Assalamualaikum, ini kali ketiga saya postkan artikel tetapi kali ini yang bertajuk hasad dan dengki...memang tidak dapat dinafikan bahawa hasad dan dengki memang akan memakan diri sendiri...ini merupakan satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut kita supaya tidak mempunyai perasaan hasad dengki di dalam diri sendiri sepertimana
Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya
akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak
dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:Buruk sangka, Hasad dengki ,Takut sial kerana sesuatu
Oleh itu marilah kita semua berdoa supaya dijauhkan perkara hasad dengki ini kerana ini perbuatan syaitan kerana syaitan memang suka melaga lagakan umat manusia lebih lebih lagi orang Islam.........
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani..
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMu".Amin..(Surah Al-Hasy-r Ayat 10)
0 comments:
Post a Comment