Roads to Iraq mendakwa, Mesir dan Arab Saudi bersekongkol dengan Israel mengganasi Gaza. Ketua perisikan Mesir, Amro Suleiman dilaporkan menerima maklumat serangan itu dari Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Beliau kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada negara-negara Arab yang lain. Bagaimanapun, beliau didakwa membohongi Hamas kononnya Israel bersedia untuk berunding. Akhbar propaganda Saudi, Al-Sharq Al-Awsat pula dilaporkan oleh Roads to Iraq menyiarkan temubual dengan Simon Perez di mana pengganas itu menyatakan: “Rantau ini bersedia untuk perdamaian dan kami tidak akan masuk ke wilayah Gaza”.
Lama web Syria pula melaporkan salah seorang pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahhar menuduh Mesir bersekongkol dengan Israel memperdayakan Hamas di Gaza.Menurut Roads to Iraq lagi, Aljazeera melaporkan bahawa sayap bersenjata Palestin menuduh negara-negara Arab bersekongkol dalam serangan ke atas Gaza. Akhbar Israel, Ma’an pula melaporkan bahawa negara-negara Arab memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menghapuskan para pemimpin Hamas.
Tindakan Mesir menyekat sempadan di Rafah juga dikaitkan dengan maklumat awal yang diberikan Israel. (Tulisan dalam imej agensi berita Ma’an di atas menyatakan, negara-negara Arab mempersetujui rancangan Israel melakukan pembunuhan di Gaza)
0 comments:
Post a Comment