Tuesday, November 26, 2013

Hasad dan dengki memakan diri sendiri

Assalamualaikum, ini kali ketiga saya postkan artikel tetapi kali ini yang bertajuk hasad dan dengki...memang tidak dapat dinafikan bahawa hasad dan dengki memang akan memakan diri sendiri...ini merupakan satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut kita supaya tidak mempunyai perasaan hasad dengki di dalam diri sendiri sepertimana  Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:Buruk sangka, Hasad dengki ,Takut sial kerana sesuatu                                                                                                     
Oleh itu marilah kita semua berdoa supaya dijauhkan perkara hasad dengki ini kerana ini perbuatan syaitan kerana syaitan memang suka melaga lagakan umat manusia lebih lebih lagi orang Islam.........

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani..
 "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".Amin..(Surah Al-Hasy-r Ayat 10)







Read More ->>

Bila lagi nak maju ke depan???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog sy yang tidak seberapa ini...tajuk saya nie sebenarnya ada kaitan dengan perkembangan bola sepak kita yang dilihat hanya megah di asia tenggara tapi jika dilihat diperingkat dunia dengan asia, kita masih jauh ketinggalan...cuba kita lihat perlawanan baru-baru ini melibatkan kelayakan piala asia iatu diantara bahrain menentang malaysia dengan qatar menetang malaysia...saya memang akui lawan-lawan ini memanglah bukan calang-calang orangnya..tetapi kita harus mencontohi negara jepun kerana walaupun negaranya kecil tetapi dengan semangat juang dan corak permainan yang kemas telah berjaya menewaskan belgium...kita seharusnya mempelajari sesuatu dari negara matahari terbit itu...saya akui malaysia memang sudah jauh menunjukkan peningkatan ...namun adakalanya corak permainan malaysia harus diubah menjadi sesuatu corak permainan yang betul2 kreatif,tersusun dan mempunyai permain yang mampu bertindak pantas untuk menjanakan serangan...



Read More ->>

Kena kencing gara seorang budak yang suka menyusahkan orang !!

Alhamdulilah...setelah lama tidak menulis blog ini sejak sekian lama...tergerak hati aku untuk menceritakan kisah yang nampak misteri dan seram tetapi dilenyapkan misterinya itu dengan khabar angin yang mengatakan bahawa kehilangan seorang budak di dalam misteri villla nabila ini...






Gambar yang tertera di atas ini tidak dapat dipastikan kesahihannya tapi aku rasakan ramai orang telah berpusu pusu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di villa nabila ini...Bagi aku biarlah orang yang terlibat sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kes ini...bagi aku cerita yang dibuat buat pasal villa ini tampaknya menarik perhatian untuk mendalami sejauh mana benar ataupun tidak...ramai jugak seekers yang terlibat untuk mencari kerja-kerja yang tidak berfaedah ini...bagi aku budak tu pun satu...sekurang kurangnya bagitaulah ibu bapa anda supaya tidak risau...ini tidak...akibat perbuatan anda tersebut telah menyusahkan semua orang yang risau mencari anda...tetapi ada baiknya juga...perbuatan bodoh anda itu telah menyebabkan anda kantoi dengan kawan perempuan anda juga....ha3...sekian...moral of the story...sila bagitau mak ngan ayah anda jika anda ingin menumpang di rumah rakan...
Read More ->>

Thursday, February 14, 2013

Masih ada yang sayang....

Assalamualaikum semua, kali nie tergerak hatiku untuk menulis blog pada anda semua...Diharap anda sudi mendengar kisahku ini yang jelas kadangkala mungkin membosankan sesetengah pembaca...aku menulis tajuk sedemikian kerana masih ada yang sayang...ingatlah..bak kata pepatah bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor...lama aku memikirkan dirinya..adakah dia merasa sebegitu apa yang aku rasa?? tidak...tidak mungkin...kerana dia tidak mempunyai apa yang aku rasa...sudah puas aku mencurah keringat apa yang ku lakukan untuknya tetapi langsung tidak dihargai..tidak mengapalah..sehinggakan aku menulis luahan hatiku yang sedih ini di dalam laman muka buku...bukan aku hendak menunjuk tetapi tidak akan sesiapa yang sudi mendengar...jadi aku terpaksa juga meluahkan...kerana tidak mungkin aku akan dilambung keresahan dan tekanan yang sangat hebat..mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ku ini tetapi status ku di facebook mendapat respons..aku bersyukur kerana masih ada yang sayang...masih ada yang mengambil berat walaupun rata2 yang hanya memekakan telinga...tenang hatiku seketika kerana respons dari kawanku menyuruhku supaya mengumpul duit dahulu barulah berkahwin dengan mana2 perempuan yang sudi menjadi isteriku di dunia ini...sekarang nie aku tidak mahu memikirkan sangat masalah peribadi...aku ada sokongan dari keluargaku...terutama adik lelaki aku...sekian ini sahaja apa yang dapat aku kongsikan buat kalian semua...terima kasih ...
Read More ->>

Wednesday, February 13, 2013

alhamduliah...syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya ak masih bernyawa dan terus menulis sesuatu untuk blog ku ini...walaupun sesudah ak berputus kasih dengan ex ak, namun aku gagahi jua walaupun terasa amat pedih untuk menulis blog ku ini...apa yang aku nak sampaikan ialah hargai la seseorang yang banyak berkorban demi kita...bukan maksudku untuk memuji diriku tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana jika kita tidak bersyukur maka ALLAH akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada kita...ingat tu...aku masih ingat juga...mungkin silap aku kerana bercakap perkara yang membosankan dengan si dia sampai dia naik muak dan jemu dengan aku...ak tak tahu mana silapnya...aku sedar siapa diriku ini...aku tak pandai berkata-kata... inikan pula jumpa cuma 2 kali sahaja sepanjang 1 taun ini...tapi tak mengapalah..mungkin ini suratan takdir buat diriku ini..sekarang mungkin dia sudah jumpa pilihan lain...kalau aku mengalir air mata pun belum tentu dapat kembalikan dia kepada diriku ini...sekian.....
Read More ->>