Thursday, February 23, 2012

antara menantu dengan agama..........

salam semua....kisah yang aku nak ceritakan ini bukanlah tujuan untuk aku mengungkit atau memburukkan nama seseorang tetapi ini adalah kisah kehidupan yang patut dijadikan pengajaran buat kita semua.....kisah ini ditujukan khas untuk yang beragama Islam tetapi jahil mengenai agama itulah yang menyebabkan seseorang itu lari daripada matlamat pegangan agamanya......kisahnya seperti yang berlaku di Kuching baru2 ini apabila mentua yang dikatakan mengenakan syarat yang agak jahil bagi aku apabila menantunya disuruh melangkah al-quran......bagi aku memang keje itu sesuatu yang agak kurang ajar dan tidak beradab dan sama seperti yang dilakukan oleh tentera amerika yang mengoyak helaian ayat al-quran dan membuangnya di dalam lubang tandas...syarat yang dikenakan itu mesti dituruti jika dia hendak mendapatkan isteri dan anak2nya kembali.....sudahlah beragama Islam tetapi kelakuan tidak ubah seperti orang beragama Islam yang tidak tahu apa2.... aku bukannya apa..aku sekadar tidak berpuas hati dengan apa yang disyaratkan .....kalau betulla dia hendak mendapatkan isteri dan anak-anaknya...kenapa dia tidak mengenakan syarat yang lain??? kenapa dia menggunakan syarat yang tidak masuk akal??? apakah dia berdendam dengan sahabatnya yang beragama Islam?? fikir2kanlah.....jangan esok bila dah sampai ajal baru nak bertaubat...baru nak insaf...memang sudah terlambatla.....sekian ini sahaja apa yang aku nak sampaikan......salam....
Read More ->>

Thursday, February 16, 2012

Valentine Day...haram disambut oleh umat Islam???

salam semua......kali nie aku nak bercerita mengenai topik yang selalu diperkatakan di dalam akhbar akhbar...iatu hari valentine atau lebih sinonim dengan gelaran hari kekasih....bagi aku perkara ini sudah tidak asing lagi kerana bila tiba hari kekasih ini pelbagai maksiat seperti zina telah pun berlaku...situasi seperti ini harus dipandang serius kerana golongan yang terlibat melakukan perbuatan zina ini terdiri daripada golongan Islam....hanya berstatuskan Islam tetapi tidak tahu menjaga Islam...inikah yang dinamakan Islam sebenarnya??? sebenarnya kerajaan hendaklah membanteras sekeras kerasnya dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan seperti ini....golongan ibu bapa juga jangan mengabaikan anak anak sesuka hati.....bukan apa...kebanyakan kes yang aku tengok nie menunjukkan bahawa golongan terpelajar yang terlibat berbanding golongan yang cetek ilmu.....dimanakah silapnya??? hendak dibandingkan dengan orang berilmu dengan orang tidak berilmu jauh sekali.....apa yang menghairankan aku ialah bagaimana golongan yang cetek ilmu ini kurang terdedah melakukan perbuatan terkutuk ini .......mungkin mereka cetek ilmu tetapi mereka faham mengenai hukum ilmu agama Islam dan berusaha mengelakkannya....tapi bagi aku kerana terlalu ikutkan hawa nafsu masing-masing jadi diorang nie sanggup melepaskan rindu kesumat terhadap pasangan masing-masing....tidak cukup dengan itu...setelah pasangan melahirkan anak luar nikah maka dilakukan lagi satu dosa besar dengan meninggalkan anak kecil yang tidak berdosa di tempat-tempat yang tak sepatutnya..contohnya di tandas, di depan rumah orang dan apa yang lebih teruk lagi di kawasan longgokan sampah...sungguh kejam sekali...bayi2 ini akan terdedah kepada bahaya seperti dimakan oleh anjing,tikus dan sebagainya....tidak cukup kah lagi dosa yang hendak dibuat keatas makhluk yang bernama manusia??? aku sebenarnya tidak sanggup melihat keadaan bayi seperti ini...ada diantara mereka mati dalam keadaan menyayat hati...ish3...memang x patut....berbalik pada hari kekasih nie..aku dapat melihat di akhbar2,majalah dan sebagainya...dimana golongan ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa hari kekasih haram disambut oleh golongan Islam kerana hari kekasih itu hanya disambut oleh negara-negara barat dan bukannya negara-negara timur...YA aku sokong sangat dengan fatwa yang dikeluarkan..bukannya apa..kita orang timur ikutlah cara-cara ketimuran kita tu...janganlah kerana taksub dengan budaya barat sampaikan ada diantara kita yang sanggup melakukan perkara diluar batasan...contohnya apa yang kita dapat lihat sekarang ini ialah ramai golongan wanita dan lebih manis lagi aku sebut ialah golongan perempuan banyak memakai pakaian seksi untuk menarik perhatian si hidung belang...tidak cukup dengan itu mereka sanggup memakai pakaian yang agak singkat supaya si lelaki ini akan tertarik kepada mereka....cukupla...kalau kaki tu penuh kudis masih nak tayangkan lagi ek kekudisan anda???ha3...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...moral bagi kita semua...jauhilah hari kekasih...nescaya anda tidak akan terlibat melakukan perkara terkutuk ini dan isi masa terluang dengan aktiviti berfaedah...bak kata cite melodi....tingkatkan prestasi hindarkan kontroversi......salam......
Read More ->>

Wednesday, February 15, 2012

emosi menguasai fikiran..........

salam semua.....kali nie aku nak bercerita mengenai emosi.....bila sebut pasal emosi sudah tergambar di fikiran korang mengenai mood sama ada marah, geram, benci, gembira dan sebagainya.....aku juga manusia biasa sudah tentu mempunyai emosi bila berhadapan dengan situasi yang sungguh tidak menyenangkan aku....kali nie aku nak bercerita mengenai sikap seseorang yang tidak pandai menguruskan sesuatu yang telah diamanahkan....dia seorang ketua...adakah sikap seorang ketua jauh berbeza daripada anak buahnya?? Ya...sudah semestinya kerana jika tiada sikap tegas daripada seorang ketua maka sesuatu proses untuk menggerakkan keje tidak akan berjalan langsung...inilah apa yang berlaku pada aku dan rakanku...sebenarnya aku telah mendapat satu pesanan daripada telefon bimbit aku mengatakan bahawa aku dan rakanku mesti datang juga malam ini iatu pada malam isnin lalu...sudahlah dalam kul 830 malam...aku sebenarnya memang malas hendak kuar malam pada tempat yang agak jauh...lain la kalau aku bekerja...setibanya aku dan kawan aku di tempat yang dijanjikan, aku dan kawanku hanya mendengar sahaja...tidak ada langsung tugasan dan arahan yang diberikan kepada aku..aku hanya mendengar pertelagahan pendapat kedua2 belah pihak...seolah2 setiap pihak mahu bertegas dengan keputusan yang dicadangkan...dalam fikiran aku..kalau macam niela memang tak akan capai kata sepakat...sudahlah sebelah aku tu pada waktu malam itu tidak memberi sepenuh perhatian malah hanya bermain game sahaja...aku pun minat gak main game tapi tak la kemaruk sampai macam tue...yang di depan aku tu lak beri idea yang merapu2...aduyai...aku dengan kawanku hanya mendiamkan diri sahaja..tetapi apa yang aku tak boleh tahan ada ke patut dia cakap muka aku sedih dan muka kawan aku dah mengantuk??? ish33...sudah semestinya kerana kami hanya mendengar syarahan dari kedua dua belah pihak sahaja..dalam kul berapa entah ....ketua yang x berapa nak aku anggap ketua la telah mengarahkan bahawa sesiapa yang tidak berkenaan boleh beredar daripada tempat perbincangan sambil memohon maaf...bagi aku ...perbuatan ini agak bodoh dan membuang masa aku kerana tiada perancangan dalam perbincangan mereka...setahu aku tugas aku dan kawan ku adalah tugas yang agak mudah dan tidak memerlukan pernikiran yang mendalam...cuma ketua aku nie aje yang kalut...dari pandangan aku ...aku sudah nampak bahawa ketua aku ini hanya mengikut telunjuk orang lain....dan yang aku tak boleh tahan ialah ada jugak kaki pembodek...setiap apa yang pembantu ketua itu sebutkan, itu jugalah yang disokong oleh kaki pembodek tu...sudahla malas aku nak amik tahu pasal golongan macam nie..aku sebenarnya tidak suka kaki pembodek dan juga tidak mahu menjadi pembodek....sepatutnya ketua aku nie menyenaraikan pihak2 yang penting sahaja untuk berada di kerusi perbincangan pada malam itu dan bukannya pihak2 yang tidak berwajib...nak kata amik kehadiran tidak jugak tapi aku terpaksalah pergi juga kerana aku bimbang kalau aku dengan kawanku di black listed dari senarai kelab yang kami sertai...oklah..setakat ini sahaja bebelan aku...harap korang sume enjoy cite aku nie...salam......
Read More ->>

Monday, February 13, 2012

kerja kerajaan dan swasta....mana lebih baik????

salam semua...kali nie aku ingin bercerita mengenai topik yang aku telah lama fikirkan. Kerja kerajaan dan swasta...mana lebih baik??? persoalan inilah yang menjadi aku serba salah.....tetapi apa yang menghairankan aku ialah kerja kerajaan ini bukanlah senang untuk mendapatkannya kerana rata2 orang yang memohon terdiri daripada orang yang mempunyai latar belakang akademik yang bagus sedangkan aku mempunyai latar berlakang akademik yang agak sederhana sahaja...sudah tentu orang yang pandai akan dipilih bekerja tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk memohon kerja...aku cuba untuk memohon kerja di jabatan swasta...ada diantara permohonan aku dipanggil untuk ditemu duga...aku berasa sungguh gembira kerana aku merasakan bahawa ALLAH s.w.t masih sayangkan aku...namun aku tidak dapat menghadiri temu duga kerana aku masih terikat dengan belajar...bagi aku biarlah...at least aku dapat membuktikan sekurang2 nya aku masih layak lagi dan akademik aku boleh tahan jugalah nampaknya...apa yang aku dapat lihat ialah jabatan kerajaan dan swasta masing2 memerlukan pekerja yang serba kebolehan iatu mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan...ada juga bidang yang tidak memerlukan pengalaman yang lebih...tetapi apa yang ketara dapat aku lihat ialah kerja kerajaan ini kerja goyang kaki sahaja kerana kalau kita nak buat ...kita buat..kalau x nak x payah ...maaf kalau aku kata begitu tetapi itu yang aku faham mengenai kerja kerajaan...tentang swasta pula kerjanya memerlukan usaha yang lebih dari kerja kerajaan...sebab itu lah kerja kerajaan ada pencen manakala kerja swasta tidak ada pencen...itu yang memerlukan kita untuk berjimat cermat ketika kita dalam kesusahan...berbalik kepada cerita tadi...sekarang nie aku sudah menghampiri penamat kepada kursus ijazah aku...aku harap selepas ini aku dapat kerja yang bagus dan dapat meminang anak dara orang...he3...sekian........^_^



Read More ->>

pengalaman keje membersih mesin di kilang proton...

salam semua...kali nie aku nak menceritakan kisah pengalaman aku membersih mesin di sebuah kilang proton di malaysia..aktiviti ini telah aku lakukan semalaman ....seronok ada penat pun ada...tapi aku rasa penat lagi mengusai diriku sampai tangan dan kaki aku lenguh giler semacam...ish3...bau air serbuk besi itu ternyata benar2 membuatkan aku sungguh rasa tidak selesa...tetapi keje harus juga dilakukan...sepanjang keje dilakukan aku tidak banyak membantah...ada juga diantara kawan2 ku yang dimarahi oleh abang2 pekerja pembersihan itu kerana tidak mengikut arahan...seawalnya kul 6 pagi aku telah lama tercegat di salah sebuah shell minyak sementara menunggu kawanku yang tidak kunjung2 tiba...katanya dah sampai rupanya blum sampai lagi...cis..siot btul dalam hati aku berkata...sedang lama aku menunggu aku pun bercadang hendak mengalihkan motor aku ke tempat kaunter stesyen minyak....serentak dengan itulah bunyi hon dari motor lain kedengaran...aku nampak dua kelibat lembaga sedang menghampiri aku...rupanya betul sangkaan aku ...ketikan aku menoleh ke belakang aku dapat mengagak bahawa kawan aku yang sedang membawa motor manakala kawannya yang lagi satu sedang membonceng motonya...kini perjalanan ku bermula tetapi hanya meletakkan motor di salah sebuah stesen minyak petronas...kemudian kami dibawa oleh abg2 kontraktor pembersihan itu dengan menaiki sebuah van yang juga baru tiba di situ...aku juga tidak menyangka bahawa kawan ku yang sedang praktikal juga turut mengikuti kami bertiga...sekarang sudah ada 6 orang termasuk dua orang pekerja pembersihan itu...aku juga tidak menyangka bahawa kami akan menuju ke salah sebuah kilang..iatu kilang proton....dalam fikiran aku sudah tergambar bahawa kilangnya memang besar skali...perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam sahaja...agak dekat juga sebenarnya cuma aku je yang fikir jauh...oleh kerana mengantuk sangat maka aku pun terlelap...sampai di satu selekoh...pemandu van itu tiba2 membrek dan tido aku terganggu ...aku terus membuka mataku dan kini ku lihat perjalanku semakin sampai ke destinasi yang dituju...pabila aku sampai di tempat destinasi..aku dapat melihat ketenangannya...tidak lah sesibuk kl yang selalu dihujani kereta yang kadang kala agak kurang ajar dan tidak beradab ketika memandu......sebelum aku sampai ke tempat destinasi...perutku harus dialas terlebih dahulu...aku sempat menjamah mee hun goreng beserta gulai ayam kari yang dihidangkan...memang terasa kesedapannya...sudah semestinya kerana kedai tersebut dikelilingi oleh ramai manusia yang datang untuk menjamah makanan...sesudah makan...maka tiba la aku di suatu lokasi di kilang proton....peraturannya agak ketat sekali...setiap orang yang bukan pekerja dikehendaki menyerahkan kad pengenalan masing2 kepada pak guard di situ...memang nampak straight peraturannya...kalau diikutkan hendak berjalan kaki memang agak jauhla..tetapi kami sungguh bernasib baik kerana dapat membawa van ke dalam kilang tersebut...aktiviti yang kami lakukan adalah membersihkan mesin2 kilang tersebut...memang besar kilang tersebut dan dipenuhi oleh pekerja2 nya...ada yang aku rasa dikalangan mereka adalah engineer seperti aku juga tetapi aku rasanya mereka lebih berpengalaman dan tahu mengatasi situasi bahaya ketika tiba...sampai disana bermula la tugas kami...macam2 yang aku buat...sedut air serbuk besi la...keringkan air dilantai la yang melimpah ruah...memang agak banyak keje yang kami kena buat...kira2nya keje kami siap dalam kul 7 malam...sepatutnya siap dalam kul 5 ptg...dan malang tidak berbau;...sebuah tong drum telah menghempap ibu jari kaki aku ketika aku hendak mengalihkan tong drum itu bersama2 kawan aku yang satu lagi...aku sudah mengagak apabila tong drum itu menghempap ibu jari kaki kiri aku..apa lagi terhincut2 aku dibuatnya...ish3..tapi aku tetap relaks walaupun aku terhincut dan akhir skali perjalanan balik pun bermula...sekian..
Read More ->>

Sunday, February 5, 2012


Salam semua...sebenarnya aku tidak pernah untuk mengupload mana2 video klip tuk tatapan umum....so kali nie aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai video klip nie...aku cukup respect dengan malique...walaupun mengamalkan stail ala-ala rap...namun ada makna tersirat disebalik lagu nie...ayat seperti "atas teratak di hujung kampung...bawah cermin ada kotak ...tersembunyinya ada dalam tempurung sembunyinya bawah katak melalak" he3...bunyi kedengaran agak kelakar...ada ke katak melalak??? tapi itu lah apa yang nak disampaikan oleh malique...dia seorang penulis lirik yang agak berbakat...jarang ada orang yang memikir lirik secara mendalam...kebanyakan lagu-lagu semua berdasarkan mengenai cinta...kadang2 aku sudah cukup bosan mengenai lirik cinta...asik2 lirik cinta kan??? kenapa tak wat lirik yang berdasarkan masalah sosial pada masa kini??? itulah yang dilakukan oleh malique..liriknya betul2 bersesuaian dengan masalah yang berlaku terhadap rakyat malaysia masa kini...sesetengah orang berkerjaya selalu melupakan anak2nya dan ramai diantara rakyat malaysia tidak membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan menyebabkan pengetahuan sedia ada adalah cetek... oklah...sekian...ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...salam.....^_^
Read More ->>