Thursday, October 29, 2009

kehidupan....

kehidupan ini aku rasakan x bermakna bagi aku... bagi aku... biarlah aku hidup keseorangan... aku tiada matlamat.. tiada cita2 yg hendak aku tuju... aku bukanlah seorang yang bijak pandai... namun aku tetap bersyukur dengan kehidupan yang aku rasakan sekarang nie.. jika dibandingkan dengan orang lain... rasanya aku lebih bernasib baik drpd golongan yang lebih memerlukan... kadang2 aku terfikir nak hidup dalam kemiskinan... aku nak tau apa maksud kemiskinan... namun aku rasakan aku tidak memahami apa kah maksud tersebut.. kadang2 aku rasa sedih tanpa bersebab.. ntahla.. mungkin memikirkan bilakah ajal aku akan sampai... aku tidak mahu berlagak sedemikian tapi aku rasakan ajal aku akan tiba tak lama lagi.. cuma aku sendiri yang tidak tahu bilakah itu akan berlaku.. namun aku tahu perkara tersebut akan berlaku jua terhadap golongan insan yang bernama MANUSIA...
Read More ->>

Monday, October 26, 2009

Sistem Pengurusan...........

salam sume.... ari nie aku nak bercerita pasal sistem pengurusan Unikl BMI. Seperti korang sedia maklum, BMI merupakan salah satu institut di bawah syarikat MARA.. bukan apa.. yang menjadi ketidak puas hatian aku terhadap BMI nie ialah masa yang begitu terhad.. Dah la final exam aku start 3 hb november 2009.. pastu sebelum final exam, kena lak wat asignment... manalah aku ada masa nak wat itu semua... isk33... teruk betul.. faham2la.. asignment kena hantar sebelum final... so manalah aku ada masa nak mentelaah nie smue... walaupun aku ada amik soalan past year dari pustaka, tapi aku memang mcm malas coz ada asignment yang perlu di buat.. paling aku x puas hati ialah salah seorang pensyarah aku... dia cakap kalau kitorang nak wat test, maka asignment x perlu lah  wat.. tapi lain lak jadinya.. dua2 kena wat... aku dah la fikir nak balik je... ntahla.. mcm x de mood je nak blaja... okla.. setakat nie aje apa aku nak sampaikan... waalaikumussalam..
Read More ->>

Wednesday, October 21, 2009

SURROGATES

Code:
Genre : Action, Sci-Fi, Thriller
User Rating : 6.5/10 (6,844 votes)
Language : English
Country : USA
Director : Jonathan Mostow
Link : http://www.imdb.com/title/tt0986263/

Plot Outline :
Set in a futuristic world where humans live in isolation and interact through surrogate robots, a cop (Willis) is forced to leave his home for the first time in years in order to investigate the murders of others? surrogates.

Cast (3) :
Bruce Willis      ...  Tom Greer
Radha Mitchell      ...  Peters



Download:



Selamat mendownload... 
Read More ->>

peristiwa dapat kupon merah...

he33... kali nie aku nak berkongsi pasal aku dapat kupon merah.. mcm2 aku wat tuk mendapatkan kupon merah aku nie... namun amat mengecewakan aku bila aku dapat tahu satu kupon merah aku hilang isk3... dalam usaha nk cukupkan lima, nasib baiklah ada roomate aku yang sanggup tolong aku... aku amat hargai niat baik diorang nie.. pertama skali yang aku ingat dalam nak dapat kupon merah ialah senam sihat 2.. he33... mcm sial je kena wat senaman tue... dengan pelatihnya orang cina ngan slang english dia tue... memang aku faham sket2 je.. walaupun senam sihat pada pagi 2 nampak mcm bangang je, tapi yang penting aku rasa happy sangat... yela.. kena wat aksi senaman yang x pernah aku lakukan... yang kedua aku ingat ialah kupon kedua ketika aku nak mengundi pilihan raya di Unikl BMi. He33.. maklumlah time tue aku x dapat nk tgk kebolehan yang ada pada diorang so aku pangkah la berdasarkan wajah yang menarik.. he33... jangan marah ye?? aku memang x kenal diorang.. so kupon kedua merah tu telah berjaya aku dapatkan .... kupon ketiga ialah time aku g anugerah award tuk budak degree n diploma Unikl BMI... aku x tahu kenapa aku tetiba je rasa diam je time diorang amik award tue... memang aku rasa mcm ada sket kekesalan time x kira sapa yg amik award tue... aku rasa diri aku macam orang x berguna je.. sedangkan ramai yang dapat pointer tinggi time tue.. aku sedar mcm diri aku nie sebagai sebatang tunggul kayu yg hidup berseorangan je.. ari semalam la aku mmenghantar borang permohonan asrama dengan roomate aku tue... bukan apa.. saje je nak back up tuk rumah sewa.. selain tue.. aku nak gak cari rumah sewa berdekatan .. skrang nie aku tengah tunggu result dari uitm ngan instep... aku x la berharap sangat yang aku akan dapat kedua2 tu tp at least aku dah wat yang terbaik dalam diri aku.. sume orang nak kan yang terbaik dalam diri diorang.. aku pun bergitu juga.. okla.. setakat nie sahaja aku nak bagitau korang sume.. salam.... doakan aku moga berjaya di dunia dan akhirat..
Read More ->>

Sunday, October 18, 2009

Ish33.... Berita nie sungguh dasyhat....- Muka isteri sudah lebam

KUANTAN: “Ketika memusingkan tubuh isteri yang tertiarap di atas katil, saya lihat mukanya lebam dan dia tidak sedarkan diri.

“Saya cuba mengejutkan dan memanggil namanya beberapa kali namun tiada tindak balas,” kata peniaga restoran, Sallehudin Mohd Yatim, 59, ketika menceritakan detik menyedihkan apabila dia menemui mayat isterinya, Fatimah Zaharah Sulong, 53.

Wanita itu ditemui mati dibunuh dipercayai bermotifkan samun di Perkampungan Sungai Isap II, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 4 pagi itu, mangsa tinggal berseorangan manakala empat anaknya ada di Kuala Lumpur.

Dia dipercayai bergelut dengan penyerangnya yang menceroboh melalui pintu belakang sebelum muka mangsa dipercayai ditekup dengan bantal sehingga sesak nafas.

Sallehudin yang berniaga di Arked Jalan Kemunting, di sini, berkata sebelum itu dia menghubungi mangsa pada jam 3 pagi untuk menukar giliran menjaga gerai.

Menurutnya, selepas mangsa tidak menjawab panggilan telefon walaupun dihubungi hampir setengah jam, dia mengesyaki kejadian buruk berlaku lalu bergegas pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu belakang rumahnya terbuka sebelum melihat isterinya tertiarap di atas katil dalam bilik tidur.

“Tiada apa lagi yang mampu dikatakan kecuali menitis air mata selepas mendapati isteri tidak bernyawa.

“Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya tidak akan maafkan perbuatan penjenayah terbabit sampai akhirat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sallehudin berkata, sebelum keluar dari rumah untuk ke gerainya pada jam 9 malam kelmarin, dia tidak melihat sebarang perubahan aneh serta ganjil pada isterinya.

Katanya, dalam tempoh bulan lalu rumahnya dua kali dipecah masuk namun tidak membabitkan kerugian, tetapi kali ini dia percaya kejadian berkenaan membabitkan suspek sama.

Menurutnya, dalam kejadian itu dia tidak dapat memastikan jumlah kerugian sebenar selepas menyedari telefon bimbit serta beg tangan milik mangsa dilarikan.

Katanya, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, di sini, sebaik bedah siasat selesai dijalankan di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata sepasukan anggota Jabatan Forensik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan membuat siasatan di tempat kejadian bagi mengumpul bukti kejadian.

Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan dan polis percaya kejadian terbabit bermotifkan samun.

Katanya, polis memerlukan maklumat dan meminta orang ramai tampil di IPD Kuantan bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Read More ->>

Monday, October 12, 2009

peristiwa.... g kenduri kawin ngan konvokensyen PSMZA bulan 5 tahun 2010

minggu lepas aku balik umah aku kat temerloh... sambil tu aku leh ilangkan stress aku dgn duk kat umah. aku nak bagitau pasal kenduri kawin.. aku ngan mak aku n adik bongsu g la ke kenduri tu coz kenduri tu kenduri kawin.. Abang saudara aku kawin ngan gadis pilihan dia... Hu33.. Alangkah bahagianya diorang... Fuh kalau aku pun nk kawin.. tp aku kena keje la dulu... x kannla nk kawin tp x de keje lagi... x kan nak mintak duit dari mak ayah lak kan? aku kalau nak kawin kenala dengan gunakan duit keje yang aku dapat.. I don't want to be a burden to them... Tunggula pas aku dapat ijazah ke or dpt keje dari kerajaan ke leh la aku masuk meminang.. he33.... tp skrang nie fikiran aku tengah bercelaru dengan asignment.. walaupun asignment banyk.. aku kena kawal perasaan aku yg stress tu... aku kenala bersikap tenang seolah2 x de apa yang berlaku... aku harap dapatlah aku kawin dengan gadis pilihan aku sendiri... minggu lepas pun ada konvokesyen unikl kat putrajaya so aku balik la... bukan ada apa pun kat unikl nie.. so aku pun balikla... kalau aku duk sini stress pun bertambah je.. aku ingat nak amik lesen kete bulan 12 nie.. so aku harap aku dpt lepas terus lesen kete tue... dah la mahal harga nak amik lesen kete tue... ish33... tp x pe aku kena belajar dulu sendiri baru dpt memandu dengan cekap... hu33... time tu leh la aku mandu kete g konvokesyen ke politeknik aku.. PSMZA.. seronoknya aku dapat jumpa dengan member aku ... dah lama x gurau dengan diorang tue... banyak kenangan aku kat poli tue... ish33 sedihnya aku terpaksa meninggalkan diorang.. tp kita sebagai manusia perlulah meneruskan kehidupan kita tue.. okla.. setakat nie sahaja cerita aku nk bgtau..salam...
Read More ->>