Wednesday, February 15, 2012
emosi menguasai fikiran..........
Published :
10:00 AM
Author :
indie lover
salam semua.....kali nie aku nak bercerita mengenai emosi.....bila sebut pasal emosi sudah tergambar di fikiran korang mengenai mood sama ada marah, geram, benci, gembira dan sebagainya.....aku juga manusia biasa sudah tentu mempunyai emosi bila berhadapan dengan situasi yang sungguh tidak menyenangkan aku....kali nie aku nak bercerita mengenai sikap seseorang yang tidak pandai menguruskan sesuatu yang telah diamanahkan....dia seorang ketua...adakah sikap seorang ketua jauh berbeza daripada anak buahnya?? Ya...sudah semestinya kerana jika tiada sikap tegas daripada seorang ketua maka sesuatu proses untuk menggerakkan keje tidak akan berjalan langsung...inilah apa yang berlaku pada aku dan rakanku...sebenarnya aku telah mendapat satu pesanan daripada telefon bimbit aku mengatakan bahawa aku dan rakanku mesti datang juga malam ini iatu pada malam isnin lalu...sudahlah dalam kul 830 malam...aku sebenarnya memang malas hendak kuar malam pada tempat yang agak jauh...lain la kalau aku bekerja...setibanya aku dan kawan aku di tempat yang dijanjikan, aku dan kawanku hanya mendengar sahaja...tidak ada langsung tugasan dan arahan yang diberikan kepada aku..aku hanya mendengar pertelagahan pendapat kedua2 belah pihak...seolah2 setiap pihak mahu bertegas dengan keputusan yang dicadangkan...dalam fikiran aku..kalau macam niela memang tak akan capai kata sepakat...sudahlah sebelah aku tu pada waktu malam itu tidak memberi sepenuh perhatian malah hanya bermain game sahaja...aku pun minat gak main game tapi tak la kemaruk sampai macam tue...yang di depan aku tu lak beri idea yang merapu2...aduyai...aku dengan kawanku hanya mendiamkan diri sahaja..tetapi apa yang aku tak boleh tahan ada ke patut dia cakap muka aku sedih dan muka kawan aku dah mengantuk??? ish33...sudah semestinya kerana kami hanya mendengar syarahan dari kedua dua belah pihak sahaja..dalam kul berapa entah ....ketua yang x berapa nak aku anggap ketua la telah mengarahkan bahawa sesiapa yang tidak berkenaan boleh beredar daripada tempat perbincangan sambil memohon maaf...bagi aku ...perbuatan ini agak bodoh dan membuang masa aku kerana tiada perancangan dalam perbincangan mereka...setahu aku tugas aku dan kawan ku adalah tugas yang agak mudah dan tidak memerlukan pernikiran yang mendalam...cuma ketua aku nie aje yang kalut...dari pandangan aku ...aku sudah nampak bahawa ketua aku ini hanya mengikut telunjuk orang lain....dan yang aku tak boleh tahan ialah ada jugak kaki pembodek...setiap apa yang pembantu ketua itu sebutkan, itu jugalah yang disokong oleh kaki pembodek tu...sudahla malas aku nak amik tahu pasal golongan macam nie..aku sebenarnya tidak suka kaki pembodek dan juga tidak mahu menjadi pembodek....sepatutnya ketua aku nie menyenaraikan pihak2 yang penting sahaja untuk berada di kerusi perbincangan pada malam itu dan bukannya pihak2 yang tidak berwajib...nak kata amik kehadiran tidak jugak tapi aku terpaksalah pergi juga kerana aku bimbang kalau aku dengan kawanku di black listed dari senarai kelab yang kami sertai...oklah..setakat ini sahaja bebelan aku...harap korang sume enjoy cite aku nie...salam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahira...
0 comments:
Post a Comment