Thursday, February 16, 2012
Valentine Day...haram disambut oleh umat Islam???
Published :
8:32 AM
Author :
indie lover
salam semua......kali nie aku nak bercerita mengenai topik yang selalu diperkatakan di dalam akhbar akhbar...iatu hari valentine atau lebih sinonim dengan gelaran hari kekasih....bagi aku perkara ini sudah tidak asing lagi kerana bila tiba hari kekasih ini pelbagai maksiat seperti zina telah pun berlaku...situasi seperti ini harus dipandang serius kerana golongan yang terlibat melakukan perbuatan zina ini terdiri daripada golongan Islam....hanya berstatuskan Islam tetapi tidak tahu menjaga Islam...inikah yang dinamakan Islam sebenarnya??? sebenarnya kerajaan hendaklah membanteras sekeras kerasnya dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan seperti ini....golongan ibu bapa juga jangan mengabaikan anak anak sesuka hati.....bukan apa...kebanyakan kes yang aku tengok nie menunjukkan bahawa golongan terpelajar yang terlibat berbanding golongan yang cetek ilmu.....dimanakah silapnya??? hendak dibandingkan dengan orang berilmu dengan orang tidak berilmu jauh sekali.....apa yang menghairankan aku ialah bagaimana golongan yang cetek ilmu ini kurang terdedah melakukan perbuatan terkutuk ini .......mungkin mereka cetek ilmu tetapi mereka faham mengenai hukum ilmu agama Islam dan berusaha mengelakkannya....tapi bagi aku kerana terlalu ikutkan hawa nafsu masing-masing jadi diorang nie sanggup melepaskan rindu kesumat terhadap pasangan masing-masing....tidak cukup dengan itu...setelah pasangan melahirkan anak luar nikah maka dilakukan lagi satu dosa besar dengan meninggalkan anak kecil yang tidak berdosa di tempat-tempat yang tak sepatutnya..contohnya di tandas, di depan rumah orang dan apa yang lebih teruk lagi di kawasan longgokan sampah...sungguh kejam sekali...bayi2 ini akan terdedah kepada bahaya seperti dimakan oleh anjing,tikus dan sebagainya....tidak cukup kah lagi dosa yang hendak dibuat keatas makhluk yang bernama manusia??? aku sebenarnya tidak sanggup melihat keadaan bayi seperti ini...ada diantara mereka mati dalam keadaan menyayat hati...ish3...memang x patut....berbalik pada hari kekasih nie..aku dapat melihat di akhbar2,majalah dan sebagainya...dimana golongan ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa hari kekasih haram disambut oleh golongan Islam kerana hari kekasih itu hanya disambut oleh negara-negara barat dan bukannya negara-negara timur...YA aku sokong sangat dengan fatwa yang dikeluarkan..bukannya apa..kita orang timur ikutlah cara-cara ketimuran kita tu...janganlah kerana taksub dengan budaya barat sampaikan ada diantara kita yang sanggup melakukan perkara diluar batasan...contohnya apa yang kita dapat lihat sekarang ini ialah ramai golongan wanita dan lebih manis lagi aku sebut ialah golongan perempuan banyak memakai pakaian seksi untuk menarik perhatian si hidung belang...tidak cukup dengan itu mereka sanggup memakai pakaian yang agak singkat supaya si lelaki ini akan tertarik kepada mereka....cukupla...kalau kaki tu penuh kudis masih nak tayangkan lagi ek kekudisan anda???ha3...oklah setakat ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...moral bagi kita semua...jauhilah hari kekasih...nescaya anda tidak akan terlibat melakukan perkara terkutuk ini dan isi masa terluang dengan aktiviti berfaedah...bak kata cite melodi....tingkatkan prestasi hindarkan kontroversi......salam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Live Visitor
Translate
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog yang sudi melayari blog saya ini...pada kali ini saya hendak berceri...
-
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada bebe...
-
assalamualaikum semua....kali nie aku nak bercerita mengenai kisah kawan makan makan.....apa yang dimaksudkan dengan kawan makan kawan??? ma...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi melayari blog aku...kali ini tergerak hati aku nak bercerita mengen...
-
salam semua...kali nie aku nak bercerita mengenai ikan talapia ...spesies Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spe...
-
Assalamualaikum dan selamat datang kepada yang mengunjungi blog aku...kali ini aku nak bercerita mengenai isu emosi...baru2 ini kita dikejut...
-
salam semua..kali nie aku nak bercerita mengenai sejenis ikan yang amat popular ditempat aku...he3..ikan patin..selalunya ikan ini biasanya ...
-
Assalamualaikum semua...kali ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita iatu malaysia...jerebu ini dikatakan...
-
Assalamualaikum semua...kali ni aku nak bercerita mengenai kemahiran atau teori...sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kemahiran? kemahira...
0 comments:
Post a Comment