Thursday, October 23, 2014

Kemanusiaan di hati manusia kini sudah pudar??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada yang sudi melayari blog aku ini...apa yang aku nak ceritakan pada kali ini berkisar kepada kemanusiaan...apa itu kemanusiaan?? semua orang pasti tahu itu berdasarkan kepada belas kasihan dan kasih sayang terhadap sesama makhluk...tapi apa yang aku nak ceritakan pasti membuatkan ada yang rasa nak marah dan ada juga yang mengelengkan kepala apabila mengetahui perkara tersebut...okla kali ini aku nak cerita mengenai isu pihak menaja kepada pasangan selebriti yang tidak asing lagi di malaysia...korang semua mesti tahu isu ini tapi aku tak mahu mendedahkan identiti diorang sebab mungkin diorang tengah tengok blog aku skrang ni kot...he3... okla berbalik kepada isu ini...selebriti tersebut memang kaya sehinggakan boleh membeli sesuatu untuk keluarganya...tapi apa yang membuatkan aku rasa kecewa ialah sikap pihak terbabit yang langsung tidak berfikir dua tiga kali sebelum menaja pasangan terbabit...bukan apa aku kesian melihat kepada orang-orang miskin yang langsung tidak mampu membiayai rawatan untuk merawat penyakit yang dihadapi...adakah langsung tidak ada belas kasihan di hati pihak terbabit dan orang-orang kaya untuk membantu golongan yang miskin ini?? adakah hanya dengan mengucapkan kasihan sahaja sudah cukup untuk membantu golongan ini?? bagi aku tidak kerana tiada wang maka rawatan tidak dapat dijalankan...betulla apa yang dikatakan orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin...dimanakah silapnya?? sekian....







Sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/perlu-rm30-000-untuk-saraan-di-jerman-1.325567




Read More ->>

Tuesday, October 21, 2014

HARAM ATAU HALAL?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang sudi mengunjungi blog aku ini...kali ini aku nak bercerita mengenai hukum haram atau halal menyentuh anjing?? baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai kebanyakan rakyat malaysia yang beragama Islam tanpa segan silu telah menyentuh anjing dalam satu aktiviti "I want to touch a dog". Aku sebenarnya tidak lah begitu arif dan tidak mahu riuh atau heboh mengatakan perkara itu sebenarnya...namun ada tempat-tempat tertentu di bahagian badan anjing yang boleh disentuh....cuma apa yang aku tahu ialah bahagian seperti hidung dan juga air liur anjing adalah najis...mengikut apa yang aku tahu...tapi bagi aku sebenarnya pihak penganjur haruslah peka sebenarnya dengan prinsip-prinsip agama Islam di mana anjing tersebut boleh disentuh tetapi bukan semua anggotanya... kalau boleh pihak penganjur kenalah menyelidik atau membuat research terlebih dahulu mengenai hukum-hukum yang dibenarkan dalam Islam seperti memelihara binatang seperti anjing...apa yang menyedihkan aku ialah kebanyakan orang Islam zaman sekarang tidak peka dengan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut....sentuh boleh memang la boleh sentuh tapi kena berpada pada...lebih-lebih lagi yang ada anak...orang Islam kena tahu batas-batas dalam islam...anjing hanyalah sebagai guard untuk menjaga kebun rumah dan sebagainya dan bukannya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan... sekian...



Read More ->>

Thursday, October 16, 2014

1e38ebb0b8a959e37ee394911b384503b5f2466c6c1ce3b67d
Read More ->>

Tuesday, September 30, 2014

Malaysia tewas lagi haiyaa....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ini...apa yang aku nak citer kan ini sesuatu yang tidak asing lagi...perlawanan badminton di antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan...seperti yang dijangka Lin Dan dapat menewaskan Dato Lee Chong Wei dalam perlawanan Sukan Asia 2014... tapi bagi aku tidak mengapa kerana usaha itu lebih penting...walau tidak berjaya merangkul pingat emas...namun Dato Lee Chong Wei telah membuktikan bahawa usaha untuk berjaya di pentas antarabangsa sebagai no 1 antarabangsa ...bukan mudah untuk mendapat tempat dalam 1 dunia...ini semua usaha keras selama ini...namun aku perhatikan bola sepak masih lemah...masih tidak bermaya...di mana silapnya?? itu semua terpulang kepada usaha kita sebenarnya...pemain bola sepak malaysia zaman sekarang banyak yang kurang usaha atau lebih aku katakan malas...kenapa aku cakap macam itu??? jaguh di pentas asia tenggara sahaja...tapi di sukan asia dan dunia lemah semacam...tidak seperti dulu malaysia digeruni pihak lawan...lihat la pemain dulu...selepas habis sesuatu latihan, ditambah latihan sendiri bagi memantapkan ketajaman penyudah... sebagai contoh kita rujuk kepada Allahyarham Dato Mokhtar Dahari...aku cukup kagum kerana dia menunjukkan kesungguhan dan minat yang ketara dalam sukan bola sepak...sekian...ini sahaja apa yang aku nak sampaikan...terima kasih....:-)
Read More ->>

Saturday, September 20, 2014

Macam macam hal la... isu kertas peperiksaan UPSR bocor...salah siapa??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang sudi berkunjung ke blog aku ini...pertama kali aku nak ucap terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog aku...tajuk yang aku nak sampaikan kali nie berkisar kepada isu kertas peperiksaan UPSR yang bocor...sebenarnya isu ini patut tidak boleh berlaku kepada anak2 muda kita yang akan mengambil peperiksaan UPSR...selain boleh mengakibatkan kemarahan ibu bapa kepada anak2 muda nie..secara tak langsung boleh menyusahkan pelajar itu sendiri...tidak kah kita fikir akan kesan dan akibatnya...bagi pendapat aku kesian pada anak2 muda kita yang akan mengambil peperiksaan UPSR ini...merekalah bakal calon yang akan menyambung warisan kita dan akan membimbing negara kita kelak...tapi yang menghairankan aku tidak patutlah orang yang membocorkan kertas peperiksaan UPSR ini dihukum penjara...ini just pendapat aku sahaja...apa yang boleh dilakukan ialah dengan menurunkan pangkat ataupun digantung perkhidmatan...itu sudah cukup untuk menghukum mereka...tidak perlulah menghukum sebaris dengan kesalahan lain seperti merompak, membunuh dan sebagainya kesalahan yang bersangkut paut... mereka pun ada hak jugak untuk dilakukan... janganlah dihukum penjara kerana secara tak langsung nanti apabila keluar daripada penjara rakyat akan memanggil mereka sebagai bekas banduan...bagi aku tak salah kalau dilucutkan sahaja jawatan ataupun digantung perkhidmatan mereka..sekian...
Read More ->>

Tuesday, August 26, 2014

Tempat- tempat menarik di temerloh pahang...moh la datang weihh...


1. Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'.


2.PEKAN SEHARI



Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.
Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung.

Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad


3.PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG



Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap. Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan ini.
Seladang  Kandang seladang
Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu berjalan kaki mengelilingi kesemua kandang-kandang yang ada di mana seladang di tempatkan.
Berjalan kaki menuju kandang seladang  Seladang
Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5 kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri nama mengikut jantina seperti Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung.
 Seladang
Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau 'naik angin' ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau batu halus kerana haiwan ini takut pada kedua-duanya. Para pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.

4. GUNUNG SENYUM 

Aktiviti: Mendaki gunung, merentasi hutan, menjelajah gua dan perkemahan. Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Dua, Gua Makam Tok Long dan banyak lagi.

5.  DATARAN PATIN 

Lokasi : Pesisir Sungai Pahang berhampiran Taman Esplanade


Restoran khusus untuk penggemar ikan patin yang menyediakan pelbagai jenis masakan ikan patin yang lazat untuk dinikmati.

6. PUSAT GAJAH KUALA GANDAH 

Lokasi : 49.1 km dari Temerloh
              2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala   Lumpur   – Kuantan

Waktu Operasi : 8.00 pg – 4.30 ptg setiap hari termasuk cuti umum
Menariknya Kuala Gandah ini, pengguna berpeluang untuk memandikan gajah bermula daripada pukul 2 petang.

SUMBER DARI : MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 



Read More ->>

Duit bolehkan membeli kebahagiaan?? atau sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...kali nie aku nak bercerita mengenai Duit...apa yang dikatakan duit...duit adalah satu elemen menggantikan sistem barter pada zaman dulu...duit dikatakan sesuatu yang bernilai... boleh dikatakan semua orang mahukan duit pada masa kini...tidak kiralah untuk membayar hutang seperti hutang kereta hutang pendidikan dan sebagainya...aku juga manusia biasa amat memerlukan duit sebagai satu elemen untuk berkahwin dan untuk membeli sesuatu ... namun pernah ke kita terfikir ramai mak n ayah selalu menjadikan alasan duit adalah penting...kenapa aku cakap macam tu??? sebab kerana duit la anak diorang dijadikan sebagai isteri kepada seorang lelaki...tanpa duit yang cukup mustahil bagi mak n ayah perempuan tersebut mahu lelaki itu kerana dikatakan lelaki itu tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menyara hidup anak mereka...pernah ke kita terfikir duit bukan la segala galanya...andai kalau ada duit..maka kita x perlu solat atau apa2...cukup menghulur duit untuk ke syurga...maka sangat tidak adil bagi seseorang yang amat miskin...oleh itu hukum ALLAH sangat adil dengan tidak meletakkan syarat menjadi kaya untuk ke syurga... duit tidak boleh dibawa ke mati...hanya boleh di bawa ke dunia sahaja... kenapa?? sebab duit seorang menjadi rambang mata...ada kalanya ada diantara golongan yang sanggup menggadai maruah diri untuk duit.... sungguh kejam sang duit...sebab kerana duit la orang di sanjung...benarlah kata pepatah ...orang kaya disanjung...orang miskin dihina...baiklah setakat ini sahaja mengenai duit...pesanan aku ialah kepada ibu bapa sekalian...jangan jadikan anak perempuan anda hamba duit...mengapa?? dengan meletakkan mas kawin yang terlampau tinggi seolah olah anda mahu menjual anak anda... sekian...
Read More ->>

Musim kawin ....

Assalamualaikum semua...sudah lama aku tidak menulis sesuatu di dalam blog ini tetapi kali nie tergerak hati aku untuk menulis tajuk yang korang sudah maklum iatu musim kawin....setakat nie ramai kawan-kawan aku yang sudah berkahwin...dah macam musim buah-buahan...ada yang kawin n ada yang tidak seperti aku...maklumla sape la yang nak kat aku nie...berbalik kepada cerita...tidak kurang juga banyak yang menjemput aku ke majlis kawin diorang tetapi biasalah...aku pun ada perasaan gak...aku sebenarnya memang hendak ke majlis kawin diorang tetapi mengenangkan nasib sendiri ini yang belum berkahwin aku putuskan untuk tidak bertandang ke majlis kawin diorang...bukan maksud aku hendak menyakitkan hati diorang...tetapi hati aku amat cepat sedih bila melihat diorang...rasa sedih yang amat kerana mengenangkan diri yang belum berkahwin...rasa kebodohan yang amat sangat kerana mengikut nasihat dari seorang yang aku kenali menyebabkan misi aku untuk mengumpul belanja duit untuk kahwin tersekat di tengah jalan...sehinggakan bekas awek aku menyuarakan hasrat yang dia sudah berpunya....sedih memangla sedih...tapi bila fikir balik...bagaimana hendak mengumpul duit kalau perancangan pun selalu kena melalui pihak tersebut?? aku malas hendak bercerita mengenai pihak itu kerana mungkin aku akan terasa nak marah bila mengenangkan wajahnya... setakat ini sahaja coretan dan keluhan aku ini...assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Read More ->>

Sunday, January 12, 2014

Pacar yang hilang

Assalamualaikum semua, lagu ini memang betul2 bersesuaian dengan jiwa yang tengah berduka lara ketika ini...bukan apa..saje nak post lagu nie..walaupun lagu ini lagu indon tetapi lirik lagu nya betul2 kena ngan perasaan seseorang yang ditinggalkan begitu sahaja...biarpun kita mencintai seseorang itu tetapi dia membalas dengan perkara yang membuatkan kita sakit hati...kita harus merelakan dia pergi kerana itulah saja cara untuk melihat dia bahagia......


Read More ->>