Tuesday, November 26, 2013

Bila lagi nak maju ke depan???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog sy yang tidak seberapa ini...tajuk saya nie sebenarnya ada kaitan dengan perkembangan bola sepak kita yang dilihat hanya megah di asia tenggara tapi jika dilihat diperingkat dunia dengan asia, kita masih jauh ketinggalan...cuba kita lihat perlawanan baru-baru ini melibatkan kelayakan piala asia iatu diantara bahrain menentang malaysia dengan qatar menetang malaysia...saya memang akui lawan-lawan ini memanglah bukan calang-calang orangnya..tetapi kita harus mencontohi negara jepun kerana walaupun negaranya kecil tetapi dengan semangat juang dan corak permainan yang kemas telah berjaya menewaskan belgium...kita seharusnya mempelajari sesuatu dari negara matahari terbit itu...saya akui malaysia memang sudah jauh menunjukkan peningkatan ...namun adakalanya corak permainan malaysia harus diubah menjadi sesuatu corak permainan yang betul2 kreatif,tersusun dan mempunyai permain yang mampu bertindak pantas untuk menjanakan serangan...



0 comments:

Post a Comment