seringkali gagal
di pentas dunia. Apapun, Belanda dan Ajax Armsterdam melahirkan seorang
lagenda bernama Johan Cruyff yang berperanan mengembangkan Total
Football ini ke Barcelona. Kini Barcelona menjadi kuasa besar bolasepak
disebabkan perkembangan Total Football tersebut. Seterusnya Spain, yang
ramai pemainnya bermain di kelab Barcelona juga menerima kesan positif
daripanya hinggakan mereka menjadi juara dunia 2010 dengan gaya
permainan yang cukup menarik (Total Football).
sekian ini sahaja apa yang nak aku sampaikan...sesungguhnya memang aku tertarik dengan taktik total football ini yang kini menjadi taktik yang sungguh berkesan digunakan oleh barcelona.. salam...
0 comments:
Post a Comment