salam dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi mengikuti blog aku yang tidak seberapa ini...kali nie aku nak bercerita mengenai nazmi faiz mansor...korang tentu kenal kan?? budak yang nak amik SPM tapi dia tangguhkan demi mengejar cita2nya...satu perkara yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar....tapi akhirnya dia berjaya juga melepasi ujian percubaan untuk menjadi pemain kelab tersebut... ini yang dinamakan usaha yang gigih...sikap tanpa mengenal erti penat lelah telah membuatkan dirinya dikenali di seluruh Malaysia....asalnya aku kenal dia apabila dia menjaringkan gol yang cukup menarik ketika menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Olimpik 2012 dimana Malaysia tewas dalam kelayakan tersebut...walaupun begitu..pujian harus diberikan kerana Malaysia telah menujukkan semangat yang luar biasa ketika menentang...bebalik kepada Nazmi Faiz Mansor ini...stail dan cara dia bawak bola seakan akan seperti xavi hernandez....malah aku yakin yang budak ini akan menunjukkan kebolehan yang sebenar ketika beraksi dalam Liga Portugal tidak lama lagi ketika dia berusia 18 tahun nanti..satu lagi sokongan daripada keluarganya juga menjadi faktor kejayaan dia dan juga peminat2nya...itu memang aku tak dapat nafikan ...tapi aku percaya satu hari nanti Malaysia pasti akan layak ke Piala Dunia jika sistem bola sepak di Malaysia ini diseragamkan dan dipratikkan sepenuhnya dengan mencontohi sistem di luar negara..... sekian...
Read More ->>
Tuesday, May 22, 2012
Sunday, May 20, 2012
bola itu bulat....
Published :
12:31 PM
Author :
indie lover
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai bola..semalam aku lepas menyaksikan perlawanan diantara bayern munich menentang chelsea melalui internet...melalui pandangan aku pada ketika itu bayern akan menjuarai liga juara eropah dan piala itu akan menjadi koleksi kejuaraan kelab itu kerana berdasarkan peratusan pengawalan bola , bayern lebih banyak menguasai perlawanan berbanding chelsea yang dilihat lebih banyak bertahan....namun chelsea telah menjuarai kejuaraan itu dan itu membuatkan aku berasa sungguh hampa kerana chelsea banyak melakukan kekasaran ke atas pemain bayern...sungguh tidak adil apabila drogba dengan sengaja melakukan terjahan ke atas pemain bayern iatu frank ribery...dan akhir sekali frank ribery diusung keluar...dan diganti dengan olic yang ternyata kurang menampakkan kesan serangan apabila perancang utama frank ribery di keluarkan... arjen robben kurang menjadi walaupun banyak peluang yang terhidang di depan mata...walaupun telah dihadiahkan sepakan penalti namun ternyata nasib menyebelahi chelsea...sepakan robben mudah diselamatkan oleh peter cech ...nak wat macam ne ...bola itu bulat...apa2 pun boleh jadi...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan ...salam..
Read More ->>
Saturday, May 5, 2012
apa kejadahnya??? bangla culik bangla...ha3..
Published :
11:36 PM
Author :
indie lover
salam semua...apa khabar?? semoga kalian yang membaca blog aku ini sihat kehendaknya dan dimurahkan rezeki...kali nie aku nak bercerita mengenai tajuk yang akan aku utarakan sekarang nie...bangla culik bangla??? memang tak masuk akal kerana bangsa sendiri sanggup culik bangsa sendiri...ha3..itu memang tak dapat dinafikan..sedangkan kaum Melayu boleh culik kaumnya..kaum Cina culik kaumnya dan kaum India culik kaumnya..perkara tersebut boleh berlaku ...tidak hairanla sebenarnya..kerana kaum masing2 boleh culik menculik..tapi apa yang menarik minat aku ialah mengenai tajuk ini..berita ini aku amik dari harian metro punya website..korang boleh melihatnya link di bawah ini... apa nak jadi masa sekarang nie...dengan pertambahan kaum asing maka bertambah tambah la kadar jenayah yang berlaku di negara kita ini...aduyai...kejadian pecah rumah yang berlaku ke atas artis kita iatu Mawi dan Ekin pun ada kaitan dengan warga asing...itulah menunjukkan tak semua warga asing yang datang ke Malaysia ini berniat baik..tapi rata-rata dikalangan mereka berniat buruk dan mempunyai motif yang tersembunyi..aduyai...pening kepala aku nak memikirkannya..dengan kes pembantu rumah indon pun mendera budak OKU...what the hell??? nyahla kau indon...g balik indon...datang malaysia nak cari keje tapi cari pasal dengan orang malaysia...apa kejadahnya??? oklah..setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam.... link di bawah ini
http://www.hmetro.com.my/articles/MatBanglaculikrakan/Article
Read More ->>
http://www.hmetro.com.my/articles/MatBanglaculikrakan/Article
FITnah??? Bahaya dan Kesannya
Published :
11:19 PM
Author :
indie lover
assalamualaikum...kali nie tergerak hati aku untuk bercerita mengenai isu-isu yang berlaku di dalam Malaysia nie...faham2 sajalah...banyak perkara yang berlaku di dunia ini...isu pembunuhan la....isu keruntuhan akhlak la..dan macam2 lagi...tapi apa yang aku nak bercerita ialah sikap fitnah memfitnah diantara satu sama lain...aku tujukan khas bukan sahaja untuk parti2 politik tapi khas juga untuk sesiapa yang suka menabur fitnah...bukan apa tidak baik kita fitnah memfitnah satu sama lain tanpa bukti yang cukup dan sah...tapi sekarang nie pun bukti pun boleh diputarbelitkan..orang yang bersalah dianggap benar dan orang yang benar dianggap salah...inilah sikap masyarakat kita yang suka sangat menabur fitnah...aku bagi contohla..perkara fitnah ini juga boleh berlaku di kawasan kejiranan...suka sangat menabur fitnah...asal ada orang buat silap sikit la....pantang terus dihebahkan ke setiap kawasan perumahan...sudah semestinya yang menanggung malu adalah mangsa keadaan..kalau betul tak pe jugak..tapi tak sepatutnya dihebahkan kepada semua orang..apa yang korang rasa jika perkara itu kena pada batang hidung kita sendiri??? sudah semestinya tak nak kan?? oleh itu janganlah kita pula yang berlagak hero untuk menyampaikan apa yang dianggap benar...selidik dahulu perkara yang berlaku..kalau betul pun jangan lah dihebahkan..dalam Islam pun dah ditegah akan bahaya fitnah nie...fitnah ini lebih bahaya daripada membunuh...kenapa??? kerana fitnah ini apabila berleluasa semua orang akan mengetahuinya...dan lebih buruk lagi akan memberi kesan psikologi dan trauma kepada si mangsa...berbeza dengan pembunuhan...memangla berdosa jugak tapi bila difikirkan ...pembunuhan melibatkan kecederaan luaran tapi fitnah ini melibatkan kesan dari segi dalaman dan luaran...tidak kah kita mahu bebas dari fitnah??? apa la gunanya kita menabur fitnah hanya untuk kepentingan diri...oklah setakat ini sahaja apa aku nak sampaikan...salam.....
Read More ->>
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahira...